News Update :

Terkini! PabiGomo Mengamuk Apabila Bapa Saiful Minta Maaf!

March 8, 2013






http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/522617_597504710278863_1612867476_n.jpg

Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

JAMILAH HAMZAH


[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.


Artikel berkaitan POLITIK

Share this Article on :

1 comments:

sazaleeahya said...

Zul Nordin lg le meroyan.Dia yg ber degar2 mengata kn dia ada bukti yg Saiful di liwat,dn kenyataan bapa Saiful Bukhari akan menampak kn wajah Zul Nordin yg sebenar,Zul Nordin PEMBOHONG.Papagomo usah cakap le dh tentu meracau mcm org kena demam panas.

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.