News Update :

TG Nik Aziz Dan Husam Iringi Jenazah Arwah Yang Terkorban

March 13, 2013

http://farm9.staticflickr.com/8241/8553984178_f96590fdc4_z.jpghttp://farm9.staticflickr.com/8530/8554005654_dc709f2ff5_z.jpg

Kepulangan jenazah dua wira negara Ahmad Hurairah Ismail, Ahmad Farhan Roslan yang terkoban ketika misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu disambut ribuan rakyat Kelantan hari ini.

Turut menanti kepulangan wira negara yang juga anak Kelantan itu adalah Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sejak awal pagi.

Selain Tuan Guru, antara pimpinan kerajaan negeri yang sempat dirakam hadir termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Speaker Dun Kelantan Datuk, Nasrudin Daud, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof serta Adun Mengkebang Abdul Latiff Abdul Rahman.


Jenazah kedua-dua anggota tentera itu tiba di sini kira-kira jam 9.45 pagi dengan menaiki Pesawat Charlie C130 yang bertolak dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa bersama beberapa wakil Exco Kerajaan Negeri, wakil rakyat, saudara mara dan sebahagian besar penduduk Pasir Tumboh memberikan penghormatan kepada jenazah Ahmad Farhan sebelum proses pengkebumian disempurnakan.

Suasana suram mengiringi kepulangan jenazah wira yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan.

Keluarga kedua-dua anggota juga turut hadir.

Prebet Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakala Prebet Ahmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.

Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah disemadikan di kampung halamannya di Bayu Lalang, Pasir Mas, sementara Ahmad Farhan di Pasir Tumboh.

Artikel berkaitan SEMASA

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.