Terkini! 6 Tokoh Imam Muda Isytiharkan Dan Nyatakan Sokongan Kepada PAS, Allahuakhbar!

 http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/420044_568295316536925_423236237_n.jpg


6 Tokoh Imam Muda menyata dan mengisytiharkan sokongan mereka kepada Parti Islam Se Malaysia PAS di pentas Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol Perak.

Ianya diisytiharkan oleh Datuk Dr Khairudin Aman Razali at Takiri selaku Setiuasaha Dewan Ulama PAS Pusat.

Ustaz Mohd Fakhrurrazi bin Hussin mewakili 6 tokoh Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam ini sehinggalah bumi Allah swt dapat diimarahkan dengan syariatnya.

Pilihanraya Umum ke 13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.

6 Tokoh Imam Muda yang tampil secara terbuka mengisytihar sokongan mereka kepada perjuangan ini ialah :

1. Ust Mohd Fakhrurrazi b.Hussin (IM Fakhrul)

2. Ust Khairul Azhar b.Ghazali (IM Azhar)

3. Ust Abdul Fattah b. Riddzwan (IM Fatah)

4. Ust Syed Faris b.Syed Roslan(IM Faris).

5.Ust Megat Mohd Zahid b.Megat Azmuddin(IM Megat)

6.Ust Fakhrulrazi b.Ibrahim ( IM Ar Razi)

dan insyaallah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongannya kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.

No comments

Powered by Blogger.