News Update :

Arahan Dewan Ulamak PAS Pusat: Adakan Solat Hajat dan Munajat Perdana

March 4, 2013



Merujuk kepada situasi tidak aman di sebahagian kawasan Sabah seperti Lahad datu dan Semporna sebagaimana dilaporkan oleh media maka Dewan Ulamak PAS Pusat mengarahkan semua Dewan Ulamak PAS Negeri dan Urusan Ulamak Kawasan mengadakan "solat hajat dan munajat perdana" di surau dan masjid memohon keselamatan untuk Umat Islam dan rakyat Sabah khususnya dan Malaysia umumnya.

Dewan Ulamak PAS Pusat menggesa seluruh umat Islam di Malaysia dan di Sabah terutamanya yang berhadapan dengan isu pencerobohan tanahair untuk sentiasa mengamalkan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila berlaku kesedihan dan dukacita sepertimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari seperti berikut:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Atau berdoa dengan Doa yang diajar oleh Rasulullah sebagaimana Hadis riwayat Abu dawud dan Ahmad yang dinilai Hasan oleh Syeikh al-Albaani seperti berikut:

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Dr Mohd Khairuddin A. Razali

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

Artikel berkaitan AGAMA

Share this Article on :

0 comments:

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.