Rafizi : SST Tidak Banyak Bantu Penjawat Awam

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/06/Rafizi-ramli.jpg?_cfgetx=img.rx:600;img.ry:400;

PETALING JAYA, 13 MAC : Sistem Saraan Transformatif (SST) untuk menstruktur gaji baru penjawat awam tidak banyak membantu penjawat awam, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Ini kerana SST yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana ia hanya menawarkan pakej gaji baru, tanpa jaminan terhadap perkara lain.

“Isunya bukan mengenai kenaikan gaji semata-mata tetapi apa yang akan berlaku kepada mereka selepas daripada kenaikan itu.

“Penjawat awam ini tidak diberikan jaminan selepas mereka tamat berkhidmat kepada kerajaan. Najib hanya umumkan kenaikan gaji, tetapi tidak membantu dari segi perumahan dan lain-lain,” katanya.

Rafizi juga menyatakan, beliau yakin dengan kenaikan gaji ini tidak akan menukar seratus peratus pandangan kakitangan awam terhadap kerajaan sekarang.

“Janji Pakatan Rakyat (PR) jelas bahawa tawaran bukan sahaja dari segi kewangan dan pakej gaji tetapi mengembalikan kebebasan, kedudukan dan kehormatan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negara berbanding apa yang berlaku sekarang di mana Najib lebih bergantung kepada perunding,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini

Najib sebelum ini mengumumkan SST yang akan mestruktur gaji maksimum kakitangan awam dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum sebagai tambahan kepada Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Rafizi turut mempersoalkan tempoh kenaikan gaji kakitangan awam yang hanya diumumkan kini, memandangkan lima tahun mandat persekutuan BN telah berlalu pada 8 Mac lalu.

Katanya, ia jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Najib untuk menarik penjawat awam dengan harapan mereka akan menyokong Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang.

No comments

Powered by Blogger.