Kenyataan Media Terkini TG Presiden PAS

SOLAT HAJAT DI SELURUH NEGARA PADA JUMAAT 8 MAC 2013

Perkembangan terkini isu pencerobohan kedaulatan negara di Sabah hingga kini belum menampakkan tanda-tanda ianya akan reda dalam waktu terdekat. Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasakan bahawa tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dalam negara kita ini adalah tanggungjawab semua pihak – tanpa mengira samada dari pihak kerajaan, semua parti politik dan rakyat seluruhnya.

Oleh itu, saya dengan ini mengarahkan seluruh ahli PAS, dan mencadangkan kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini untuk mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat pada 8 Mac 2013 memohon kepada Allah SWT agar isu keselamatan yang melanda negara kita ini dapat diselesaikan dengan segera.

PAS juga mempunyai pendirian yang sama dengan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa anggota keselamatan yang terkorban dalam misi mempertahankan kedaulatan negara dari unsur hirabah ini adalah tergolong sekurang-kurangnya syahid akhirat bahkan kita mendoakan agar mereka dikurniakan pahala yang lebih besar lagi.

PRESIDEN PAS

No comments

Powered by Blogger.