AS Gelisah Mursi Realisasikan Pencapaian Gandum



Prihatin Mesir | Anti Kudeta

RAKYAT MESIR DI LUAR: AS GELISAH PRESIDEN MURSI REALISASIKAN PENCAPAIAN GANDUM

Seorang penunjuk perasaan wanita yang menyertai perarakan selepas solat Jumaat di Masjid Qaed Ibrahim Iskandariah pada hari Jumaat yang lalu berkata, dia telah menyertai perarakan itu dan akan menyertai lagi sehingga kembalinya legitimasi dan berakhir pemerintahan Kudeta di Mesir.

*Keratan akhbar muka utama HURRIYAH WAL-ADALAH 16 MEI 2013, laporan pencapaian gandum.

Tambahan lagi dari wanita terbabit iaitu Sarah yang merupakan penduduk Iskandariah dan menetap di Eropah, 'dia turun ke perarakan membantah Kudeta kerana mereka telah mengabaikan suaranya dan jutaan rakyat Mesir dalam pencapaian 5 perkara rasmi secara bersih.' Berikutan itu media rasmi Mesir adalah media yang keji membolak-balikkan hakikat yang berlaku dan menyokong rampasan kuasa.

"Saya datang ke Iskandariah supaya saya dapat katakan kepada seluruh dunia..sesungguhnya aku adalah rakyat Mesir yang mengatakan tidak kepada rampasan kuasa dan tak takut dari ditangkap atau mati, sememangnya aku bersedia untuk itu," ujar Sarah.

Jelas Sarah, 'sedemikian itu masalah yang paling besar mereka tidak mahu Mesir bangkit berdiri sebagaimana dalam laporan antarabangsa, Amerika Syarikat (AS) berasa gelisah dengan kemampuan kendiri Mesir yang telah direalisasikan oleh Presiden Mursi dan Dr Basem Odah (salah seorang menteri) ekoran pencapaian hasil gandum tempatan dalam tempoh 6 bulan, inilah kata Sarah yang membimbangkan AS kerana ia seumpama bahaya ke atas keselamatan negara Amerika (sekuriti pemakanan)'.

Sarah menerangkan bahawa As-Sisi seorang pengkhianat. Sarah merasa optimis terhadap masa hadapan Mesir selagimana masih ada lagi perarakan-perarakan membantah Kudeta dan menyokong legitimasi (sah berdasarkan undang-undang).

Sumber: Web berita Fjp, 07/09/2013
#prihatinmesir
Posted by abu ubaidah

No comments

Powered by Blogger.