Muhyiddin Nafi Harga RON95 Akan Dinaikkan Dalam Masa Terdekat

BENTONG, 28 Sept (Bernama) Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan harga petrol RON95 akan dinaikkan sekali lagi dalam masa terdekat.

Beliau berkata dakwaan itu tidak benar malah tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

"Sah tak ada...siapa yang menyebar berita itu, ia tidak betul. Sebenarnya tidak ada keputusan Kabinet, malah ia tidak dibincang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan proses Simulasi Pemilihan Umno 2013 di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU) di Janda Baik di sini Sabtu.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kerajaan akan menaikkan harga petrol RON95 dan RON97 masing masing sebanyak 10 sen dan 15 sen seperti yang tersebar di laman-laman sosial sejak Jumaat.

Berikutan itu, beliau menegaskan harga pasaran bahan api itu kekal pada harga semasa RM2.10.Awal bulan ini, harga RON95 dinaikkan 20 sen kepada RM2.10.
BERNAMA

1 comment

zamy said...

kalau tak der angin.....tak kanlah pokok bergoyang......kecuali digoyang oleh beruk dan disondol lembu UMNO/BN....hihihihihihihi

Powered by Blogger.