Belasah dan tangkap imam OKU di Mesir



Prihatin Mesir | Tangkapan Politik

BELASAH DAN TANGKAP IMAM KURANG UPAYA

Lagi berita penangkapan. Semalam, polis Mesir menangkap Syeikh Muhammad Iwadh (gambar) selaku imam dan khatib di Masjid As-Sunniyah di kampung Kafr Hijazi, Al-Mahallah Al-Kubra. Beliau kurang upaya bergerak dengan kerusi roda, lalu dibawa pergi dari masjid ke tempat yang tidak dimaklumi.

Sebagaimana yang diceritakan, samseng dari Kementerian Dalam Negeri berpakaian biasa telah membelasah Syeikh Muhammad selepas solat Asar, ketika itu Syeikh duduk di atas kerusi roda dan darah meleleh dari kepalanya. Tiada sesiapa pun yang berada di situ bangkit pertahankan Syeikh ekoran ramai yang memukulnya.

Kata penduduk di kampung itu, Syeikh Iwadh seumpama Syeikh As-Syahid Ahmad Yasin pengasas HAMAS meskipun kurang upaya tetapi memiliki semangat yang tinggi. Syeikh Iwadh kerapa dilihat berada dalam semua tunjuk rasa yang diadakan bagi membantah kudeta.

Syeikh Iwadh dikenali guru pengajar Al-Quran, ramai orang dari seluruh tempat datang kepada beliau untuk mendapatkan ijazah sanad bacaan Al-Quran.

Sumber: Web rasmi Hurriyah Wal-Adalah (FJP), 08/09/2013
#prihatinmesir
Posted by abu ubaidah

No comments

Powered by Blogger.