Tiada Kenaikan Harga Bahan Api Dalam Masa Terdekat Ini, Kata Pakar Ekonomi
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) Rakyat boleh menjangkakan tiada sebarang kenaikan harga bahan api dalam tempoh terdekat ini kerana pelarasannya baru sahaja dibuat, kata seorang pakar ekonomi dengan Alliance Research, Manokaran Mottain.
"Rakyat masih lagi tengah dalam usaha menerimanya (kenaikan harga bahan api)," kata Manokaran, yang juga Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) kepada Bernama semasa ditanya tentang lebih banyak lagi pengurangan subsidi dalam tempoh terdekat ini.
Beliau juga berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya akan bermesyuarat setiap enam bulan.
"Sebarang rasionalisasi subsidi hanya akan diputuskan apabila ia benar-benar perlu," katanya.
Spekulasi mengenai kenaikan lagi harga bahan api tersebar luas dalam media sosial sejak beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengurangkan lebih banyak subsidi terutamanya bagi bahan api yang akan membawa kepada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel.
Rakaman skrin laman web Bernama 'seolah-olah' pengumuman tentang kenaikan harga itu disebarkan menerusi media sosial Jumaat.
Ia sebenarnya pengumuman rasionalisasi subsidi pada 2 Sept lepas yang menyaksikan harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada tengah malam Selasa (3 Sept).
Rakaman skrin itu malahan telah mengubah tarikh kepada 'tengah malam Isnin' dan disebarkan kepada orang ramai.
Susulan rasionalisasi baru-baru ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini.
Kerajaan memperuntukkan RM24.8 bilion bagi subsidi bahan api tahun ini.
BERNAMA

No comments
Post a Comment