RON95: Jangan dengar khabar angin, kata menteri

Oleh: NIZAM ZAIN

SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin yang mendakwa harga bahan api petrol RON95 akan dinaikkan pada malam ini sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Hasan menegaskan khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu boleh menjejaskan keamanan negara sekali gus menimbulkan suasana panik di kalangan masyarakat negara ini.

“Jangan dengar khabar angin itu, kalau benar ada kenaikan kerajaan sendiri akan umumkan nanti...ada puak-puak tertentu yang cemburukan keamanan negara sebarkan khabar angin ini dan menyebabkan orang ramai panik.

“Bila dia buat macam ini, orang ramai bukan sahaja panik bahkan mereka akan berkejar-kejar ke stesen minyak mengisi petrol,” katanya kepada Sinar Harian Onlie ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkta demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman semalam yang mendedahkan harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan dalam masa terdekat susulan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api itu dalam usaha membasmi penyeludupan petrol ke negara-negara jiran.

"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

1 comment

PokAmid said...

Takkan Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), nak sebarkan khabar angin? kalau ya pun dia sebar khabar angin, kenapa tak pi tangkap dia? Sebenarnya mereka dah terkantoi, bila keluar je berita petrol nak naik harga, datang berita bekas MB Kedah meninggal dan pasti pilihanraya kecil akan ada. Mereka yang jenis TAIK, patut diajar dan jangan beri undi kepada UBN dalam PRK nanti. Sama-sama kita ajar si TAIK celaka supaya jangan senang-senang nak menipu rakyat!!!

Powered by Blogger.