Ulasan Ust Mohd Khairuddin At-Takiri Berhubung Saranan Multaqa Ulamak Se-Malaysia
Ust Mohd Khairuddin At-Takiri
Saranan Multaqa Ulamak Se-Malaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat harini agar PAS menyemak kembali Tahaaluf Siyaasi dengan PR khususnya PKR adalah suatu yang wajar bagi sebuah organisasi besar seperti PAS.
Tahaaluf Siyaasi adalah strategi yang diambil untuk mencapai matlamat kemenangan politik untuk PAS. Setiap strategi perlu disemak dari semasa ke semasa untuk dinilai tahap kejayaan dan kegagalannya.
Sekiranya strategi berjaya mencapai matlamat kejayaan maka ia perlu diteruskan atau dengan penambahbaikan. Sekiranya ia gagal mencapai matlamat maka strategi baru diperlukan. Menyemak Tahaaluf Siyaasi dengan PR pula tak bererti bersama dengan UMNO atas nama Kerajaan Perpaduan dan sebagainya.
Ia adalah 2 perkara yang berbeza. Di saat bunga-bunga Kerajaan Perpaduan antara PR dan BN pasca pru ke 13 cuba dilontarkan oleh pihak-pihak tertentu, saya yakin Dewan Ulamak PAS Pusat akan mencadangkan untuk PAS bersedia menjadi pembangkang yang kuat walauoun bersendirian untuk lonjakan kemenangan politik pru ke 13.
Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu diperkasakan untuk menyebarluaskan lagi sokongan bukan Islam kepada PAS

1 comment
Kata ust At-Takiri:"...saya yakin Dewan Ulamak PAS Pusat akan mencadangkan untuk PAS bersedia menjadi pembangkang yang kuat walauoun bersendirian untuk lonjakan kemenangan politik pru ke 13."
Pendapat orang tak sedar diri! Tanpa sokongan puak-puak professional dalam PAS dan PKR, PAS takkan kemana kerana para pemimpin bergelar ulamak ramai yang jumud, lemah dalam membaca tindakan dan strategi UMNO!!!
Post a Comment