Respon Saiful Nang Berkaitan Pembayaran RM 20 Juta Kepada McKinsey & Co



Tan Sri Muhyiddin Yasin, TPM mengulas bahawa perbelanjaan untuk pembangunan National Education Blueprint (NEB) sebanyak RM20 Juta kepada McKinsey & Co adalah satu perbelanjaan yang berpatutan untuk tempoh projek 2 tahun. Sebagai sebuah firma perkhidmatan yang juga menyediakan khidmat perundingan (walaupun dalam bidang media), saya setuju dengan kenyataan itu. TETAPI itu bukan soal pokok yang mahu saya ulas pagi ini sebaliknya persoalan mengapa kita masih melihat "Orang Luar" sebagai yang terlayak mencanai halatuju pendidikan kita?

Saya tahu McKinsey & Co ada cawangan di Malaysia dan mungkin pekerjanya juga orang Malaysia, walaupun pemilik asalnya dari USA khabarnya. Soal utama ialah, jika saya seorang rakyat Amerika yang melakukan rombakan NEB ini, adakah saya akan berikan yang terbaik atau meletakkan Malaysia dalam kelompok yang teruk melalu NEB itu? atau sekurang-kurangnya kurang sikit dari negara mereka sendiri. Untuk berfikir positif, munkin kita rasa mereka akan lakukan dengan baik. Adakah sebaik mereka lakukan untuk negara sendiri?

Saya tidak menjalankan perniagaan perundingan pendidikan dan bukan langsung pesaing McKinsey maka saya bercakap atas kapasiti seorang warganegara. Logiknya tokoh-tokoh pendidik yang juga anak watan di Malaysia pasti lebih patriotik dalam mencanai halatuju pendidikan untuk term 2013-2025 dan mengapa bukan mereka?.

Pada pandangan saya, seburuk-buruk atau sebodoh-bodoh kita melayari bahtera negara, baiklah tali layarnya kita uruskan sendiri.

Pendidikan adalah roh kepada pembangunan anak bangsa. Anak-anak saya juga dan kawan-kawan anak saya juga yang menjadi subjeknya nanti. Kita belum merdeka lagi, kita masih dijajah. Kita tak mampu nak didik ANAK BANGSA kita sendiri. Kita masih percaya Uncle Sam untuk merobah pendidikan negara.

Terkait dengan artikel tentang IBU BEKERJAYA yang saya share dari wall Warga Prihatin kelmarin, sama juga terjadi dalam konteks sebuah negara. Negara kita sibuk sangat nak jadi negara maju sampaikan anak-anak bangsa kita beri pada orang lain untuk didiknya. Mereka akan didiknya kerana WANG dan bukan kerana tanggungjawab sebagai warganegara.

Selagi stigma "Mat Saleh mesti Hebat" itu ada dalam minda kita, maka kita tidak mungkin akan jadi bangsa yang mampu memintas mereka. Dah 56 tahun Malaysia merdeka, bangunan KLCC pun suruh orang buat, kapal terbang perang pun beli dari orang yang mungkin akan berperang dengan kita, minyak dalam perut bumi Malaysia pun kita panggil Mat Saleh korek. Pendidikan anak bangsa pun kita nak pajak juga kepada mereka?

Saya nak ambil white homeless di UK bawa ke Malaysia. Nanti saya bagi dia mandi, pakai wangi-wangi, bagi rumah, pakai coat & necktie, beri gaji lebih kurang dan lantik jadi CEO di syarikat saya. Mesti saya dapat banyak kontrak kerajaan selepas tu walaupun Mat Saleh tu bodopiang. Yang penting, muka dia dan speaking Enlish brabuks maka bolehlah...orang dah ingat dia pandai sangat.

Saya emosi tentang hal ini. Anda bagaimana?

SAIFUL NANG
Bukan Mat Saleh

Rujuk berita ini : http://news.malaysia.msn.com/malaysia-news/said-the-sum-was-reasonable-as-it-was-a-two-year-project-involving-large-scale-processes-and-input-from-international-experts

1 comment

Ummu Syahmi said...

Model perkembangan ilmu terbaik bermula di tamadun islam. Sejarah pun dah buktikan.

Powered by Blogger.