News Update :

Twitter

Politik

Kenyataan

Agama

Dunia

Ainan Tasneem Pun Teruja Bila Berjumpa Tok Guru Nik Aziz

September 30, 2013



Alhamdulillah. Mereka akan suka pada islam.

Ini lah yang diperjuangkan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Allahuakhbar!

Perhatian Umat Islam! Betul Ke MEDIU Atau Universiti Al Madinah Antarabangsa Tempat Sebar Ilmu Agama Ekstrem?

PERHATIAN PELAJAR UNIVERSITI AL AZHAR :

Pelajar baharu yang tidak dapat sambung ke universiti al Azhar / atau menyambungkan pengajian semula ke sana, jangan pergi ke MEDIU sarang pengkaderan fahaman ekstrimis.

Penyebar fahaman ekstrimis dalam UM** seperti Fathul Bari, Fadhlan Othman, Idris Sulaiman, Rasul Dahri bebas bersidang menyampaikan fahaman ekstrimis lagi batil di situ.

Jangan tergopoh gapah dan terkesima dengan tawaran dari wahhabi. 90% modul hasil kerjasama dengan al azhar ? Fikir banyak kali dahulu..

Kita tahu Universiti Al Azhar benteng Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang melahirkan ramai para alim ulamak dan mengekalkan manhaj wasatiyyahnya berdasarkan asya'iroh dan al maturidiyyah serta mengiktiraf 4 mazhab muktabar di dunia Islam.

Tentulah tidak sama dengan pembawa virus wahhabi ekstrimis yang sudah lama bersarang dalam MEDIU sendiri antaranya :

1.Fadlan Othman - TIMBALAN REKTOR MEDIU ini kata selawat syifa' kafir (senada dengan Dr Asri Zainal Abidin).

https://www.youtube.com/watch?v=FU_GM0wT1x0

2. Idris Sulaiman mengatakan Dr Yusuf al Qardhawi sesat (tiap hari selasa sampaikan kuliah di MEDIU):

https://www.youtube.com/watch?v=pF_tXIH0xFc

Mengatakan tiada jihad di Palestin dan Rakyat Palestin mesti keluar dari negara itu :

https://www.youtube.com/watch?v=LuLDajjzspo

3. Fathul Bari keluarkan fatwa membaca SodaqaLlahul 'azim lepas baca al Quran kafir.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=291818710857489&id=149551445110005

4. Rasul Dahri - mengatakan asya'iroh kekal selama-lamanya dalam neraka. Menipu atas nama Imam Asy Syafie. Banyak bukunya diharamkan JAKIM.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.218832691515213.49671.149551445110005&type=3

Kamu takkan belajar di MEDIU untuk menjadi seorang pelajar yang menghormati para alim ulamak dan umat Islam. Tetapi kamu akan diajar bagaimana untuk mengkafirkan ulamak dan umat Islam.

Sabarlah. Nanti ada kampus Al Azhar yang akan dibuka di Malaysia.

1. http://www.bharian.com.my/articles/KampussementaraAl-AzhardiNilai2014/Article/

2. Http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130827/dn_33/Universiti-Al-Azhar-buka-cawangan-luar-pertama-di-Nilai


http://jomfaham.blogspot.com/2013/09/hati-hati-umat-islam-mediu-tempat.html

Komen MAZA semasa dengan TG Nik Aziz Dan Pimpinan Kerajaan Kelantan Semalam

 https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/q71/s720x720/1379561_10151979259287990_1911208491_n.jpg


..bersama TGNA dan pimpinan Kerajaan Kelantan semalam di majlis meraikan selebriti yang menyumbang untuk Kelantan..saya bukan selebriti, tapi rakyat marhaen yang turut dijemput..terima kasih Kerajaan Kelantan yang meminta saya memberi sedikit ucapan semalam..seperti yang saya sebutkan bahawa Kerajaan Kelantan adalah universiti terbuka rakyat yang mendidik dan mengajar kematangan ilmu dan politik untuk rakyat Malaysia..keistimewaan itu kurniaan Allah kepada TGNA dan pimpinan Kelantan..bukan kerna parti mereka, tapi kerana kesungguhan mereka dan pertolongan Allah..PAS gagal di Trengganu dan Kedah tapi TGNA dan pimpinan Kelantan berjaya..TGNA merupakan mahaguru rakyat yang mendidik kematangan dan beliau merupakan lagenda bagi politik negara ini..tiada siapa dapat memadamkan kegemilangan politik beliau dalam catatan sejarah Malaysia..walaupun dihimpit, ditindas, dizalimi dan cuba dikaitkan dengan pelbagai tuduhan, kerajaan beliau kekal begitu lama dan tiada tuduhan yang boleh disabitkan ke atas TGNA di mahkamah..saya gembira beliau melepaskan jawatan dalam kegemilangan..moga hidupnya mulia dan matinya juga nanti mulia..bak kata Syauqi Dif bahawa sebutan selepas ketiadaan kita adalah umur kita yang kedua..saya rasa bertuah berada dengan beliau semalam..moga Allah panjangkan umurnya dan diberikan kesihatan yang baik..

 https://www.facebook.com/DrMAZA?ref=stream

Berikut ialah senarai Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2013-2016

Berikut ialah senarai Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2013-2016

Dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw

2. Dr P Ramasamy

3. Dr Ariffin Omar

4. Jimmy Wong Sze Phin

5. Vincent Wu

6. Dr John Brian Anthony

7. Dr Edwin Bosi

8. Leong Ngah Ngah

9. V. Sivakumar

10. Su Keong Siong

Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi:

1. Chow Kon Yeow

2. Chong Chieng Jen

3. M Kula Segaran

4. Teresa Kok

5. Dr Ariffin Omar

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Timbalan Setiausaha Agung:

1. Chong Eng

2. Ngeh Koo Ham

3. P Ramasamy

Bendahari: Fong Kui Lun

Timbalan Bendahari: Nga Kor Ming

Setiausaha Organisasi: Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Organisasi: Thomas Su Keong Siong, Vincent Wu Him Ven

Setiausaha Publisiti: Tony Pua Kiam Wee

Timbalan Setiausaha Publisiti:

Teo Nie Ching

Zairil Khir Johari

Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar

Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong

Timbalan Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau

Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin

Ketua Parlimen Parlimen: Lim Kit Siang

Jawatankuasa Disiplin

Pengerusi: Tan Kok Wai

Ahli-ahli: M. Kula Segaran, Tan Seng Giaw, P. Ramasamy

Biro Pilihanraya

Pengerusi: Tan Kok Wai

Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee,

Liew Chin Tong

Pengerusi Biro Guaman: Gobind Singh Deo

Biro Pakatan Rakyat

Pengerusi: Teng Chang Khim

Ahli-ahli: Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee, Liew Chin Tong, Teresa

Kok, Gobind Singh Deo

Pengerusi Kebudayaan: P. Gunasekaran

Pengerusi Biro Buruh: A. Sivanesan

Pengerusi Majlis Perundingan Dayak: Dr John Brian Anthony

Pengerusi Majlis Kadazandusunmurut (KDM): Dr Edwin Bosi

Whip: Anthony Loke Siew Fook

Timbalan Whip: Teresa Kok, M. Kula Segaran

Jawatankuasa Keahlian

Pengerusi: Anthony Loke Siew Fook

Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong


Keputusan CEC DAP kali ini adalah sperti berikut:

Liew Chin Tong - 1438 undi berbanding 984 sebelum ini.
Lim Kit Siang - 1436 (1607)
Karpal Singh - 1421 (1411)
Gobind Singh Deo - 1409 (1197)
Lim Guan Eng - 1304 (1576)
Chong Chieng Jen - 1294 (1211)
Anthony Loke - 1263 (1202)
Chow Kon Yeow - 1203 (986)
Fong Kui Lun - 1193 (1137)
Teng Chang Kim - 1164 (1152)
Tony Pua - 1158 (1162)
Zairil Khir Johari -1132
Teresa Kok - 1127 (925)
Chong Eng - 1111 (1006)
M. Kula - 1088 (984)
Tan Kok Wai - 1088 (1199)
Teo Nie Ching - 1081 (903)
Boo Cheng Hau - 961 (958)
Nga Kor Ming - 956 (1075)
Ngeh Koo Ham - 809 (824)

Pelajar UITM digunakan untuk mengangkat peti umno umno?



pung pang pun pang vc uitm dok kecoh dalam fb pesan kat anak pelajarnya supaya jangan terlibat dalam politik.

ni apa kes wahai vc uitm?

kamu sembang kencang dalam fb, ugut pelajar bujan main hebat.

dalam paper pelajar uitm jadi balaci umno.

pppuuiihhhh..

Akak Jamaliah Dah Berapa Lama Tidak Ke Kota Bharu?

September 29, 2013



klik pada ambar untuk tatapan lebih jelas.

akak ni berapa lama dah tak datang kota bharu?

kesian la kat awak jamaliah!

Wardina dan anak-anak bersama TG Nik Aziz serta MB Kelantan



Kelihatan semua ceria pagi tadi. Alhamdulillah.

Ramai yang tersentuh dengan ucapan tok guru. Semoga allah memberi kesihatan yang berpanjangan kepada tok guru.

Terkini! Gambar Selebriti Bersama TG Nik Aziz Dan Pimpinan Kerajaan Kelantan

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/q71/1374839_734304313253440_1853459937_n.jpg
https://pbs.twimg.com/media/BVThidGCUAA6rED.jpg
https://pbs.twimg.com/media/BVTmY6VCIAAawDf.jpg

tahniah buat penganjur. semoga diberkati ALLAH.

Terkini! Keadaan TS Annuar Musa Sekarang

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/q71/1379444_500285296729148_1132526618_n.jpg

Alhamdulillah Tan Sri dlm keadaan stabil.. Masih berehat d CCU @ HKL dan diberi penjagaan rapi oleh pihak hospital... Tak perlu risau dan harap semua pihak dapat mendoakan agar Tan Sri akan cepat baik seperti sediakala... InsyaAllah..

Dari facebook Hj.Azman Ibrahim (pengurus pasukan)

Muhyiddin Nafi Harga RON95 Akan Dinaikkan Dalam Masa Terdekat

September 28, 2013

BENTONG, 28 Sept (Bernama) Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan harga petrol RON95 akan dinaikkan sekali lagi dalam masa terdekat.

Beliau berkata dakwaan itu tidak benar malah tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

"Sah tak ada...siapa yang menyebar berita itu, ia tidak betul. Sebenarnya tidak ada keputusan Kabinet, malah ia tidak dibincang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan proses Simulasi Pemilihan Umno 2013 di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU) di Janda Baik di sini Sabtu.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kerajaan akan menaikkan harga petrol RON95 dan RON97 masing masing sebanyak 10 sen dan 15 sen seperti yang tersebar di laman-laman sosial sejak Jumaat.

Berikutan itu, beliau menegaskan harga pasaran bahan api itu kekal pada harga semasa RM2.10.Awal bulan ini, harga RON95 dinaikkan 20 sen kepada RM2.10.
BERNAMA

Ustaz Azizan: Mereka Nak Saya Mati, Baru Mereka Seronok!




tolong tengok dari awal hingga akhir video ni.


Ustaz Azizan yang ku kenali...


TANGGAL 24 Ogos 2013 pasti terpahat dalam memori saya kerana itulah kali pertama bertentang mata dengan Ustaz Azizan sejak beliau dimasukkan ke hospital akibat komplikasi diabetik.

Sebaik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang selepas menziarahi Ustaz Azizan di wad ICU (HSB), saya dibenarkan melawat, ditemani bekas Setiausaha Politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor dan beberapa ahli Pas yang turut berada di situ.

Sebaik melangkah ke bilik yang menempatkan Ustaz Azizan, hati tidak sekuat yang saya sangka.

Saya berdiri disisi Ustaz Azizan tanpa berkata-kata, hanya renungan yang mampu saya berikan.

Sedangkan dalam benak ini, banyak yang ingin saya katakan.

Ustaz Azizan ketika itu membuka mata apabila Muhammad Sanusi memanggil, “Ustaz, Linda Sinar mai tengok ustaz".

Ustaz Azizan merenung lama wajah saya. Saat itu, tidak tertahan air mata ini mengalir laju ke pipi.

Saya cuba berbual dan meluahkan beberapa patah perkataan, namun tak dapat diteruskan…

Muhammad Sanusi sekali lagi bertanya kepada Ustaz Azizan, “Ustaz ingat dak?”.

Ustaz Azizan membalas “Ingat”.

Arwah tetap merenung saya dengan kelopak matanya yang kuyu, seakan menggagahi diri untuk berbual.

Tiba-tiba Ustaz Azizan berkata, “Terima kasih” (kerana datang).

Sebaik sahaja kata-kata itu diucapkan, saya tidak mampu lagi bertentang mata dengan pemimpin berjiwa besar ini, yang cukup kuat melawan derita ketika itu.

Saya segera meminta diri dan berdiri seketika di luar pintu, cuba menenangkan diri.

Jururawat seolah-olah memahami perasaan saya dan memaklumkan kondisi Ustaz Azizan ketika itu.

Kali kedua saya menziarahi Ustaz Azizan ialah ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melawatnya semasa kunjungannya ke Kedah sempena Multaqa Ulama pada 15 September lalu.

Waktu itu, saya agak panik melihat pelawat dikehendaki memakai pakaian khas dan sarung tangan jika masuk ke bilik.

Disebabkan itu, saya hanya melihat dari luar pintu perbualan dua sahabat itu. Sekali lagi, air mata tidak dapat ditahan, lalu saya beredar dan menanti di ruang legar ICU.

Kali ketiga hajat saya tidak kesampaian. Saya menelefon isteri Ustaz Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah (yang lebih mesra dengan panggilan Tok Puan), memaklumkan untuk hadir melawat.

Sebaik tiba di pintu masuk ICU, saya sekali lagi menelefon Tok Puan memaklumkan sudah tiba, namun jawapan dari Tok Puan amat mengejutkan: “Nak tengok apa Linda; dah tak ada”, sayu tutur katanya.


Sehari sebelum sakit

Saya masih ingat kali terakhir berjumpa Ustaz Azizan sebelum beliau jatuh sakit.

Ketika itu hari mengundi PRU13 (5 Mei 2013). Tepat jam 9 pagi saya sudah berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di mana Ustaz Azizan mengundi.

Puas kami (media) menunggu hingga tengah hari, namun kelibat Ustaz Azizan tidak kelihatan. Saya menekan nombor telefon berkali-kali, tetapi semuanya masuk pesanan suara.

Terdetik di hati seolah-olah ada yang tidak kena, namun pegawai Ustaz Azizan hanya memaklumkan beliau lewat kerana singgah di beberapa lokasi untuk jumpa pengundi.

Saya akur walaupun tahu benar itu bukan stail Ustaz Azizan. Ketika itu, saya antara percaya dengan tidak dengan alasan yang diberi.

Tetapi, demi tugas, saya tetap menunggu hingga jam hampir 1 petang.

Pada masa sama, saya terus menekan nombor telefon hingga akhirnya Ustaz Azizan menjawab panggilan.

Saya bertanya: “Kenapa tak datang mengundi?”.

Ustaz Azizan lantas berkata: “Kurang sihat, demam; kaki pula sakit.”

Mendengar itu, saya menyarankan Ustaz Azizan berehat sahaja dan tidak perlu datang.

Namun Ustaz Azizan pula berkeras suruh kami (media) menunggu dan akan tiba dalam 20 minit.

Tidak sampai hati pula untuk hampakan harapan Ustaz Azizan.

Ketika beliau sampai, saya lihat Ustaz Azizan jalan berdingkit-dingkit, sambil dipimpin setia oleh pembantunya, Shahril Elham.

Wajahnya tetap ceria, walaupun ketika itu jelas sedang menahan kesakitan.

Itulah Ustaz Azizan. Beliau bagaikan lilin, sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain.

Banyak situasi menunjukkan Ustaz Azizan banyak berkorban, sama ada dalam parti mahupun kerja.

Pada luarannya, nampak Ustaz Azizan seperti tegas dan perongos, tetapi hati beliau lembut dan banyak bertolak-ansur.

Walaupun mengenalinya hanya lima tahun (2008-2013), saya dapat memahami karakter beliau. Ia amat berbeza dengan pemimpin Pas lain, umpama satu dalam sejuta.


Kali pertama

Saya masih ingat waktu awal memulakan tugas di Kedah (2008) iaitu selepas peralihan kuasa. Saya sering kali disuruh ketua untuk dapatkan reaksi Ustaz Azizan bagi isu-isu semasa.

Ketaq perut setiap kali mahu menekan nombor telefon beliau sebab orangnya garang. Demi tugas saya beranikan diri, dapat dua tiga patah pun sudah cukup untuk 'goreng' berita.

Disebabkan terlalu kerap menelefon, suatu hari, pada sidang media di Wisma Darul Aman, Ustaz Azizan bertanya, “Mana satu Linda?”.

Saya ketika itu berada di barisan belakang, terus berkata: “Ya, saya”.

Rakan media di hadapan membuka ruang untuk saya ke depan.

Saya tersengih tak tahu nak kata apa. Azizan dengan wajah serius, bersuara: “Kamu ni, duk telefon saya. Saya marah, kamu telefon lagi. Saya marah lagi, kamu telefon juga. Saya dah tak tau nak marah macam mana lagi”.

Kata-kata itu tak pernah saya lupa kerana sejak itu jugalah hubungan saya dengan arwah semakin baik, dan arwah mula beri kerjasama.

Ada kala, ketika bertanya isu panas, sebelum Ustaz Azizan memberi ulasan, sudah tentu saya kena marah dulu.

Yang bestnya, selepas marah, Allahyarham akan memujuk dengan kata-kata jenaka, bagaikan seorang bapa bercakap dengan anaknya.

Ada juga rakan media yang dihamburi atau ditengking jika cuba dapatkan reaksi Allahyarham melalui telefon.

Dari hari ke hari, saya cuba membina hubungan lebih mesra antara media dan Ustaz Azizan.

Banyak pandangan saya berikan kepada Allahyarham supaya hubungan beliau dengan media menjadi lebih diplomasi dan relaks.

Sejak itu Ustaz Azizan dilihat semakin bersikap terbuka dengan media.

Beliau sebenarnya bukan tidak mesra media pada awalnya, tetapi sebenarnya beliau kecewa kerana banyak kenyataannya di putar belit.

Setiap kali berita Ustaz Azizan terpampang di dada akhbar yang tidak menyenangkan, setiap kali itu juga Allahyarham menghubungi saya untuk memberi kenyataan balas atau sekadar meluahkan perasaan.

Namun sebagai bekas Pengarah Urusan Harakah, Ustaz Azizan akur dan faham dengan pendirian setiap akhbar di negara ini.

Sebab itu, Allahyarham tidak melatah tetapi ambil sikap malas nak layan. Jika Ustaz Azizan berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja, pagi-pagi lagi beliau menghubungi saya untuk bertanya khabar Kedah, apa yang berlaku sepanjang ketiadaan Allahyarham.

Disebabkan itu juga, saya perlu sentiasa alert dengan apa yang berlaku kerana saya tahu Alllahyarham akan hubungi saya bila-bila masa sahaja.

Mungkin Ustaz Azizan mahukan perspektif berbeza satu-satu isu, di mana sebagai orang media, saya telus menceritakan dari semua sudut.


Kaya dengan perumpamaan unik

Paling saya suka sikap Ustaz Azizan yang gemar berjenaka, berseloroh tak kira masa.

Sidang media Allahyarham dinanti-nanti saya dan rakan-rakan media lain. Bukan apa, nak tahu apa pula perumpamaan dicipta pada hari itu.

Sampai ke hari ini, masih terngiang-ngiang riaknya yang bersahaja.

Pernah bila ditanya isu tanah, Allahyarham menjawab: “Nak potong tanah bukan macam potong tepung talam. Ukur-ukur potong. Nak kena sukat, ambil masa”.

Jika bertanya pula isu calon PRU13, jawabnya: “Macam nak tangkap ikan la. Ada masa kita guna jala, pukat, bubu, pancing. Banyak cara.”

Paling tidak dapat saya lupa, perumpamaan ‘Ibarat beruk atas pokok cermai’, yang mengundang ketawa semua yang hadir.

Ustaz Azizan, secara berseloroh, menggambarkan situasi itu kepada Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, yang sering mendesaknya menjelaskan isu-isu semasa.

Balas Ustaz Azizan spontan: “Kamu tahu pepatah Melayu ada kata ‘jangan usik beruk atas pokok cermai’. Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dia usik kita, kita pun tengok. Jika kita sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payah layan. Jika kita layan sampai bila pun tak habis.”

Itulah antara kenangan yang begitu sentimental buat saya. Pemergiannya ditangisi, kehilangannya dirindui.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin…


Nukilan,
Roslinda Hashim
(Wartawan Kanan, Sinar Harian Utara)

Laporan Polis Kes Pelajar Umur 12 Tahun Dirogol 8 Pelajar Sekolah Rendah Di Selangor

 https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/q71/s720x720/577356_10151871429157929_1184716237_n.jpg

Salam Ydh Tn Kjsj. Up-date kes rogol bdk prmpuan umur: 12 thn. B/Sentosa Rpt : 5580/13
sek : 376 Kk
Pengadu : Suryanis bt Prawito
kpt : 010212-14-0486(12 Tahun 7 Bulan)
Almt : No 2A Jalan Rampaisari 3C Sg Buaya 48010 Rawang,Sel
Pekerjaaan : Darjah 6 Pelajar SK Sg Buaya

RINGKASAN KES :-

-Pada 19/9/13 Jam L/Kurang 0900 Hrs Pengadu telah ponteng dari bersekolah dan pergi kerumah kawannya nama Elisa dijalan Rampaisari Sg Buaya dan lepak di situ sehingga selesai waktu persekolahan kemudian pengadu seorang diri telah merayau2 di kawasan Sg Buaya kerana takut untuk pulang ke rumah sehingga waktu malam dan pengadu telah tidur di surau Al Angsa Sg Buaya.

-Pada Keesokkan harinya(Hari ini) 20/9/13 Jam L/Kurang 7.30 Pagi apabila pengadu bangun dari tidur dan keluar dari surau pengadu lihat 8 Orang Lelaki Melayu yg dikenalinya sedang berkumpul berdekatan kawasan surau tersebut,pengadu telah menghampiri mereka dan mereka telah mengajak pengadu pergi ke sebuah rumah kosong.

-Semasa berada di rumah kosong Adam(saspek) telah bertindak menutup Mata Pengadu dengan menggunakan baju T-Shirt. Haikal dan Hafis telah membuka baju Pengadu dan baringkan dilantai rumah kosong tersebut kemudian pengadu telah Dirogol/diraba Oleh 8 Lelaki Melayu yg dikenalinya.

SENARAI NAMA SASPEK DAN PERANAN:-

1) Muhd Adam 14 thn (Menutup Mata pengadu/masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

2) Mohd Haikal 12 thn (baringkan mangsa/masukkan Kemaluan dalam kemaluan pengadu)

3) Norhafis Azuan 14 thn (baringkan mangsa/masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

4) Muhd Ashraf 12 thn (Raba mangsa)

5) Muhd Firdaus 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

6) Zariq Haikal 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

7) Norhafis Azuan 14 thn (masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

Syed Muhammad Hakim 14 thn(masukkan kemaluan dalam kemaluan pengadu)

TINDAKAN
1/Tahan 8 lelaki Melayu(Seperti nama pgakuan diatas)bawa balik ke balai Sentosa untuk siasatan awal dan Jalankan Tangkapan
2/Kesemua 8 OKT adalah bawah umur dan pg ni akan reman.
3/Mangsa tlh dhantar ke Hospital Selayang utk pmeriksaan doktor, dimana sahkan ada koyakan baru pd kmaluan mangsa & tahan wad.
4/TeamForensik diketuai oleh Insp Nawawi siasat tpt kejadian tlh menemui rambut/bulu kesan air & 1 baju.
4/Siasatan diteruskan. Tk Tn. Cc T/Kjsj(SP)T/Kjsj(RO), PT D11, Kpd, T/Kpd.

RON95: Jangan dengar khabar angin, kata menteri

September 27, 2013

Oleh: NIZAM ZAIN

SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin yang mendakwa harga bahan api petrol RON95 akan dinaikkan pada malam ini sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Hasan menegaskan khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu boleh menjejaskan keamanan negara sekali gus menimbulkan suasana panik di kalangan masyarakat negara ini.

“Jangan dengar khabar angin itu, kalau benar ada kenaikan kerajaan sendiri akan umumkan nanti...ada puak-puak tertentu yang cemburukan keamanan negara sebarkan khabar angin ini dan menyebabkan orang ramai panik.

“Bila dia buat macam ini, orang ramai bukan sahaja panik bahkan mereka akan berkejar-kejar ke stesen minyak mengisi petrol,” katanya kepada Sinar Harian Onlie ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkta demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman semalam yang mendedahkan harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan dalam masa terdekat susulan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bahan api itu dalam usaha membasmi penyeludupan petrol ke negara-negara jiran.

"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

Tiada Kenaikan Harga Bahan Api Dalam Masa Terdekat Ini, Kata Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) Rakyat boleh menjangkakan tiada sebarang kenaikan harga bahan api dalam tempoh terdekat ini kerana pelarasannya baru sahaja dibuat, kata seorang pakar ekonomi dengan Alliance Research, Manokaran Mottain.

"Rakyat masih lagi tengah dalam usaha menerimanya (kenaikan harga bahan api)," kata Manokaran, yang juga Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) kepada Bernama semasa ditanya tentang lebih banyak lagi pengurangan subsidi dalam tempoh terdekat ini.

Beliau juga berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya akan bermesyuarat setiap enam bulan.

"Sebarang rasionalisasi subsidi hanya akan diputuskan apabila ia benar-benar perlu," katanya.

Spekulasi mengenai kenaikan lagi harga bahan api tersebar luas dalam media sosial sejak beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengurangkan lebih banyak subsidi terutamanya bagi bahan api yang akan membawa kepada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel.

Rakaman skrin laman web Bernama 'seolah-olah' pengumuman tentang kenaikan harga itu disebarkan menerusi media sosial Jumaat.

Ia sebenarnya pengumuman rasionalisasi subsidi pada 2 Sept lepas yang menyaksikan harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada tengah malam Selasa (3 Sept).

Rakaman skrin itu malahan telah mengubah tarikh kepada 'tengah malam Isnin' dan disebarkan kepada orang ramai.

Susulan rasionalisasi baru-baru ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini.

Kerajaan memperuntukkan RM24.8 bilion bagi subsidi bahan api tahun ini.

BERNAMA

Terkini! RTM Silap Letak Jawatan Menteri



Kenapa la makin jadi-jadi kesilapan pihak rtm ni.

Apa la yang dibuatnya. Nama jawatan menteri pun tak tahu.

Terkini! Doakan TS Anuar Musa Dalam CCU HKL

September 26, 2013



Doakan kesihatan tan sri dalam keadaan baik.

Beliau sekarang berada dalam wad ccu hospital kuala lumpur.

Ulasan Terkini Orang Paling Dekat Dengan Arwah Ustaz Azizan

 http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/q71/s720x720/1378502_655941544430377_1450547852_n.jpg

Muhammad Sanusi Md Nor

Kereta dan motokar polis di hadapan melambai-lambai membuka laluan. Dalam van yang bergerak perlahan itu, dadaku sebu basah tersiram pilu, air mata bergenang dan meleleh beberapa kali. Beberapa detik ketika bersamanya sepanjang perjuangan yang panjang berliku liku, melintas sekali sekala.

Aku sedang bersama beberapa orang anak-anak ustaz dan bekas pengawal pribadinya, mengiringi perjalanan terakhir seorang ayah, seorang pemimpin ulung, seorang mujahid, pemikir, tokoh ulamak, dan sesusuk tubuh guru bangsa yang terkujur di kerandanya.

Berakhirlah ujian derita buat dirinya di katil hospital. Juga berakhirlah curahan tunjuk ajar, teguran, kekayaan pengalaman yang menginpirasikan pedoman dan mutiara-mutiara dari ilmunya yang merentasi lapangan dan disiplin - buat aku dan sahabat-sahabat yang mendampinginya. Hilang juga seorang pemimpin dengan gagasan murni untuk membangunkan masyarakatnya. Pergilah selama-lamanya seorang insan yang mewakafkan seluruh hidupnya untuk Islam dan ummah.

Di kiri kanan jalan, orang ramai berdiri tanpa di suruh, memegang kamera dan telefon, merakam perjalanan terakhir itu. Aku dapat melihat deretan semua bangsa dan kaum, kecil dan besar, memerhati penuh sayu dan sepi, wajah mereka sugul, menghormati perjalanan seorang insan istimewa.

Kenderaan di seberang berhenti di tepi, pemandu jentolak turun dari mesinnya, berdiri sayu di depan jentolaknya yang sedang memunggah tanah. Motosikal pemuda berbagai latar belakang mengiringi di kiri dan kanan, sekejap laju sekejap perlahan.

Dunia menjadi senyap dan sepi, di belakang van, ribuan manusia mengekori, di dataran Muassasah Darul Ulum, yang tersergam dengan kegigihannya, puluhan ribu lagi sedang menanti. Selepas Ustaz Fadzil Noor, baru kali inilah senario itu berulang lagi. Di situlah dia akan bersemadi... Wajah terakhirnya mengukir sekuntum senyuman. Pasti indah alam yang menantimu....Pimpinanku Ustaz Azizan Abdul Razak. Hilangmu tiada ganti. Al-Fatihah!

Astro Awani memohon maaf


Permohonan maaf Astro AWANI akibat kekeliruan 'typo' melibatkan ucapan takziah oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Awan Menyerupai Kalimah ALLAH Mengiringi Jenazah Ustaz Azizan?



klik pada gambar

kelihatan sekali pandang awan berbentuk kalimah Allah. hanya kepada allah kami berserah.

al fatihah.

Wajah Jenazah Ustaz Azizan Dari Dekat. Kami Sedih!



kami bawakan khas gambar ni kepada penyokong yang tidak berkesempatan.

sedekahkan al fatihah kepada arwah.

kami menangis bersedih.

Keberangkatan Tiba Agong Melawat Jenazah Ustaz Azizan



Yang Dipertuan Agong baru saja sampai.

Hujan renyai-renyai membasahi alor setar.

TERKINI! Gambar Arwah Ustaz Azizan Baru Lepas Dimandikan



Mayat baru saja leps dimandikan. Olrang ramai masih berpusu-pusu untuk memberi penghormatan yang terakhir.

Kami rasa kehilangan mu wahai ustaz azizan.

Terkini! Tan Sri Ustaz Azizan Razak menghembuskan Nafas Terakhir Di Sekejap Tadi. Al Fatihah!

 http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q71/1377316_10151632674997312_1193928851_n.jpg

ALFATIHAH BUAT USTAZ AZIZAN RAZAK

Mendapat makluman bahawa Tan Sri Dato' Seri Ustaz Azizan telah kembali ke rahmatullah jam 11:10 pagi sebentar tadi. Sosok tubuh ini begitu istimewa dan banyak menabur bakti kepada jemaah yang kita cintai ini.

Begitu banyak ujian dan cabaran yang diterima oleh beliau. Moga Allah membalas segala tindakan jahat yang telah dirancang oleh musuh samada musuh dalam dan luar yang menjatuhkan ustaz Azizan.

Respon Saiful Nang Berkaitan Pembayaran RM 20 Juta Kepada McKinsey & Co



Tan Sri Muhyiddin Yasin, TPM mengulas bahawa perbelanjaan untuk pembangunan National Education Blueprint (NEB) sebanyak RM20 Juta kepada McKinsey & Co adalah satu perbelanjaan yang berpatutan untuk tempoh projek 2 tahun. Sebagai sebuah firma perkhidmatan yang juga menyediakan khidmat perundingan (walaupun dalam bidang media), saya setuju dengan kenyataan itu. TETAPI itu bukan soal pokok yang mahu saya ulas pagi ini sebaliknya persoalan mengapa kita masih melihat "Orang Luar" sebagai yang terlayak mencanai halatuju pendidikan kita?

Saya tahu McKinsey & Co ada cawangan di Malaysia dan mungkin pekerjanya juga orang Malaysia, walaupun pemilik asalnya dari USA khabarnya. Soal utama ialah, jika saya seorang rakyat Amerika yang melakukan rombakan NEB ini, adakah saya akan berikan yang terbaik atau meletakkan Malaysia dalam kelompok yang teruk melalu NEB itu? atau sekurang-kurangnya kurang sikit dari negara mereka sendiri. Untuk berfikir positif, munkin kita rasa mereka akan lakukan dengan baik. Adakah sebaik mereka lakukan untuk negara sendiri?

Saya tidak menjalankan perniagaan perundingan pendidikan dan bukan langsung pesaing McKinsey maka saya bercakap atas kapasiti seorang warganegara. Logiknya tokoh-tokoh pendidik yang juga anak watan di Malaysia pasti lebih patriotik dalam mencanai halatuju pendidikan untuk term 2013-2025 dan mengapa bukan mereka?.

Pada pandangan saya, seburuk-buruk atau sebodoh-bodoh kita melayari bahtera negara, baiklah tali layarnya kita uruskan sendiri.

Pendidikan adalah roh kepada pembangunan anak bangsa. Anak-anak saya juga dan kawan-kawan anak saya juga yang menjadi subjeknya nanti. Kita belum merdeka lagi, kita masih dijajah. Kita tak mampu nak didik ANAK BANGSA kita sendiri. Kita masih percaya Uncle Sam untuk merobah pendidikan negara.

Terkait dengan artikel tentang IBU BEKERJAYA yang saya share dari wall Warga Prihatin kelmarin, sama juga terjadi dalam konteks sebuah negara. Negara kita sibuk sangat nak jadi negara maju sampaikan anak-anak bangsa kita beri pada orang lain untuk didiknya. Mereka akan didiknya kerana WANG dan bukan kerana tanggungjawab sebagai warganegara.

Selagi stigma "Mat Saleh mesti Hebat" itu ada dalam minda kita, maka kita tidak mungkin akan jadi bangsa yang mampu memintas mereka. Dah 56 tahun Malaysia merdeka, bangunan KLCC pun suruh orang buat, kapal terbang perang pun beli dari orang yang mungkin akan berperang dengan kita, minyak dalam perut bumi Malaysia pun kita panggil Mat Saleh korek. Pendidikan anak bangsa pun kita nak pajak juga kepada mereka?

Saya nak ambil white homeless di UK bawa ke Malaysia. Nanti saya bagi dia mandi, pakai wangi-wangi, bagi rumah, pakai coat & necktie, beri gaji lebih kurang dan lantik jadi CEO di syarikat saya. Mesti saya dapat banyak kontrak kerajaan selepas tu walaupun Mat Saleh tu bodopiang. Yang penting, muka dia dan speaking Enlish brabuks maka bolehlah...orang dah ingat dia pandai sangat.

Saya emosi tentang hal ini. Anda bagaimana?

SAIFUL NANG
Bukan Mat Saleh

Rujuk berita ini : http://news.malaysia.msn.com/malaysia-news/said-the-sum-was-reasonable-as-it-was-a-two-year-project-involving-large-scale-processes-and-input-from-international-experts

Najib Jumpa Mark Di HQ Tweeter?



Wow, mungkin tengah teruja kot. Sampai taip tempat pun silap.

Mujur la najib cepat perasan.

Rileks najib.

Gambar Najib Bersama Pengasas Facebook

September 25, 2013



Nanti tolong jangan pelik la kalau page yang kuat kutuk dan baham najib dan rosmah akan ghaib.

Hahahahaha...

Ni semua berbayar tau.

Terkini! Tolong Buat Bacaan Yasin Dan Doakan Kesihatan Ustaz Azizan



Keadaan kesihatan ustaz azizan dikhabarkan tenat sejak awal pagi tadi.

Doakan kesihatan ustaz, bagi pendokong dan penyokong semua, mari kita pakat baca surah yasin dan doakan khusus kepada ustaz azizan.

Allahuakhbar!

Surat terbuka buat Dato’ Najib daripada Siti Hajar Aladin

 http://suarainsan.net/wp-content/uploads/2013/09/Siti-Hajar-Aladin.jpg

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Dato Seri,
Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.
Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih

Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

Berita Pelik Dari Penjara Mesir ..Satu Keajaiban Berlaku..Sila Baca

September 24, 2013



BERITA TERBARU --> Berita pelik dari penjara Mesir, satu keajaiban: Berita Pelik Dari Penjara Mesir ..Satu Keajaiban Berlaku..Sila Baca

TAJUK: IKHWANISASI PENJARA MESIR

Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir.

Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain. Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara mental dan fizikal.

Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa". Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang, para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih. MaasyaAllah.

Kini penjara Mesir terjadi Ikhwanisasi. Sebahagian berbahagia Ikhwan ditekan, padahal Ikhwan adalah "madrasah(tempat didikan)". Nyawa boleh dimatikan dengan peluru atau buldozer, tapi fikrah itu tak akan pernah mati.

Sumber: Islamedia

Ahmad Maslan Jawab Isu Kerajaan Naikkan Harga Minyak



Ahmad maslan dah bagi amaran. Dia bagi dah alasan dia cakap macam tu.

Hahaha.. Belajar ekonomi jauh-jauh balik malaysia jadi menteri, tipu rakyat.

Syabas la wahai pak menteri.

Berita |Tebing Barat Hari Ini

September 23, 2013



Berita |Tebing Barat Hari Ini

1. Akhbar "Maarif "Sarjan "Gabriel Kobe" yang terbunuh semalam dengan senapang berdekatan Haram Ibrahimi mempercayai perayaan orang-orang Israel dengan hari cuti di Al-Khalil (Hebron).

Kementerian Zionis menuntut untuk menghentikan pembebasan tahanan sebagai pampasan pembunuhan tentera Gabriel Kobe di Al-Khalil.

2. Tentera Zinois telah menangkap lebih daripada 200 orang penduduk Palestin dalam operasi serbuan secara besar-besaran di kawasan selatan bandar Al-Khalil di selatan tebing Barat,lantaran daripada terbunuhnya tentera zinois dengan senapang penembak Palestin.

3. Tentera zionis juga telah memecah masuk kawasan Nablus dan menahan beberapa orang pemuda Assem Abd Razaq (25) di kawasan kejiranan Ra's Al-Ain dan Hisham Halawa (22) di Syarik Ettihad,Jabal Syimali dan Ahmad Rabih As-Sobir (22) di Syarik Ta'awun.

4. Menteri Tentera Zionis Moshe Ya'alon mennggesa mesyuarat tergempar diadakan dengan beberapa Turus Tentera hari ini, Isnin susulan kes pembunuhan dua orang tentera (Gabriel dan Tomer) sepanjang 2 hari yang lalu.

sumber: Hebrew, Gazanow [AAB]

Bukan duit LGE? Negeri lain duit umno?



Kalau ikut kepala otak oemimpin umno, memang pening rakyat mereka nak pusing.

Kalau bukan duit lim guang eng, negeri lain tu duit sapa?

Duit umno ke?

Mustafa tak bertanding Muktamar ke-59

September 22, 2013

Oleh: RAZIATUL HANUM A. RAJAK

SHAH ALAM – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi mana-mana jawatan dalam Muktamar Tahunan ke-59, November depan.

Beliau akui mahu memberi ruang kepada calon muda untuk bertanding merebut jawatan dalam pemilihan tersebut.

“Saya tak bertanding. Pasti saya tak akan bertanding dalam pemilihan kali ini. Sebab...tak ada apa. Saya rasa bagi orang mudalah bertanding,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, meskipun ditawarkan untuk bertanding, beliau tidak akan menerima tawaran tersebut.

“Betul (jika ditawarkan juga tak akan terima). Memang sebelum ini pun saya tak bertanding, jadi, kali ini pun saya tak akan bertanding,” katanya.

Beliau yakin perwakilan Pas lebih tahu dan kenal siapa yang lebih layak untuk diberikan mandat, kali ini.

“Perwakilan lebih tahu dan kenal mereka. Mereka akan melihat siapa yang mereka rasa boleh diberikan mandat dan kepercayaan.

“Yang lama campur yang baru. Bila saya sebut yang baru ini bukan tolak semua yang ada (lama). Campur-campurlah. Cuma saya dah melampaui waktu untuk bertanding,” katanya.

Prihatin Mesir | Kebangkitan Mahasiswa



Prihatin Mesir | Kebangkitan Mahasiswa

Mahasiswa Universiti Kaherah berdemontrasi menentang kudeta. Kelihatan mereka menggantung banner yang bertulis " Kami kaum yang tidak akan menyerah kalah, samada kami menang ataupun kami mati".

Demontrasi menentang pemerintahan tentera berterusan di kebanyakan universiti dan sekolah pada hari kedua pengajian. Para pelajar memberikan tekanan hebat kepada kudeta.

Akhirnya Utusan Mohon Maaf Kerana FITNAH

http://i.imgur.com/3HJQqbx.jpg

Dalam penarikan balik ini, Utusan menyatakan:

"Pada 31.5.2009 satu rencana bertajuk "Menilai Hujah Husam" telah disiarkan di ruangan rencana akhbar ini. Kami dengan ini menarik balik perkataan-perkataan yang diadukan dalam rencana tersebut dan dengan ini menyatakan rasa kesal kami dengan penyiarannya – Pengarang.”

Senarai calon jawatan utama UMNO pusat



KUALA LUMPUR 21 Sept. - Berikut adalah senarai calon yang akan merebut jawatan-jawatan utama UMNO pusat pada pemilihan bulan depan, selepas tamat tempoh pencalonan pada pukul 5 petang ini:

PRESIDEN:

1. Datuk Seri Mohd Najib Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN:

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

NAIB PRESIDEN:

1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)

2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)

3. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Penyandang)

4. Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad

5. Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir

6. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

KETUA WANITA:

1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penyandang)

2. Raihan Suleiman Palestin

3. Datuk Maznah Mazlan

NAIB KETUA WANITA:

1. Datuk Suraya Yaakub

2. Datuk Azizah Mohd. Dun

3. Datuk Hamidah Osman

KETUA PEMUDA:

1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Penyandang

2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi

3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail

4. Abd. Karim Ali

5. Irwan Ambak

NAIB KETUA PEMUDA:

1. Jamawi Jaafar

2. Lokman Noor Adam

3. Mohamad Iruan Zulkefli

4. Khairul Azwan Harun

KETUA PUTERI:

1. Mas Ermieyanti Samsudin

2. Jamilah Hanim Othman

NAIB KETUA PUTERI:

1. Datin Norsabrina Mohd. Noor

2. Zahida Zarikh Khan

3. Nazliah Ali

Kejutan Idris Jusoh, lepas ketua bahagian


Datuk Seri Idris Jusoh membuat kejutan apabila melepaskan jawatan Ketua Umno Bahagian Besut untuk memberi laluan kepada muka baharu.

Namun Menteri Pendidikan Kedua itu mengambil jawatan Naib Ketua Bahagian apabila menang tanpa bertanding untuk jawatan itu setelah tiada borang pencalonan lain diterima sehingga tempoh penyerahan tamat pada 5 petang ini.

Bercakap kepada Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Mesyuarat Pemilihan Umno negeri Datuk Muda Mamat mengesahkan perkara tersebut.

Katanya Idris menerusi wakilnya menghantar borang pencalonan bagi jawatan naib ketua bahagian pada 4.30 petang kepada Jawatankuasa Pemantau Perhubungan Umno negeri di Bangunan Umno di Jerteh, Besut.

Difahamkan Idris enggan mempertahankan jawatan ketua bahagian selepas penyandang Timbalan Ketua Umno Bahagian dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut Nawi Mohamad mengemukakan borang pencalonan untuk merebut jawatan itu.

Nawi akan dicabar Adun Jerteh Muhamad Pehimi Yusof yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Peladangan & Komoditi.

- Bernama

Senarai calon Majlis Tertinggi UMNO



KUALA LUMPUR 21 Sept. - Berikut adalah senarai 50 daripada 64 calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO setelah tempoh penyerahan borang pencalonan berakhir pukul 5 petang tadi:

SENARAI CALON MAJLIS TERTINGI:

1. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

2. Datuk Dr. Aziz Jamaluddin Mohd Tahir

3. Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin

4. Datuk Abdul Azeez Rahim

5. Datuk Razali Ibrahim

6. Datuk Azalina Othman Said

7. Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin

8. Razali Husain

9. Datuk Dr. Norraesah Mohamad

10. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik

11. Prof. Datuk Dr. Zainul Fitri Othman

12. Raja Ropiah Raja Abdullah

13. Abdul Zarin Mohd. Yasin

14. Datuk Seri Shahidan Kassim

15. Azlan Man

16. Datuk Sohaimi Shahadan

17. Datuk Tajuddin Abdul Rahman

18. Datuk Idris Haron

19. Datuk Seri Idris Jusoh

20. Datuk Abdul Rahman Dahlan

21. Datuk Musa Sheikh Fadzir

22. Datuk Hasan Malek

23. Datuk Mahadzir Khalid

24. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

25. Tun Faisal Ismail Aziz

26. Datuk Nur Jazlan Mohamed

27. Datuk Abd. Wahab Ibrahim

28. Datuk Azman Shah Omar Shah

29. Yusoff Ishak

30. Zawawi Othman

31. Tan Sri Anuar Musa

32. Datuk Halimah Mohamed Sadique

33. Datuk Mokhtar Radin

34. Datuk Md. Alwi Che Ahmad

35. Prof. Madya Dr. Sazili Sahibi

36. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis

37. Datuk Samsul Anuar Nasarah

38. Datuk Nasir Safar

39. Datuk Rosni Zahari

40. Hamidah Osman

41. Dr. Mohd. Puad Zarkashi

42. Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar

43. Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan

44. Datuk Maznah Hamid

45. Mohsin Yussof

46. Dr. Zubir Harun

47. Datuk Ahmad Jaafar

48. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohamed

49. Mohd. Sazili Shahidi

50. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

Kedudukan Pasukan Dalam Kumpulan Piala Malaysia



Syabas dan tahniah buat semua pasukan yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.

Rejim Tentera Mesir Perintahkan Penangkapan Syeikh Al Qardhawi

September 21, 2013

Pemerintahan kudeta tentera Mesir melalui peguam agung mengeluarkan surat perintah penangkapan atas Syeikh Yusuf Al Qardhawi. Syeikh Al Qardhawi adalah ulama yang lahir di Mesir yang tinggal dan berkewarganegaraan Qatar. Berdasarkan surat perintah itu, Syeikh Al Qardhawi akan terus ditangkap sebaik sahaja tiba di Mesir.

Surat khabar Al Sharq Al Awsat (20/9) melaporkan, Hisham Barakat, Peguam Agung Mesir mengeluarkan perintah penangkapan Syeikh Yusuf Al Qardhawi dengan tuduhan telah melakukan provokasi untuk berjihad melawan tentera Mesir, permintaan untuk dilakukannya campur tangan asing, merancang penghinaan dan melemparkan tuduhan pembunuhan para penunjuk perasaan kepada tentera Mesir dalam rancangan yang disiarkan stesen televisyen milik Qatar, Aljazeera.

Syeikh yang juga Ketua Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa itu telah menetap di Qatar lebih dari 40 tahun dan memperoleh kewarganegaraan dari negara tersebut. Sejak muda beliau pernah dipenjara oleh rejim tentera Mesir sebelum akhirnya mengajar di Arab Saudi dan Qatar.

Selain itu, beliau juga adalah anggota Haiah Kibar Ulama Al Azhar Mesir.

Sumber : Palestine Reconstruction Team

Terkini! Blogger Kickdefella Mohon Maaf Kepada Husam Musa

September 20, 2013



Lain kali sila hati-hati bro, kan boleh sakit la kalau main dengan husam ni. Jangan fitnah!

Sah, Mukhriz tanding naib presiden

September 19, 2013

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Mukhriz yang juga pengerusi Umno Kedah, mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan tersebut di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di Alor Setar petang ini.

13 peserta Ops Bantah dilepas dengan ikat jamin



Muhammad Faeez Azahar, 19 Sep 2013

TAIPING: Hakim Mahkamah Tinggi Taiping telah menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 peserta Ops Bubar.

Hakim, Datuk Ahmad Nashfi memutuskan kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 dan denda RM5,000 boleh dibayar dengan ansuran.

Langsung Dari Mahkhamah Tinggi Taiping



Doakan mereka yang dizalimi diberi keadilan.

Dalam gambar kelihatan ahli keluarga dan penyokong sedang bersiap sedia untuk mendengar rayuan.

Allahuakhbar.

Terkini! Kapten Kelantan Piya Solat Pakai Kain Saja?

September 18, 2013



Semalam ramai yang upload piya pakai baju jersi kelantan dan stokin.

Petang ni admin post gambar yang terbaru. Betu tak piya?

Alhamdulillah.

Terkini! Gambar Mursi Terkini Tersebar. Allahuakhbar



Doakan Mursi diberi kesihatan dan kekuatan dalam melawan kezaliman.

#TerkiniMesir #Unite4Egypt

Keratan akhbar Parti kebebasan dan keadilan bertarikh 18.9.2013

Antara tajuk-tajuk berita:

Presiden Mursi : Aku akan terus tetap hingga akhir hayatku!

4 pimpinan ikhwan ditangkap(abu bakar,al-haddad,Abu Zayd, dan diab)

Kepungan ke atas 'Delga' diperketatkan dan penangkapan berterusan

Sumber: حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسمية

50 Tahun Lagi Sabah Akan Maju Kata Najib



Wahuuuuu...

50 beb. Lama tu. Kamu nak buat dan janji apa tu najib.

Nak perbodohkan rakya sabah ke?

Alahai kesian.

Terkini! Gambar Husni Mubarak Selepas Pembebasan

September 17, 2013



Anda boleh tengok dari segi pakaian dia. Begitu bergaya walaupun sakit.

Percaya lah kawan, musuh laknat ni sudah sampai ke akhir hayatnya.

Perbanyakkan doa dan usaha, kezaliman akan kalah kepada kebenaran.

Allahuakhbar!

Berhutanglah Wahai Najib



Hutang la najib oi, masuk kampung pemimpin umno dok jaja najib pandai cari duit.

Terlopong orang kampung dengar.

Semua kena tipu. Hebat ke kalau berhutang?

Malu beb!

Curi RM1 berdepan hukuman 10 tahun? Untung Kak Jat juga la

September 16, 2013



Disyaki mencuri rm1 duit tabung masjid boleh berdepan hukuman 10 tahun penjara?

Rm250 juga bebas lagi sekarang. Siap boleh dok berkempen bagai lagi.

Oh lumrah manusia. Memang hina!

Chin Peng meninggal dunia di Bangkok


BANGKOK: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok, lapor Bangkok Post.

Beliau yang tinggal dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia.

Chin Peng mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.

Angkara RM1, buruh berdepan penjara 10 tahun


Wartawan Sinar Harian

KOTA BHARU - Seorang buruh berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencuri RM1 duit tabung masjid, Selasa lalu.

Hafizuddin Mohmed@Mohamed, 23, dituduh mencuri duit Masjid Al-Tarbiahislimiah di Wakaf Che Yeh di sini, pada jam 11. 41 malam, 10 September lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. Dakwaan dijalankan Pendakwa Raya, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Pada prosiding semalam, tertuduh bagaimanapun menafikan tuduhan itu sebaliknya memberitahu mahkamah duit berkenaan adalah duit kepunyaannya yang mahu didermakan kepada masjid itu.

“Saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan berhenti untuk solat Isyak. Belum sempat nak derma saya dah kena cekup dengan orang kampung,” katanya.

Majistret yang tersenyum mendengar alasan itu kemudian berkata, kalau begitu ramailah yang hendak sembahyang Isyak ditangkap oleh orang kampung.

Beliau kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Kes bersambung 13 Oktober depan. Jaminan kemudian dijelaskan ibu tertuduh.

Mengapa hentam ulama?


MUHAMAD MAT YAKIM


AMAT menarik untuk kita terus memerhati apa yang berlaku dalam Pas sekarang terutama berkaitan isu resolusi ulama yang mahu parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi dengan DAP dan PKR.

Hal tahaaluf siyaasi bukan perkara baru dalam Pas. Dan tidak melampau jika dikata, itulah juga perkaranya yang jadi kebimbangan majoriti senyap dalam parti terutama akar umbi yang tidak ada apa-apa kepentingan.

Manakala Datuk Harun Taib pula - yang teruk diserang sesetengah pihak selepas multaqa yang memutuskan resolusi itu - memangnya diketahui sering bersikap lantang terhadap pemimpin DAP, terutama Karpal Singh.

Bukan sekali dua Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menenangkan keadaan dengan memberi alasan bahawa kenyataan Harun semata-mata pendapat peribadinya, bukan pendirian parti selepas ketua ulama itu menegur Karpal terutama dalam isu yang berkaitan dengan negara Islam dan kalimah ALLAH.

Umum mengetahui bahawa hubungan Hadi dengan Harun sangat rapat. Namun demi mengekalkan keyakinan DAP dan PKR terhadap Pas, Hadi terpaksa untuk tidak berpihak kepada Harun. Bukan sekali, bukan dua. Namun Harun tetap tidak berkurang juga lantangnya menegur pemimpin DAP.

Kemuncaknya adalah kelmarin apabila dalam multaqa ulama di Alor Setar, Harun secara berterus terang meminta tahaaluf siyaasi dikaji semula. Pandangannya itu kemudian diangkat menjadi resolusi. Lagi sekali Harun menghantar rakan karibnya, Abdul Hadi ke penjuru dilema!

Soalnya, apakah perkara yang disuarakan Harun itu salah ataupun disuarakan secara salah?

Satu aspek yang penting dalam dunia ilmu cara Islam ialah berhujah di atas fakta. Itulah sebabnya perlu kajian untuk mengenal pasti keberuntungan atau kerugian yang mungkin berlaku pada Pas dalam perjuangannya mendaulatkan Islam.

Kita tahu bahawa antara keharusan tahaaluf siyaasi ialah Islam mesti dominan, dan mungkin Harun juga kalangan ulama yang bermultaqa di Alor Setar tempoh hari berasa ragu akan hal ini lalu minta dikaji. Harun sebaliknya dihentam dan cara begini tidak mengikut disiplin ilmu apabila berlaku percanggahan pendapat.

Kita bimbang jika itu tandanya bahawa dalam Pas sudah hilang rasa hormat kepada ulama.

Meskipun mungkin mudah bagi mereka yang menentang Harun untuk menjawab bahawa tanggapan itu bukan meliputi semua ulama dalam Pas melainkan hanya yang cuba mengusik hubungan dengan DAP dan PKR sahaja, namun tertanya-tanya juga oleh kita, apa mungkin orang Pas hari ini lebih kasihkan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berbanding ulama?

Apakah pengaruh kedua-duanya itu lebih kuat mencengkam dalam Pas berbanding ulama yang pernah ditatang tinggi oleh ahli Pas selama ini?

Pada penghujung 1980-an, seorang pemimpin Pas Kedah, Abdul Wahab Abdul Rahman, pernah dikritik hebat oleh ahli dan pemimpin Pas dari serata negeri hanya kerana aksinya yang mengangkat tangan dan menuding jari ketika membahaskan satu usul dalam muktamar - barang kali disebabkan kebiasaannya sebagai seorang guru - yang menurut para pengkritik adalah peri laku biadab yang tidak seharusnya dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin parti yang rata-ratanya adalah para ulama.

Namun itu dulu. Apakah kini ulama sudah boleh diperlakukan lebih daripada itu? Dikutuk, dimaki sudah tidak jadi kesalahan pada era tahaaluf siyaasi?

Pemuda di bawah kepimpinan Cikgu Pa (Datuk Mustafa Ali) mengetepikan Datuk Asri Muda untuk memberi tempat kepada golongan ulama. Tercatat dalam sejarah bahawa pada muktamar 22 Oktober 1982 itulah, Pemuda Pas telah mengemukakan usul menolak ucapan dasar Yang Dipertua (Asri) dan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang kemudian diluluskan oleh muktamar.

Harun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau menyuarakan pendirian daripada persepsinya sebagai ulama yang mengetuai sayap yang diiktiraf dalam struktur organisasi Pas. Lebih daripada itu, apa yang disuarakannya itu juga adalah resolusi satu multaqa yang dihadiri oleh ulama-ulama Pas sendiri.

Apa mungkin Harun tersilap menilai kedudukan ulama dalam Pas hari ini?

Apakah ini tandanya kesan tarbiyah Anwari lebih kuat dalam kalangan orang muda Pas berbanding tarbiyah tarbawi oleh akademi Pemudanya? Jika demikian, apakah Pas boleh terus menaruh harap kepada generasi mudanya untuk terus memperjuangkan matlamat asasinya?

Barang kali atas sebab inilah Pas ketika era Ustaz Fadzil Noor telah meletakkan garis sempadan yang jelas dalam kerjasama dengan DAP. Pada PRU 1990, Pas secara rasmi bekerjasama dengan parti-parti politik Islam dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Kita bukan mahu menafikan apa yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz ketika mengulas isu itu yang berkata, Pas tidak rugi dalam permuafakatan dengan DAP mahupun PKR kerana kerjasama itu membolehkan banyak perkara mengenai Islam diperjelaskan kepada pemimpin bukan Islam daripada kedua-dua parti itu.

Namun untuk menghentam dan mengenepikan ketua ulama hanya kerana beliau minta dikaji semula hubungan dengan DAP dan PKR, sebenarnya ada kerisauan yang lebih besar dalam kepala kita terhadap masa depan Pas!

Kesian Sama Utusan. TAHALUL?

September 15, 2013



sangat kesian dengan wartawan utusan ni.

Perkataan lain dia g tulis perkataan lain.

TAHALUF bro!

Kenyataan Tok Guru Nik Azi Berhubung Ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Kaji Hanya Untuk Penambahbaikan

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/q71/s720x720/1231460_10151618237512592_541159915_n.jpg

Kaji Hanya Untuk Penambahbaikan

Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata UMNO ialah perkauman, lambang UMNO ialah keris tidak bersarung, politik UMNO ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan.

Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.

Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M


Ucapan Penutup Presiden dalam Multaqa Ulamak Semalaysia

وجعلنا منهم أئمة يهدون بأمرنا لما صبروا
"Dan kami jadikan di kalangan mereka pemimpin2 yg mengambil petunjuk berdasarkan lerintah Kami tatkala mereka terus bersabar"

1. Kita bersyukur menjadi salah seorang pejuang dalam parti islam semalaysia pas yang merupakan mata rantai gerakan islam yg tak berakhir hanya dengan wafatnya nabi saw.

2. Allah gantikan tugas menyambung risalah nabi2 dengan gerakan islam yg disebut sbgai "taifah" طائفة dlm hadis. Kumpulan ini menyambung tugas mendaulatkan pemerintahan islam.

3. Walau x ada negara islam berdaulat namun kumpulan islam tetap muncul krna cahaya islam dijanjikan oleh allah tidak akan padam

4. Mungkin ada yg tak sedar kalau tidak dibaca sejarah islam. Alam melayu adalah negeri awal dijajah di kala negara2 arab masih lagi dibawah kuasa khilafah uthmaniyah dan belum dijajah.

5. Maka Ulamak melayu bangkit menentang penjajahan dgn menubuhkan syarikat islam 1908. Berkembang cawangan di seluruh tanah melayu

6. Mereka bangkit menentang sekularisma yg memberikan kuasa agama kpd raja manakala kuasa pemerintahan lain kepada penjajah hingga meranapkan kefahaman islam.

7. Kumpulan islam menubuhkan pondok dn institusi pendidikan serta mengadakan kuliah di masjid surau mempertahankan islam.

8. PAS adalah mata rantai gerakan islam ini. Malah kita lebih awal berhadapan dgn demontrasi di kala saudara2 kita di asia barat belum berhadapan dengannya.

9. Ulamak mempunyai peranan lebih besar berbanding golongan lain dlm memimpin tanggungjawab ini.

10. Perkataan أولي اﻷمر dalam al-Quran disebut dlm kitab tafsir merujuk kpd ulamak dn pemerintah dgn maksudnya kedua2nya mesti ditaati.

11. Ulamak adalah uli amri kpd rakyat. Ini disebut dlm kitab2 tafsir. kedudukan ulamak ini jgn dilupakan.

12. Perlembagaan pas adalah quran hadis ijma qiyas dgn aqidah ahli sunnah. Tiada yg boleh menjaga dasar ini melainkan ulamak.

13. Sepanjang perjalanan PAS dpt memelihara bahtera perjuangan tanpa bocor dn tenggelam sama ada cabaran dlm bahtera atau cabaran luar iaitu ombak dn gelombang

14. Ketika ditubuhkan berlaku pertembungan antara kaum tua dn muda. Kaum muda membawa pemikiran tajdid yg berhadapan dgn penjajah. Ada yg melampau dan ada yang mempermudah-mudahkan. Tapi Pas berjaya mendamaikan antara 2 pihak.

15. Fiqh awlawiyyat mesti ditekuni oleh ulamak.

16. Ada golongan melampau yg nak laksana islam serta merta. Ada pula yg meringan2kannya hingga tak boleh bercakap tentang hudud dn qisas. Di sinilah Ulamak berperanan menjadikan PAS istiqamah dgn perjuangan menegakkan islam.

17. Kita berhadapan cabaran luar yg tak benarkan islam berkuasa.

18. Barat bimbang dgn perubahan rakyat di turki dn mesir

19. Bn tahu teras politik ialah melayu islam. Mereka tak pedulikan mca dn mic cina dan india krna bg mereka teras politik adalah melayu.

20. Roadmap kita ialah dapat 40 kerusi tapi hanya dapat 21 kerusi. Tapi mendapat pertambahan kerusi di peringkat negeri

21. Saya harap multaqa ini menjadi muzakarah penting yg tak habis di sini shaja tapi dgn melaksanakannya di seluruh pelusuk tanah air"

22. Allah tak bertanya tentang kemenangan tetapi apa yang kita amalkan untuk mendapatkan kemenangan.

Disusun oleh
Ust Dr Khairuddin at-Takiri
14hb sep 2013

Terkini! Gambar Anggota Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua Di Labis

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc3/q72/s720x720/1235140_633420466690163_698216405_n.jpghttp://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/q71/s720x720/579670_633420500023493_1716980838_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/q71/s720x720/577223_633420520023491_1017331397_n.jpghttp://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q75/s720x720/1005492_633420546690155_2009113757_n.jpg

SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang dipercayai menghadapi sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan yang bertugas di salah sebuah pondok polis di Labis, Johor dipercayai telah menembak mati isterinya di pondok polis di tempat dia bertugas sebelum datang ke Tangkak dan menembak bapa mertuanya.

Suspek kemudiannya dilaporkan telah menembak dirinya sendiri dan mati ditempat kejadian.

Sinar Harian Online difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan daripada masalah keluarga.

Anggota polis berkenaan dan isterinya dilaporkan pernah merujuk ke jabatan agama.

Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak pernah dirujuk di mana-mana hospital.



Cabut nyawa isteri, mentua

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus, Ahmad Ismail dan Shaifulazhar Misri

LEDANG: Seorang anggota polis yang dipercayai mempunyai masalah dalam perkahwinan menembak mati isteri dan bapa mentua sebelum bertindak menembak dirinya dalam dua kejadian berasingan di Jalan Sialang, Batu 17, Tangkak, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, Lans Korporal Fadzly Omar, 29, dipercayai menembak mati isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, di rumah mereka di Kuarters Kediaman Pondok Polis Felda Cempelak, Labis, kira-kira 6.15 petang.

Dia kemudian memandu ke rumah mentuanya di Tangkak dan tiba di kediaman berkenaan, kira-kira 7 petang.

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak, Segamat, dipercayai berbual seketika bersama bapa mentuanya di ruang tamu.

Ketika berbual, dia dikatakan mengeluarkan pistol dan terus menembak bapa mentuanya, Ab Kadir Md Arif, 65, sebelum bertindak menembak dirinya.

Abdul Kadir yang parah dikejarkan oleh jiran ke Hospital Tangkak namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Bagaimanapun, suspek yang dipercayai mempunyai masalah dengan isterinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, jiran mentua suspek yang enggan dikenali, berkata dia mendengar seperti bunyi mercun sebanyak dua kali di rumah mangsa sebelum Maghrib.

Katanya, dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sebelum tiba-tiba seorang anak mangsa meluru datang ke rumahnya dan memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

"Saya memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah berkenaan dan terkejut melihat kejadian itu," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, sebelum kejadian dia melihat suspek pulang ke rumah bapa mentuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun menaiki sebuah Proton Wira.

Katanya, dia juga ada melihat anak perempuan mangsa keluar bermain main bersama anak suspek di luar rumah.

"Ketika masuk ke ruang tamu rumah itu, saya melihat bapa mentuanya sudah terlentang di lantai dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja.

"Meskipun terkejut, saya sempat menghubungi polis dan ambulans untuk bantuan kecemasan namun seorang daripada mereka ketika itu sudah meninggal dunia," katanya.

Terkini! Kenyataan Terkini Daripada Presiden PAS Berhubung Isu Saranan Multaqa Ulama PAS

Pas: 2 jawatan tertinggi Pas perlu dipegang ulama

ALOR SETAR - Mulataqa Ulama Pas hari ini bersetuju dua jawatan tertinggi dalam Pas harus dipegang oleh golongan ulama.

Perkara itu antara lapan resolusi yang diluluskan perhimpunan tersebut yang berlangsung di sini hari ini.

Mengulas perkara berkenaan kepada pemberita kemudian, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak mendesak anggotanya dalam menentukan siapa presiden dan timbalan presiden.

"Kita amalkan sifat keterbukaan supaya mereka boleh menilai dan memilih sendiri siapa yang layak. Pintu untuk memegang jawatan ini tidak pernah ditutup kepada mana-mana anggota yang layak," katanya yang ditemui selepas majlis penutup mulataqa itu.

Pas akan menghadapi pemilihan pucuk pimpinannya pada muktamar yang dijadualkan November ini.

Resolusi lain yang diluluskan oleh mulataqa itu termasuk meminta Pas melihat semula tahaluf siyasi (kerjasama politik) bersama pakatan pembangkang, serta menyarankan agar negeri-negeri yang ditadbir pembangkang memberi ruang munasabah kepada ulama haraki Pas.

Mulataqa juga mahu ulama haraki Pas mengukuhkan gerak kerja menghadapi dan menangani pemikiran yang merosakkan umat Islam. - Bernama

Polis tembak isteri, bapa mertua


Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang dipercayai menghadapi sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan yang bertugas di salah sebuah pondok polis di Labis, Johor dipercayai telah menembak mati isterinya di pondok polis di tempat dia bertugas sebelum datang ke Tangkak dan menembak bapa mertuanya.

Suspek kemudiannya dilaporkan telah menembak dirinya sendiri dan mati ditempat kejadian.

Sinar Harian Online difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan daripada masalah keluarga.

Anggota polis berkenaan dan isterinya dilaporkan pernah merujuk ke jabatan agama.

Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak pernah dirujuk di mana-mana hospital.

Ulasan Ust Mohd Khairuddin At-Takiri Berhubung Saranan Multaqa Ulamak Se-Malaysia

September 14, 2013

Ust Mohd Khairuddin At-Takiri

Saranan Multaqa Ulamak Se-Malaysia anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat harini agar PAS menyemak kembali Tahaaluf Siyaasi dengan PR khususnya PKR adalah suatu yang wajar bagi sebuah organisasi besar seperti PAS.

Tahaaluf Siyaasi adalah strategi yang diambil untuk mencapai matlamat kemenangan politik untuk PAS. Setiap strategi perlu disemak dari semasa ke semasa untuk dinilai tahap kejayaan dan kegagalannya.

Sekiranya strategi berjaya mencapai matlamat kejayaan maka ia perlu diteruskan atau dengan penambahbaikan. Sekiranya ia gagal mencapai matlamat maka strategi baru diperlukan. Menyemak Tahaaluf Siyaasi dengan PR pula tak bererti bersama dengan UMNO atas nama Kerajaan Perpaduan dan sebagainya.

Ia adalah 2 perkara yang berbeza. Di saat bunga-bunga Kerajaan Perpaduan antara PR dan BN pasca pru ke 13 cuba dilontarkan oleh pihak-pihak tertentu, saya yakin Dewan Ulamak PAS Pusat akan mencadangkan untuk PAS bersedia menjadi pembangkang yang kuat walauoun bersendirian untuk lonjakan kemenangan politik pru ke 13.

Dewan Himpunan Penyokong PAS perlu diperkasakan untuk menyebarluaskan lagi sokongan bukan Islam kepada PAS

Berikut ialah resolusi Multaqa Ulamak Se-Malaysia


ALOR SETAR: Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, hari ini menekankan tentang hala tuju ulama haraki PAS dalam memperjuangkan Islam sebagai pemimpin politik dan cabaran serta keyakinan dalam menegakkan Islam.

Berikut ialah resolusi Multaqa Ulamak Se-Malaysia.

Tema Multaqa Ulamak Se-Malaysia ‘Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam’ yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut menekankan tentang hala tuju ulama haraki PAS dalam memperjuangkan Islam sebagai pemimpin politik dan cabaran serta keyakinan dalam menegakkan Islam.

Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang bersidang pada 14 September 2013 mengambil beberapa resolusi yang terkandung di dalam ucaptama dan perbahasan seperti berikut:

1- Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam.

2- Multaqa Ulamak Se-Malaysia juga mengajak para ulamak haraki PAS bagi melakukan pengukuhan gerak kerja, antaranya:

i- mengukuhkan gerak kerja tarbiyah
ii- mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulamak yang menjadi tunjang utama kepada PAS
iii-memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan.

3- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yang merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar dari asas Islam.

4- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan mencadangkan kepada PAS Pusat supaya melakukan analisa yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisa bagi tujuan untuk menilai prestasi PRU13 untuk lonjakan PRU14.

5- Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah.

6- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyarankan kepada semua kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulama haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.

7- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yang memahami dan faqih tentang islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulama dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.

8. Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyeru kepada seluruh ulamak haraki PAS supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan dalam PRU14 ke arah perlaksanaan Islam yang syumul di Malaysia.

YDP Shah Alam: Mengapa Tidak Dipertahankan?


Pada 8 September telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Shah Alam yang ke 26. PAS Kawasan Shah Alam telah berusia 26 tahun. Dari 26 tahun itu, 16 tahun darinya saya adalah YDPnya. Ada pula yang berkata PAS Shah Alam sudah sinonim dengan Khalid Samad dan ini adalah masalahnya.

Sejak 1997 saya telah berusaha memimpin PAS Shah Alam dengan sebaik yang saya mampu. Dari sebuah parti politik yang tidak begitu dihiraukan pada tahun 1997, ke era Reformasi 1998/99 dan seterusnya ke era kemenangan pada tahun 2008 dan sekarang 2013. Saya telah bertanding di DUN Kota Raja semasa era Shah Alam dan Kota Raja merupakan satu kawasan Parlimen, dan bertanding pula di Parlimen Shah Alam selepas persempadanan baru di mana Shah Alam dan Kota Raja dipisahkan menjadi dua kawasan Parlimen berasingan. Dari zaman kekalahan pada 1999 dan 2004, ke zaman kemenangan 2008 dan 2013. Sepanjang tempoh masa ini, PAS Shah Alam telah disertai ramai ahli baru yang berkeupayaan dan berpotensi.

Pengalaman sedih kali pertama saya lalui dalam tempoh tersebut adalah apabila persempadanan baru yang dilakukan pada 2003. Ia memaksa saya untuk memilih di antara Shah Alam dan Kota Raja. Saya melihat bahawa kekuatan asas yang ada banyak terdapat di Kota Raja. Cawangan yang kuat seperti Jalan Kebun, Bukit Naga, Kampung Jawa, Johan Setia, Teluk Menegun dan lain-lain terdapat di kawasan Parlimen baru iaitu Kota Raja. Saya lihat juga bahawa ada pada Kota Raja itu saff pimpinan pelapis yang boleh saya yakini akan membawa Kota Raja kearah kejayaan. Orang-orang seperti Ust Omar Hashim, Ust Ghazali, Norhalim, Muliani, Mat Diah, Kadir Mayan, Cikgu Jaafar dan ramai lagi di Kota Raja.

Sambil itu Shah Alam tinggal dengan kawasan yang sedia dibangun dengan taman dan seksyen tertentu. Kawasan kekampungan hanya di Batu tiga, Padang Jawa, Kampung Kuantan dan Bukit Kuda. Pimpinan pelapis pula pada ketika itu tidak begitu menyerlah. Yang ada pun ramai sudah berusia dan tidak mungkin memberi kepimpinan kepada kawasan Shah Alam untuk tempoh yang lama. Atas dasar itu saya memilih untuk bersama Shah Alam, yakin bahawa Kota Raja akan mampu dibangunkan oleh sahabat yang terpaksa saya tinggalkan di atas sebab garis sempadan baru yang telah diukirkan. Maka dengan terukirnya sempadan itu, saya terpaksa berpisah dengan cawangan di Kota Raja setelah 6 tahun membinanya bersama.

Saya tinggalkan Kota Raja walaupun saya telah bertanding di DUN Kota Raja pada 1999 dan kalah dengan majoriti BN hanya 2,000 lebih. Ketika itu juga saya lebih dikenali di Kota Raja oleh kerana pernah bertanding di situ namun Shah Alam menjadi pilihan saya kerana cabaran yang lebih besar perlu digalas di sini.

Maka pada 2004 saya membantu Kota Raja untuk mencari calon yang berimej nasional untuk bertanding di situ. Alhamdulillah, Dr. Mariah Mahmood bersetuju untuk tampil sebagai calon untuk pilihan raya ke 11 di situ. Walaupun kalah pada 2004, beliau, sepertimana juga saya, telah menang pada 2008 dan 2013 dengan majoriti yang agak besar. Sekarang beliau merupakan pimpinan kanan di kawasan Kota Raja. Tanggung-jawab saya pada Kota Raja dan rakan lama saya di situ telah saya tunaikan dengan sebaik mungkin.

Bukanlah seorang pemimpin yang meninggalkan kawasannya dalam keadaan lemah, bercelaru dan huru-hara.

Saya tinggalkan Kota Raja dengan pimpinan pelapis yang mantap dan bersatu kukuh. Kemampuan mereka terbukti melalui kemenangan calon PAS pada 2008 dan 2013.

Walaubagaimanapun, kali pertama saya bertanding di Shah Alam pada 2004, saya telah kalah dengan majoriti sebanyak 13,000 lebih. Yang mengalahkan saya adalah Dato Aziz Shamsuddin. Kekalahan tidak melunturkan semangat saya dan ahli PAS serta PR di kawasan Shah Alam. Walaupun pada malam kekalahan pada tahun 2004 kedengaran yang menangis dan ramai juga yang sebak, kita terus memasyarakatkan PAS dan PR. Pada 2008, hasil penat lelah sahabat seperjuangan dari PAS dan PR, saya menang pula dengan majoriti hampir 10,000. Calon yang saya kalahkan adalah calon sama, dalam kawasan sama, iaitu Dato Aziz Shamsuddin. Saya yakin, kemenangan yang dikurniakan Allah tersebut di atas istiqamahnya, padunya saff dan mantapnya kerjasama di antara semua yang terlibat. Pada masa yang sama bercelarunya UMNO dan BN pada ketika itu! Rakyat inginkan perubahan. Mereka harapkan Pak Lah tetapi Pak Lah tidak kesampaian.

Kemenangan memberikan peluang kepada PAS dan PR untuk memantapkan kedudukan. Lebih-lebih lagi apabila kemenangan itu tidak terhad hanya kepada beberapa kawasan tetapi meliputi kemenangan di peringkat kerajaan Negeri Selangor. Hasil dari kemenangan dimanfaatkan, maka pada 2013, PR menang dengan lebih besar lagi. Dari 36 kerusi DUN dimenangi PR pada 2008, pada 2013 ianya bertambah menjadi 44. Dari 8 kerusi yang ditambah, 7 adalah oleh PAS. PKR berkurangan 1 dan DAP bertambah 2.

Dalam suasana kemenangan ini, saya melihat kepada kawasan Shah Alam. Sudah 16 tahun saya menjadi YDPnya. Ketua Pemudanya telah bertukar lebih 3 kali sepanjang tempoh itu. Ketua urusan ulama’ dan ketua Muslimatnya pun begitu. Hanya YDPnya tetap sama!

Tiada yang akan bertanding jawatan YDP selagi saya mempertahankannya. Saya kenal anak-anak buah saya. Walaupun bukan semua yang bersetuju dengan saya atas semua hal, namun mereka tetap tidak akan mencabar saya. Dan saya bertanya pada diri saya, “apa lagi yang saya tunggukan?”

Pelapisnya sudah ramai. Saudara Azli, Zul Nani, Jamil, Sayuti, Ust Nik Bakri, Ust Zawawi, Ust Husni, Helmi dan ramai lagi. Orang-orang yang berkemampuan, rajin berkerja dan committed kepada parti. Tidak akan mereka berpeluang membuktikan kemampuan mereka sepenuhnya selagi saya sebagai YDP.

Keadaannya sekarang adalah cukup sesuai untuk saya menyerahkan PAS kawasan Shah Alam kepada ‘pelapis’. Saya akan tetap sebagai Ahli Parlimennya mungkin untuk 3 atau 4 tahun lagi dan atas kapasiti itu akan saya masih lagi berpeluang untuk memantau perjalanan PAS kawasan Shah Alam dari dekat. Sepertimana saya pantau Kota Raja setelah meninggalkannya.

Tugas saya sebagai pemimpin bukan sekadar memimpin semasa saya berada ditampuk kepimpinan, tetapi juga untuk menentukan transisi peralihan kepimpinan yang baik dan teratur. Atas soal ini telah saya berusaha untuk lakukannya, insyaAllah dengan cara yang terbaik dan bertanggung-jawab.

Maka saya serahkan PAS Kawasan Shah Alam ini kepada saff pimpinan yang baru dalam keadaan ianya kuat, mantap dan kukuh. Menang di Parlimen buat kali keduanya secara berturut-turut. Terpulanglah kepada ahlinya samada selepas ini mereka ingin terus memantapkan lagi dengan membina ukhuwwah sesama ahli dengan sikap berlapang-dada terhadap perbezaan pendapat sesama sendiri atau ingin, naudzubillah, mengikuti pula jalan perpecahan dan perbalahan seperti yang cuba disuntik pimpinan UMNO/BN dengan memfitnah dan melabel-label sesama sendiri. Tetapi, saya yakin tidak.

Ada yang bertanya, “apa muslihat Khalid Samad dengan tidak mempertahankan jawatan YDPnya sedangkan sudah pasti dia mampu mempertahankannya?” Soalan ini ditanya oleh mereka yang sentiasa syu’udzu dzan terhadap diri saya. Saya hanya mampu ketawa. Tiada muslihat. Hanya ingin memberikan kepimpinan melalui tauladan.

Bina kekuatan jemaah dan bukan kekuatan diri. Jawatan itu amanah bukan penghormatan. Kalau setelah 16 tahun tiadanya pelapis yang mampu menggantikan kamu, maka sebagai pemimpin, kamu telah gagal!

Setelah adanya pelapis maka kenali waktu untuk menyerahkan amanah pada pelapis yang telah kamu bina bersama. Mereka boleh disediakan untuk berperanan sebagai pengganti di setiap peringkat apabila PAS kuat. Jawatan itu tidak perlu dibolot. Lepaskan sahaja. Kekuatan dan kehebatan diri seseorang bukan kerana jawatan yang ada pada dirinya.

Lainlah kalau kita ini seorang yang luar biasa kemampuan dan kehebatannya seperti TGNA dan TGHH. Mereka ini perlu berperanan selagi mana mereka mampu. Mereka inspirasi dan tunjak yang ramai berpaut padanya. Yang lain, seperti saya, jangan perasan, kita tidak begitu. Jauh panggang dari api.

Selepas itu, boleh membantu membuka dan membina kekuatan di kawasan baru. Seperti panglima yang menerjah ke kawasan lain setelah kawasannya selamat. Mencari medan baru yang mampu dibebaskannya.

Ada yang kata pada saya, “hutannya masih tebal di Johor. Apa kata YB bantu pula Sallahuddin di sana?” Ya, mungkin. Tetapi hanya selepas tugasan ku selesai dengan sepenuhnya di Shah Alam. Lebih-lebih lagi ada kemungkinan persempadanan baru menghasilkan kawasan Parlimen baru antara Shah Alam, Kota Raja dan Klang. Kita lihat dulu. Yang penting setiap langkah mampu menguntungkan PAS dan PR.

Atau mungkin juga sekadar menumpukan usaha dan peranan diperingkat kepimpinan yang lain. Wallahu ‘alam kita lihat dan tunggu.

Namun apa yang lebih penting, Kota Raja dan Shah Alam sudah selamat insyaAllah. Kubu PAS dan PR yang tidak akan kembali kepada UMNO/BN. Kecuali di atas sebab kebodohan dan kealpaan diri sendiri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Semasa

Hiburan

Sukan

 

© Copyright Kerabu Bersuara 2007 -2013 | Design by Kerabu Bersuara | Published by Kerabu Bersuara Group | Powered by Blogger.com.