badan umno penuh dengan kurap dan panau
"Seperti yang dijangkakan walau pun ada anggaran 4 orang pemimpin dari kalangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, yang mendesak supaya Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, berhenti, berundur, atau bersara awal, seawal 9 Oktober, 2008, atau sebelum 19 Disember, 2008, melalui peralihan kuasa kepada pemimpin berikutnya, namun Abdullah Ahmad Badawi telah membatalkan niatnya dan ternyata dia tidak menuruti desakan itu.
Ertinya, Abdullah Ahmad Badawi, masih memegang semua jawatannya, termasuklah, masih Presiden UMNO, masih Pengerusi Barisan Nasional, masih Menteri Pertahanan Malaysia, dan masih Perdana Menteri Malaysia.
Dijangkakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi akan bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan agung UMNO Disember, 2008 ini, untuk kekal lebih lama sebagai pemimpin utama negara Malaysia.
Bacaan terkini menunjukkan jangkaan bahawa peralihan kepemimpinan dan perpindahan kuasa dari Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak, tidak akan berlaku pada pertengahan 2010.
Ini adalah kerana, beberapa sebab:
01. Mohd Najib Abdul Razak adalah masalah utama kenapa Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai pemimpin bermasalah kepada Rakyat dan Negara Malaysia. Terutama keakurannya kepada permaufakatan dengan Abdullah Ahmad Badawi supaya mereka saling bergantungan di antara satu sama lain, demi survival politik kedua-duanya.
02. Dijangkakan Mohd Najib Abdul Razak bakal menghadapi kepayahan di Kementerian Kewangan, dan tidak mampu menunjukkan prestasi cemerlang untuk memampankan ekonomi negara dalam menghadapi pergerakan ekonomi dunia yang mengcengkam dan mengesani rantau persekitaran.
03. Selagi ada desakan seperti yang berlaku pada 18 September, 2008, Abdullah Ahmad Badawi akan menanganinya dengan tidak peduli dan berpegang kepada setia sokong para pemimpin yang tetap mahu dia kekal di jawatan sedia ada.
04. Begitu dalam UMNO, begitu jugalah dalam Barisan Nasional. Menteri yang meletakkan jawatan dibiarkan pergi, lalu diganti dengan orang lain. Sementara parti yang keluar sekiranya tidak memanfaatkan Abdullah Ahmad Badawi, akan dibiarkan keluar supaya tidak menjadi pengacau.
Menjelang pertengahan 2010, tidak menghairankan bahawa persiapan dibuat dari sekarang, supaya jangkaan seterusnya menjadi kenyataan, yakni Abdullah Ahmad Badawi akan terus memegang jawatan, untuk menerajui PRU 13. Apa juga keputusan dalam PRU 13, berkemungkinan Abdullah Ahmad Badawi akan terus kekal memimpin untuk tempoh yang lebih lama lagi.
Ertinya, kebarangkaliannya cukup besar, selagi hayat dikandung badan, Abdullah Ahmad Badawi tidak akan bersara, tidak akan berundur, tidak akan berhenti, atau tidak akan meletakkan jawatan.
Jika apa yang dihajatkan bahawa Rakyat dan Negara Malaysia inginkan pencapaian cemerlang, gemilang, dan terbilang, Abdullah Ahmad Badawi memilih untuk kekal memimpin, walaupun sebaliknya terjadi, yakni malang, kecundang, dan lintang-pukang.
Jangkaan seterusnya, bermula sekarang ialah siapakah yang telah menyokong dan telah menentang Abdullah Ahmad Badawi sehubungan mahu menggantikannya atau mahu merebut kerusi yang didudukinya, atau mereka yang telah mendesaknya baru-baru ini.
Dijangkakan mereka yang setia dan menyokong, akan terus mendapat ganjaran dan manfaat berpanjangan.
Dijangkakan, Mahathir Mohamad akan kekal berada di luar UMNO, dan jika kembali pun ke pangkuan UMNO, usaha boleh dilakukan supaya dia lebih jauh hati, dan apa juga pandangannya yang baik tidak akan dipedulikan.
Mukhriz Mahathir akan berhadapan dengan Khairy Jamaluddin, dan beberapa pemimpin lain yang setara merebut jawatan di tahapnya. Menang atau tewas, sebarang gesaan ke atas Abdullah Ahmad Badawi, seperti pada masa lalu dan kini, akan ditangani supaya tidak menjejaskan kedudukan Abdullah Ahmad Badawi seperti sekarang.
Tengku Razaleigh Hamzah dijangkakan akan diperlakukan sama seperti para pemimpin vateran UMNO. Sama ada mahu berbakti atau bersara, kekal atau keluar UMNO, dibiarkan, selagi tidak menentang untuk dapat menduduki kerusi Presiden UMNO yang disandang Abdullah Ahmad Badawi.
Dijangkakan para pemimpin UMNO yang vokal bakal melalui laluan payah dan sukar. Jika pun bukan Abdullah Ahmad Badawi, maka para pemimpin yang setia dan menyokong tidak berbelah bagi, sudah pun mula, dan semakin lantang menghentam mereka ini yang dianggap musuh politik dalaman kepada Abdullah Ahmad Badawi dan pasukannya.
Sementara itu imej Abdullah Ahmad Badawi akan digambarkan baik melalui segala media komunikasi yang ada. Apa juga kelemahan akan diperjelaskan supaya Abdullah Ahmad Badawi nampak baik secara berterusan.
Seterusnya kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional akan terus seperti biasa, mendapat bantuan manfaat dan ganjaran. Sementara kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dibiarkan bergerak sendiri, dan jika ketiadaan bantuan kerajaan pusat lalu memungkinkan kekalahannya dalam PRU 13, maka demikianlah.
Abdullah Ahmad Badawi dijangka memperolehi kuasa baru, dan dengan pelbagai kuasa yang diberikan oleh semua sektor dalam kerajaan, maka dapat mengekang kemaraan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru, serta mengekang Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Baru Malaysia.
Walaupun, individu dan pihak tertentu tidak akan putus asa melakukan yang terbaik untuk menumbangkan yang buruk, demi Rakyat dan Negara Malaysia, namun setiap usaha akan berterusan pula demi memastikan Abdullah Ahmad Badawi terus kekal berkuasa sebagai pemimpin, seberapa lama yang dihajatkannya.
Dengan demikian, sekiranya tiada apa dan tiada siapa yang berjaya mencapai sebaliknya, sehingga Abdullah Ahmad Badawi bermula sekarang hinggalah bertahun akan datang, kekal di kerusinya seperti sekarang, maka jangkakanlah apa yang telah dijangkakan.
Jika lemah, maka lemahlah. Jika lambat, maka lambatlah. Jika tiada apapun perubahan, maka demikianlah."

No comments
Post a Comment