Pendedahan komplot Pak Lah, Khairy, Norza & Ezam

" Sebelum ini Ketua Umum KeADILan itu sering mengelak untuk bertembung dengan PM. Kelihatan jelas beliau hanya menumpukan serangan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang didakwanya terbabit dalam pelbagai kes berkaitan rasuah.Sehingga timbul suatu persepsi di kalangan rakyat, bahawa seolah-olahnya tercetusnya konflik peribadi Anwar-Najib. Anwar menuduh Najib terbabit dalam kes Altantuya Shaariibuu, manakala Najib mengaitkan Anwar dengan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.Mengapa berlaku sebaliknya?

Anwar kini dengan nada yang tegas memberikan peringatan seumpama itu terhadap Abdullah?Ada sumber mendakwa sewaktu kes pertama yang mendakwa Anwar dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Abdullah adalah antara yang disebut-sebut terbabit.Ketika itu, selain Tun Dr Mahathir Mohamad, antara yang didakwa terbabit sebagai konspirator utama yang terbabit dalam ‘mengenakan’ Anwar adalah Tun Daim Zainuddin, Dato’ Aziz Shamsuddin, Dato’ Tengku Adnan Tengku Mansor, Dato’ Megat Junid Megat Ayob, Dato’ Seri Sanusi Junid dan beberapa orang lain.Sewaktu Mahathir memecat Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998,

Abdullah ketika itu menjadi Menteri Luar yang berada di Amerika Syarikat.
Selepas Mahathir memecat Anwar, Abdullah adalah antara individu yang pertama membuat kenyataan dari luar negara, menyokong pemecatan Anwar.Sehingga ada yang sumber yang mengatakan, Mahathir melantik Abdullah menjadi penggantinya, ’sebagai hadiah’ daripada kesetiaan yang tidak berbelah bahaginya kepada Mahathir, khususnya dalam kes Anwar.

Pada ketika itu, walaupun Najib menjadi Naib Presiden yang paling kanan, namun beliau tidak dilantik. Barangkali bukan kerana beliau lebih muda daripada Abdullah, tetapi Najib kelihatannya lebih berhati-hati untuk ‘mengiyakan’ serangan Mahathir terhadap Anwar berbanding Abdullah.
Justeru ada yang berpendapat, Abdullah Badawi sejak awal-awal lagi (sejak sebelum 1998) sudah ‘establish’ dengan grup yang mempercayai Anwar terbabit dengan salahlaku liwat.Maka tidak hairan kali ini, ada yang mendakwa beliau terbabit dalam ’second accusation’ terhadap Anwar.Apakah Abdullah benar-benar terbabit, terserah kepada pihak berkenaan membuktikannya.Apakah Abdullah sahaja yang terbabit? Apakah mungkin menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas orang kanan Anwar, Mohamed Ezam Md Nor turut menjadi pelakon utama sandiwara terbaru ini?

Cara pembikinan dakwaan pertuduhan liwat ke atas Anwar


Menurut sumber beberapa bulan sebelum pilihan raya umum, dalam satu mesyuarat Gerak, pengerusinya Ezam ada membayangkan bahawa bekas bosnya, Anwar Ibrahim akan terbabit dengan satu lagi kes liwat.
“Waktu itu Ezam membayangkan nama lain (enggan disebut) sebagai pelakon utama yang akan terbabit dengan Anwar, tetapi alih-alih nama Saiful pula timbul.“Watak-watak dan nama yang disebutkan Ezam waktu itu berbeza dengan watak yang berlaku, tetapi jalan cerita atau plot dramanya sama,” kata sumber berkenaan.

Persoalannya bagaimana nama Saiful boleh timbul dalam kes ini. Menurut cerita kawan-kawan yang bertugas di pejabat Anwar, sejurus sebelum pilihan raya Saiful dibawa bertugas di pejabat tersebut oleh seorang bekas staf yang bernama Rahimi.
Rahimi dikenali amat rapat dengan Ezam. Pada waktu itu Ezam sudah lama keluar daripada KeADILan dan sering membuat berbagai kenyataan mengkritik KeADILan dan Anwar sendiri.Namun, semua mereka menerima kehadiran Saiful dengan sangka baik, dalam keadaan Anwar kekurangan staf kerana kesibukan masing-masing berhadapan dengan pilihan raya umum.Maka, bermula sebagai tugasan sukarelawan, sebagai ‘pembancuh kopi’ sehingga kepada tugasan mencatat beberapa perundingan dan perbincangan Anwar dengan pihak-pihak tertentu, Saiful turut terbabit.

Namun, apabila timbul kes yang didakwa Saiful bahawa beliau diliwat Anwar. Semua staf-staf Anwar terkejut dengan dakwaan beliau.“Sehari sebelum Saiful hilang (difahamkan tiga hari sebelum membuat laporan polis), beliau berbual-bual dengan kami tanpa menunjukkan sebarang apa-apa yang pelik berlaku.“Beliau menyapa kami, siap dengan senyuman lagi, tetapi apabila tuduhan ini dibuat ke atas bos (Anwar), kami amat terkejut,” kata seorang staf Anwar.Ada sumber yang rapat memberitahu Saiful dibawa untuk mendapatkan ‘rawatan akibat diliwat’ ke Pusrawi oleh Rahimi dan seorang rakan Ezam (namanya akan didedahkan kemudian).Mereka juga dikatakan membawa Saiful ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas gagal mendapatkan ‘laporan yang memuaskan’.“Yang sahihnya Saiful berjumpa dengan Ezam, sehari sebelum Saiful membuat laporan polis ke atas Anwar. Rakan-rakan lain juga ada, mereka tidak dibenarkan menyertai perbincangan empat mata antara Ezam dengan Saiful,” dakwa satu sumber lain.

Daripada keterangan-keterangan yang diperolehi secara berasingan melalui staf Anwar dan rakan-rakan dalam KeADILan, dapat digambarkan secara jelas bahawa, kemungkinan Ezam terbabit dalam komplot bagi merencanakan pertuduhan ke atas Anwar amat besar.Jadi bagaimana pula Abdullah dan Khairy turut dibabitkan sama dan adakah Najib benar-benar terbabit dalam komplot ini.

Peranan Ezam-Khairy untuk mengenakan Najib?

Umum mengetahui Ezam memasuki Umno melalui Khairy dan berkawan rapat dengan kroni utama Khairy, Dato’ Norza Zakaria yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Kemasukan dalam Umno Ezam tidak ada kena mengena dengan Najib. Tetapi mengapa Najib terheret dalam kes ini?Jika Ezam memasuk Umno melalui Khairy dan menghantar borang terus kepada Abdullah di Parlimen, mengapa pula dalam kes Saiful ini, Ezam menyuruh Saiful menemui Najib?Daripada ‘appointment’ yang disetkan oleh Ezam untuk Saiful berjumpa Najib. Najib mendengar aduan Saiful. Melalui kenyataannya Najib mengakui bahawa Saiful ada berjumpa dengannya.Persoalannya mengapa Saiful tidak dibawa Ezam untuk mengadu terus kepada Abdullah? Atau siapakah yang menyuruh Ezam mendapatkan ‘appointment’ dengan Najib? Apakah dalam plot ini, Khairy turut terbabit untuk ‘mengenakan’ Najib?Hasil daripada ‘appointment’ yang disetkan Ezam tersebut, Najib tersepit dan dibelasah kiri dan kanan oleh

Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Ada kawan-kawan media yang rapat ‘appointment’ yang disetkan oleh Ezam), Najib boleh ‘mencuci tangan’ dan beliau tidak perlu hendak ‘pening kepala’ dengan tekanan Anwar.Dan, jika Khairy terbabit dalam kes ini, plot drama menjadi lebih besar. Ianya bukan sekadar pertuduhan liwat ke atas Anwar, malah ianya mengheret kepada ‘game’ pemilihan dalam pucuk pimpinan Umno menjelang Disember depan.Semua plot-plot cerita ini menggambarkan wujud ‘permainan’ besar politik. Dan apabila Ezam yang memulakan langkah ini, apakah tidak mustahil ada ‘tangan-tangan’ utama yang mencatur ‘permainan’ ini.Bagi orang-orang Umno, mereka mengesyaki ‘tangan’ utama yang memainkan peranan untuk mempertahankan kedudukan Abdullah, ‘menghapuskan’ Anwar dan menghalang kemaaran Najib, tidak lain tidak bukan adalah Khairy dan Norza.Apakah Khairy dan juak-juaknya mampu melakukan tindakan politik seperti perumpamaan Inggeris ‘killing two birds with stone’?
"

No comments

Powered by Blogger.