Adakah BN berani dengan cabaran DSAI

Salam Ramadhan diucapkan kepada seluruh umat islam di Negara ini, terlebih dahulu ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada DSAI kerana telah membuatkan Umno dalam keadaan yang paling cemas dalam sejarah penubuhannya. Dalam keadaan sekarang Umno tidak ubah seperti dikejar bayang-bayang sendiri,segala apa tindak tanduk dan tingkah lakunya kelihatan sumbang seperti Hang Tuah kehilangan Taming Sarinya.



Setelah 16 sept sudah berlalu baru-baru ini maka mengaunglah beberapa hulubalang Umno yang sudah diduga akan melepaskan kata-kata yang tak sedap didengar dan semestinya mendapat liputan meluas dari media cetak dan media elektronik,tidak ketinggalan juga MP Bebas yang saya rasa dialah seorang yang paling tidak mengenang budi dan jasa yang di berikan oleh Pakatan rakyat kepada beliau pada PRU ke-12 tempohari.Tanpa pakatan rakyat siapalah beliau.Kalau nak harapkan BN bagi kerusi kat dia,saya rasa sampai bila pun BN tak akan bagi.Harapan rakyat agar DSAI diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T.supaya dapat meneruskan perjuangan membela rakyat dan seterusnya membentuk Negara Malaysia Baru yang lebih amanah dan bertanggungjawab insyaalah...

Dalam keadaan sekarang timbul pula seribu persoalan,kalaulah benar diwar-warkan DSAI seorang penipu kenapa BN masih takut hendak sahut cabaran DSAI untuk mengadakan sidang parlimen.kalaulah betul nak tahu DSAI penipu atau sebaliknya ayuh!!! sahutlah cabaran DSAI itu.janganlah takut dengan bayang-bayang sendiri.Beranikan diri sahut cabaran dan disitulah akan terjawab kata-kata DSAI samaada Tipu atau Sebaliknya.

No comments

Powered by Blogger.