Satu Renungan Buat Antihusam


"Kita menjadi tertanya-tanya mengapa dan kenapa penulis dan empunya blog ini membina blognya? Daripada nama blog ini telah menggambarkan watak dan perwatakan penulisnya. Ini tanggapan pembaca blog ini sepintas lalu. Adakah empunya blog seorang ahli PAS dan pendokong setia PAS atau cuba memprojeksi diri bahawa dia pembela PAS daripada anasir-anasir yang akan membinasakan PAS?

Di atas baru pandangan sekilas daripada bacaan tentang nama blog. Blog ini sebenarnya baru dimulakan, iaitu bulan Julai 2008. Kenapa baru timbul blog ini? Seharusnya blog ini telah lama muncul kerana Husam bukan baru dalam PAS. Husam memulakan kerjayanya dengan menjadi Setiausaha Politik TGNA. Sedarkah Antihusam (ANH) bahawa apakah peranan seseorang yang bergelar SETPOL? Beliaulah yang menjadi penstrategis utama di sebalik kejayaan majikannya. Jadi, soalan saya kenapa baru muncul? Di mana dan ke mana anda sebelum ini ini?

Apa agaknya yang ditulis oleh ANH dalam blognya? (http://antihusam.blogspot.com/) Saya membaca dari awal hingga ke postingnya yang terkini, 19 September ( Kenapa Mustafa Ali Diserang?). Bagi pembaca atau penjenguk blog ini, apa agaknya tanggapan saudara terhadap pengisian blog ini? Adakah dengan tepat menggambarkan nama blog tersebut?


Pada saya jelas, pengisiannya penuh dengan kebencian, gelaran-gelaran yang mengaibkan, dan lebih kepada tuduhan-tuduhan tanpa bukti yang jelas. Jelas pengisiannya melanggari etika penulisan. Kita harus sedar tanggungjawab kita sebagai penulis. Ketajaman mata pena ibarat tajamnya sebilah pedang. Kalau kita gagal melaksanakan etika penulisan, saya khuatir penulisan kita sarat dengan fitnah dan mendedahkan keaiban sesama saudara muslim. Dapatkah kita bayangkan apakah perasaan Husam? Apakah agaknya perasaan ANH sekiranya ada orang lain memperlakukan seperti apa yang perlakukan terhadap seseorang insan bernama Husam ini?


Mauduk renungan ini bukan bertujuan untuk menyenaraikan gelaran-gelaran yang mengaibkan. Saya tidak mahu bersubahat.
Saya ingin berpesan agar ANH selepas ini berhati-hati dengan penulisannya. Hal ini kerana di luar sana, akan ada orang yang tidak akan membiarkan atau membenarkan perlakuan seperti yang anda lakukan ini. Dan jangan lupa dengan pembalasan.

Anda harus adil dalam menilai seseorang. Anda seolah-olah melihat atau memprojek Husam yang hitam segala-galanya. Saya mencabar saudara, selain mendedahkan kelemahan-kelemahan Husam, anda mesti mendedahkan juga kebaikan-kebaikannya sejauh perananya sebagai ahli PAS, dan sebagai pemegang-pemegang jawatan dalam Kerajaaan Negeri Kelantan, serta peranannya dalam PAS di peringkat Pusat.


Akhirnya, saya mencabar ANH supaya tidak berselindung di sebalik blog sekiranya ANH mendasari penulisannya dengan ikhlas. Anda harus faham blog bukan tempat kita sewenang-wenangnya menulis apa-apa sahaja tanpa mempedulikan etika penulisan. Blog harus diurus secara bertanggungjawab kerana kita, penulis blog adalah sebahagian daripada cabang ibadah kita kepada Allah. Oleh sebab ANH menganggap dirinya sebagai pembela PAS maka bertindaklah sebagai seorang ahli PAS yang mendukung nilai-nilai Islam dalam penulisan.

Atas segala-galanya, saya berharap penulisan ini akan dianggap sebagai teguran. Saya tidak bermaksud untuk menghukum ANH. Apa yang saya harapkan kita dapat berlapang dada dalam menerima pendapat orang lain.

Wallahualam.

1 comment

abdrahim kassim said...

Sdr. Kerabu,

Kadang-kadang saya terfikir apakah puak-puak itu benar-benar berjuang untuk Islam.

Teringat saya peristiwa semasa Muktamar PAS Di Terangganu 20 tahun dahulu dimana Tuan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Nakhie Ahmad terpaksa meletakkan jawatan atas perbuatan kotor mereka.

Mereka semacam ada agenda peribadi.

http://rahimkassim.blogspot.com/

Powered by Blogger.