Bahagian UMNO sedia calonkan Najib dan Muhyiddin
Kehangatan akar umbi UMNO mahukan dan berani untuk berubah sudah menunjukan tanda tanda positif dan progressif. Perubahan yang rakyat dan begitu ramai akar umbi UMNO dambakan makin nyata kebelakangan ini. Apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Khamis 18 September 2008 merupakan hasrat sebenar sanubari majority akar umbi.
Gerakan ahli UMNO peringkat Bahagian sudah bermula. Hari ini, begitu ramai pemimpin Bahagian UMNO secara terbuka dan bersahaja mengesahkan kesediaan mereka menamakan Timbalan Presiden TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai calon Presiden dan Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin sebagai calon Timbalan Presiden.
Ini jelas dalam majlis majlis UMNO kebelakangan ini. Majlis buka puasa Timbalan Perdana Menteri pada 16 September 2008 menyaksikan sejumlah Ketua Bahagian UMNO yang dahulunya amat pro-PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dikekalkan sebagai Presiden, kerana menjaga “kepentingan, maruah dan nama baik parti”, kini sanggup bercakap secara terbuka untuk mengambil tindakan sebaliknya.
Pemimpin pemimpin UMNO peringkat MT dan Bahagian mula bertemu sesama sendiri bagi membincangkan mengenai strategi pencalonan pemimpin dijawatan kedua tertinggi parti yang mempunyai 3.2 juta ahli itu. Mereka tidak lagi menunjukan ‘kewaspadaan’ untuk mengambil tindakan yang dilihat Kepimpinan sebagai ‘pengkhianatan’.
Hari ini, semasa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah hadir di Johor, perkara yang sama masih lagi diperbincangkan tatkala pemimpin UMNO peringkat Bahagian dan Cawangan berkumpul dalam majlis seperti di kediaman rasmi MB Johor.
Adalah wajar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mengumumkan persaraan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dalam tiga minggu ini sebelum mesyuarat Bahagian UMNO pertama bermula pada 9 Oktober 2008 dan TPM Najib mula mendapat pencalonan. Setidak tidaknya, maruah sebagai pemimpin yang diaibkan akar umbi parti sendiri apabila tidak dicalonkan boleh dielakan.
No comments
Post a Comment