Rakyat Masih Setia Menunggu Perubahan

Oleh Amir Hamzah Amha

 Sebagai salah seorang daripada berjuta yang menantikan kelahiran 'Malaysia Baru' pada 16 September 2008, saya juga merasakan kekecewaan diatas ketiadaan perubahan Kerajaan Persekutuan. Namun, kekecewaan itu tidak membuak malah membuatkan saya merasa lebih ingin mengetahui bila pulakah Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengisytiharkan kemasukan 35 Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional ke dalam Pakatan Rakyat.

Apa-apa pun, yang jelas DSAI lebih hebat membuat percaturan politik.
Keadaan ekonomi dunia yang meruncing kini menjadikan tugas Pak Lah sebagai Menteri Kewangan I semakin sukar, dan beliau pula perlu mecari cara untuk mengawal pihak tentera sekiranya darurat terjadi, oleh itu dengan menyelesaikan dua masalah sekaligus, beliau membuat pertukaran dengan timbalannya. Dengan perbuatan itu, Najib seharusnya sedar bahawa beliau boleh dipersalahkan sekiranya keadaan ekonomi Malaysia gawat (lagi!). Apakah Najib begitu dayus sehingga membenarkan perkara ini berlaku?

Barisan Nasional yang selama ini hidup sepanjang 50 tahun ini senantiasa menggunakan hujah pembangunan, pertumbuhan ekonomi yang hebat, kehebatan menangkis kegawatan ekonomi dunia dan lain-lain. Tetapi kini hujah sedemikian tidak boleh digunakan lagi mungkin disebabkan sifat kerajaan Malaysia kini yang lemah dalam perihal ekonomi, dan terpaksa memindahkan beban pentadbiran kepada rakyat dengan menaikkan kos kehidupan rakyat tanpa apa-apa kaedah penambahbaikan pendapatan rakyat per-kapita.

Rakyat Malaysia memang 'spesis' yang mudah memaafkan, tetapi apabila poket mereka tersentuh, mereka senang pula mengamok! ternyata selama ini apabila ekonomi Malaysia maju rakyat mudah memaafkan BN menggunakan ISA, rasuah, kronisme dan nepotisme. Namun apabila ekonomi merudum, rakyat bingkas bangun dan berani mencuba perubahan kerajaan.
Kini rakyat dalam keadaan sengsara dan terdesak. Poket mereka kosong. Kerajaan pula menasihatkan rakyat agar berjimat, cari kerja baru dan tanam sendiri makanan, manakala mereka pula masih bermewahan dengan kereta Mercedes Kompressor di Terengganu dan lawatan sambil belajar cucuk tanam padi yang kosnya memcecah RM750,000.
Nyatalah rakyat tidak berapa kisah bila perubahan kerajaan akan berlaku, tetapi harapan mereka agar perubahan tetap berlaku disebabkan sengsara hidup, dan rakyat tidak begitu kisah bila ia akan berlaku asalkan ia berlaku

No comments

Powered by Blogger.