FAM..mana khiry?sultan dah terkilan

Sultan Ahmad Shah
Sultan Ahmad Shah

BUAT pertama kalinya, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa kecewanya yang tidak terhingga terhadap corak pentadbiran yang sedang diamalkan badan induk kebangsaan itu.

Pelbagai isu yang membelenggu FAM sejak kebelakangan ini ternyata mengundang resah di hati pemimpin tertinggi badan induk kebangsaan itu yang pantas mahu mendapatkan gambaran sebenarnya mengenai apa yang berlaku.

Justeru, satu pertemuan diatur dengan wakil Arena Metro di Istana Pahang di ibu negara dan sepanjang pertemuan berkenaan, beliau tidak putus-putus menyatakan rasa terkilannya.

Masalah hutang, komunikasi serta 'sikap mesra media' yang ternyata semakin hilang di FAM tidak dapat diterima Sultan Ahmad Shah yang memang terkenal sebagai individu yang mudah mesra dengan rakyat jelata.
Begitupun, selepas mendapat penerangan penuh serta jelas berhubung artikel berkenaan, Sultan Ahmad Shah, berkata bahawa perkara itu seharusnya tidak berakhir dengan soal membabitkan undang-undang.

“Saya tidak sangka ia akan sampai sejauh ini...memang saya kecewa dan kesal kerana ia berlaku. Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini dan saya berjanji akan meneliti sendiri apa yang mengundang kepada kesilapan ini.

“Beliau adalah seorang pegawai yang dibayar gaji FAM untuk menjalankan tugas membabitkan pentadbiran. Saya sepatutnya tidak perlu campur tangan jika apa yang beliau lakukan ini dapat memuaskan hati pihak lain,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.