PAS sokong pembentukan kerajaan baru - Timbalan Presiden

BACHOK, 28 Sept (Hrkh) - Biar pun tarikh peralihan kuasa pada 16 September sudah berlalu, namun PAS tetap terus menyokong usaha ke arah pembentukan kerajaan baru.
Iklan





Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa bagaimanapun berkata, sokongan PAS itu dengan syarat Islam menjadi dominan dalam struktur pembentukan kerajaan baru.
"Sebaliknya kita tidak akan teragak-agak untuk tidak menyertai mana-mana pihak dalam usaha menubuh kerajaan baru sekiranya ia tidak menguntungkan Islam," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin di sini semalam.
Beliau yang juga anggota parlimen Bachok berkata, PAS boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, namun dalam hal-hal berkaitan Islam dan umatnya, parti itu tidak akan berkompromi.
Sempena majlis tersebut Nasharudin menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 60 penduduk miskin.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Kompleks Pendidikan Islam (KPI) Bachok memerlukan sumbangan orang ramai bagi menyiapkan bangunan tersebut yang dianggar bernilai RM2.5 juta.
Bangunan tersebut kini sudah 85 siap yang melibatkan perbelanjaan lebih RM1 juta.
Pada program itu juga Dewan Muslimat PAS Bachok menyampaikan sumbangan derma sebanyak RM1,000 kepada tabung pembinaan kompleks tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai dipelawa menderma bagi menyiapkan pembinaan bangunan terbabit. Maklumat lanjut boleh hubungi Setiausaha PAS Bachok, Haji Huzaimi Che Hussin di talian 019 981 6362 atau pengarah projek Zainuddin Salleh (019 9387495).

2 comments

radenjowo said...

Kerabu ..!!!

Salam Idul Fitri buat kamu dan keluarga tersayang..

Selepas raya kita berblog semula.
Berhati hati di jalanraya ...

Salam !!!

Unknown said...

Lama gak kerabu tak bersuara.
Apa komen lepas raya ni. Pak Lah punya open day di KB agak kurang sambutan. Ada yang caterer tu bedak-bedakkan lauk-pauk ysng tak habis pada saudara mara dan jiran-jiran pasai tak habis masa open day hari tu. Pasai apa depa tak sayang Pak Lah lagi ke orang-orang Penang ni tak macam tahun lepas licin. Tahun ini cheak be leau (makan tak habis. Elok la Pak Lah dari pada PM lepas kat Najib baik fikirkan masa depan negara. Lebih baik bagi pad PR negara selamat rakyat lega.

Powered by Blogger.