apa kata khairy?

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Anggota Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Tun Mahathir hari ini yakin mampu mendapat pencalonan yang cukup bagi membolehkan beliau bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata setelah mendapat maklum balas dari peringkat akar umbi, beliau yakin mampu membawa Pemuda ke arah yang lebih cemerlang.

"Saya yakin akan dapat pencalonan yang sederhana (dan) yang baik. Saya juga dah dapatkan maklumbalas dari peringkat akar umbi sebelum membuat keputusan untuk bertanding. Tapi saya tidak jamin akan dapat seratus peratus pencalonan," katanya kepada Bernama di sini.

Pada 6 September lalu, Mukhriz secara rasminya telah menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan itu.

Jawatan Ketua Pemuda setakat ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Mukhriz, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Terbaru, Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan parti pada Disember ini.

Jawatan Ketua Pemuda itu disandang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Pelajaran sejak 10 tahun lalu.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.