kenapa perlu ada perbezaan dalam tangkapan?

di sini saya ingin tanya la kepada pihak polis, kerajaan dan agensi yang terlibat...
kenapa ada perbezaan? dimana kata-kata untuk memperjuangkan bangsa?agama?negara?
mana janji-janji manis pembelaan sebagai seorang wargenagara?

di mana pak lah?
di mana najib?
di mana amid botak?
di mana semua orang melayu yang konon memperjuangkan bangsa?
di mana orang islam di malaysia berada?

amat celaka la bagi pemimpin yang zalim....

Saya tidaklah meminta orang lain dijejaki, ditahan dan disumbat ke dalam lokap. Saya hanya memohon layanan yang sama rata.


Saya juga teringat apa yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada pandangannya, para pemimpin hanya mengambil tindakan terhadap orang-orang Melayu sahaja.

"Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious"(hasutan).

"Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

"Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali.

"Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat," katanya.

Saya tidak minta Wee Meng Chee dijejaki, ditangkap malam-malam buta di hadapan anak isteri seperti saya (terkejut habis depa, tertekan dan kecewa) dan selepas itu disumbat ke dalam lokap. Saya hanya ingin bertanya, apa salahnya Sheih dan saya dipanggil Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (JSJK) untuk memberi keterangan tanpa dijejaki, ditangkap, digari (walaupun untuk prosedur), direman dan disumbat ke dalam lokap?

Ihsan Waejo

Memang saya berterima kasih dengan layanan yang professional dan berhemah ketika di JSJK. Tetapi, alangkah leganya kalau diminta hadir untuk memberi keterangan seperti Meng Chee (lihat laporan Malaysiakini 23/9/08 bertajuk "Penyanyi 'Negarakuku' disiasat polis"). Kalau diminta hadir seperti itu, saya akan pergi. Saya percaya, Sheih juga akan pergi.

Orang lain saya tak tahu. Tetapi, kalau saya, saya sedia berkerjasama. Berapa jam pun saya boleh beri keterangan. Tanyalah apa yang hampa nak tanya fasal hal aku. Hal orang lain aku tak tau.

Ketika dibawa dari rumah saya ke JSJK di Jalan Dato Onn, saya dah putuskan untuk berterus-terang. Apa nak sorok-sorok, saya tulis secara terbuka dan ambil sumber yang sememangnya terbuka kepada semua orang. Saya bukan masuk gerakan bawah tanah - komunis ka, al-Ma'unah ka.

Saya ulangi, saya hanya memohon layanan yang sama rata. Saya tidak minta orang lain disumbat ke dalam lokap.

No comments

Powered by Blogger.