apabila beruk mengajar tuannya..
ALOR STAR, 19 Sept (Bernama) -- Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin hari ini menggariskan tiga aspek setiakawan yang diperlukan dalam usaha memperkukuhkan pergerakan itu di samping mengeratkan lagi hubungan antara pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata aspek setiakawan yang pertama melibatkan pergerakan pemuda di peringkat cawangan dan pusat yang perlu menekankan hubungan rapat bagi memastikan tiada jurang antara mereka dalam memperjuangkan parti.
"Yang kedua ialah melibatkan pergerakan Pemuda Umno dengan Pemuda BN itu sendiri, ia perlu dikukuhkan dan baiki hubungan antara mereka yang mungkin ada kelonggaran.
"Perlu ada perjanjian baru tentang bagaimana cara atasi krisis dalam BN," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah di Masjid Hidayatul Solihin di Jalan Gunung Keriang dekat sini hari ini.
Khairy berkata aspek ketiga ialah membina hubungan yang baik dengan seluruh generasi muda, terutamanya dengan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang melibatkan golongan pemuda.
Terdahulu dalam ucapannya Khairy berkata Pemuda Umno perlu menarik lebih banyak sokongan daripada generasi muda untuk menyertai pergerakan itu demi menguatkan lagi Umno dan BN. Khairy turut memohon sokongan anggota-anggota Pemuda Umno untuk mencalonkan beliau bagi bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan itu dalam pemilihan parti Disember ini.
Katanya beliau sudah bersedia untuk menerima pencalonan selepas mengambil masa yang agak lama untuk berfikir serta mendengar pendapat di peringkat akar umbi.
-- BERNAMA
muda..muda........ha...atas......ambik...amnik......hai bengong la beruk aku ni....aku cakap lain dia ambik lain......menatang beruk ni..

No comments
Post a Comment