24 hb September : Pak Lah Hampir Pasti Akan Hantar Juga Anwar Ke Sungai Buloh
"
Berikutan tekanan yang bertali arus , dari dalam umno, bn juga Anwar , Pak Lah tidak mempunyai banyak pilihan melainkan memulakan tindakan melawan kehendak hati nya.
Melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan mengambil jawatan Menteri Pertahanan, walaupun dilihat oleh setengah pihak ada muslihat tertentu , tetapi sekurang – kurangnya dapat meredakan tekanan tersebut.
Walaubagaimanapun, langkah tersebut masih belum dapat mengubat hati dan kehendak parti umno, malah ditambah lagi dengan membuat cadangan agar pelan peralihan kepada najib dipercepatkan lagi, hinggakan ada yang mencadangkan ianya harus bermula pada 09 oktober ini, iaitu permulaaan mesyuarat bahagian umno.
Najib, Mahathir, Muhyiddin dan lain - lain, meletakkan tekanan tersebut, kerana sekarang sudah mempercayai akan keupayaan Anwar untuk mengambil alih Putrajaya, adalah benar .
Anwar sesungguhnya sudah ada bilangan minimum ahli – ahli parlimen yang telah bersetuju untuk berhijrah.Ini bermakna, kedudukan dan masa depan semua mereka ini akan berdepan dengan risiko, berkemungkinan diheret ke mahkamah dan berakhir di penjara Sungai Buloh.
Selagi mana Pak Lah berada di kedudukan sekarang, peluang Anwar untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia akan berjaya, paling lewat pun pada 13hb oktober nanti.Ini kerana, dengan jumlah yang sudah cukup, Anwar hanya perlu kepada Parlimen dibuka semula, atau lebih awal lagi dengan mendesak Pak Lah mengadakan persidangan tergempar.
Tarikh 24 hb september juga mungkin sangat bersangkutan dan berkait rapat dengan desakan Anwar supaya Pak Lah memanggil persidangan tergempar parlimen pada 23hb september ,yang telah ditolak Pak Lah
Ini bermakna, risiko terlalu besar kepada bukan sahaja Pak Lah, malah seluruh pembesar – pembesar umno, dan Pak Lah akan mula bertindak dari sekarang, iaitu pada 24 hb September, dengan menghantar Anwar ke Penjara Sungai Buloh, tanpa menunggu memberi “peluang“ kepada Anwar membuktikan beliau ada jumlah yang cukup, iaitu 31 orang.
Adalah sangat besar kemungkinannya, ada arahan dari pihak – pihak tertentu kepada hakim yang bertugas pada 24hb september, bilamana kes liwat disebut semula dan mula dibicarakan, membatalkan jaminan bon peribadi, dimana serentak dengan itu Anwar akan ditahan dan dihantar ke Penjara Sungai Buloh atau Kajang.
Sekurang – kurangnya untuk sementara waktu, kerungsingan Pak Lah dapat dikurangkan.
Alhamdulillah kata Pak Lah.
No comments
Post a Comment