usaha memperbodohkan guru....
idak sukar ditelah mengapa Kementerian Pendidikan tiba-tiba menyuarakan kembali larangan kepada guru-guru membincangkan isu-isu politik ketika mereka berada di sekolah.
Iklan
Kementerian Pelajaran sebelum ini telah mengeluarkan arahan melarang ahli politik, sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang, memasuki sekolah. Larangan itu bagaimana pun ada pengecualiannya yang cenderung memberi keuntungan kepada parti pemerintah.
Para guru dilarang keras untuk terlibat dengan politik atau membicarakan hal-hal politik semasa berada dalam kawasan sekolah. Peraturan itu dibuat bagi mengelak pelajar dipengaruhi semangat berpolitik dan kepartian yang akhirnya akan menjejaskan pembelajaran mereka.
Peraturan itu diketahui wujud sejak sekian lama. Maka sudah tentu ada sebab sangat mendesak mutakhir ini sehingga mendorong kerajaan mempertegaskan kembali 'pantang larang' tersebut.
Akhbar harian Ahad (21 September) lalu memetik Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Razali Ismail sebagai mengulangi amaran itu kepada lebih 360,000 guru di seluruh negara. Katanya, para guru jangan menggunakan masa di sekolah untuk berkelakuan seperti seorang penganalisis politik. Sebaliknya, mereka diminta memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan tugas mendidik pelajar.
"Sebagai guru, beban kerja sudah cukup berat untuk mendidik generasi muda. Kita tidak mahu guru terganggu atau terpesong dengan apa yang berlaku dalam politik sekarang. Justeru, saya tidak mahu mereka membincangkan isu politik di kawasan sekolah," katanya.
Sepintas lalu, tiada apa yang tidak kena pada penegasan itu. Tidak ada pihak yang merasakan wajar bagi para guru melakukan apa jua perkara yang boleh menjejaskan tumpuan mereka mendidik generasi muda negara.
Cuma yang sedikit dipersoalkan ialah sejauh manakah kerajaan bersikap adil dalam melaksanakan larangan itu dan apakah peraturan sebegitu masih realistik dengan perkembangan teknologi maklumat kini.
Perlu diakui setakat ini larangan perbincangan politik di sekolah tidak realistik dan berat sebelah. Bahkan jika dikatakan ada parti politik yang memperalatkan sekolah untuk menjayakan agenda politiknya, maka parti paling berjaya melaksanakannya ialah Umno sendiri.
Ia sering menyalahgunakan premis sekolah untuk aktiviti parti, termasuk mengadakan mesyuarat agung. Setiap kali berlangsungnya aktiviti politik, maka habislah seluruh kawasan sekolah dipenuhi bendera-bendera 'keris telanjang' dan 'dacing'.
Sekali pandang orang menyangka kawasan itu adalah markas pilihan raya Barisan Nasional setempat. Bukankah itu pendedahan tidak elok kepada para pelajar?
Sebilangan aktiviti politik di sekolah turut membabitkan penglibatan guru, kakitangan dan murid sekolah berkenaan. Ada guru yang memang penyokong kuat dan aktivis Umno. Ada juga yang dipaksa pihak pengurusan untuk membantu melicinkan perjalanan majlis di premis mereka.
Para guru yang menjadi penyokong dan aktivis BN diberi kebebasan bukan sahaja membicarakan isu politik, bahkan membawa masuk bahan-bahan politik ke kawasan sekolah. Ertinya setakat ini larangan hanya ditegaskan kepada guru yang bersuara pembangkang.
Selain berat sebelah, pelaksanaan larangan itu juga agak tidak realistik dengan perkembangan minda rakyat. Di saat seluruh dunia berbicara secara lebih terbuka mengenai apa juga maklumat dan perkembangan semasa, apakah relevan pendekatan sebaliknya terus dipaksakan ke atas para guru kita?
Terbukti amaran ulangan itu sendiri dibuat ekoran kebimbangan kerajaan terhadap kesedaran politik yang semakin meningkat di kalangan rakyat. Kerajaan bimbang jika perbincangan politik di kalangan para guru tidak disekat, ia akan membuahkan perbahasan yang bernas dan membuka minda mereka terhadap perkembangan politik yang sedang berlaku dalam negara.
Kerajaan bimbang semakin banyak rakyat diberi peluang membicarakan politik semasa dan semakin mereka didedahkan dengan fakta dan pertimbangan yang sebenar, maka rakyat semakin luntur kepercayaan dan keyakinan terhadap BN. Sebaliknya mereka semakin melihat alternatif yang ditawarkan Pakatan Rakyat adalah suatu yang tidak mudah mereka tolak. Itulah yang paling membimbangkan kerajaan.
Namun, sejauhmanakah dengan mengongkong minda rakyat dan membataskan perbincangan politik dapat menyekat kesedaran dan kebangkitan itu?

porahh!!!!!! hang p bodoh kat pak lah sorang dah la wei
No comments
Post a Comment