Perkembangan Mutakhir isu 16 September
Dollah tidak mahu panggil sessi khas Parlimen untuk membahas usul ahli Parlimen hilang kepercayaan terhadap beliau seperti yang diminta oleh PR. Saya berpendapat tiada pilihan lain kecuali DYMM Yang diPertuan Agung sendiri campur tangan dan mengesahkan samada Dollah masih sah sebagai Perdana menteri atau sebaliknya. Pihak PR telah berusaha untuk menyelesaikan isu ini secara terhormat, pertama dengan meminta bertemu dengan Dollah untuk membincang persoalan ini secara tertutup. Setelah beliau menolak, PR meminta dipanggil sidang khas Parlimen. Ditolak juga. Seterusnya tiada lagi apa-apa pilihan selain campur tangan Agung.
Sekiranya dakwaan Anwar betul bahawa Dollah tidak lagi memilikki sokongan majoriti Ahli Parlimen, maka dengan sendirinya kedudukan Dollah sebagai Perdana Menteri sudah tidak sah. Agung, pada masa itu berhak meminta Dollah letak jawatan dan melantik orang yang memilikki kepercayaan majoriti Ahli Parlimen sebagai PM baru.
Oleh kerana dakwaan Anwar telahpun dibuat, bukan sekadar secara lisan tetapi secara bertulis dan dengan penuh keyakinan, maka kedudukan Dollah pada hari ini sendiri adalah diragui. Dalam keadaan diragui ini, apa-apa arahan Dollah yang memerlukan pengesahan DYMM boleh dipersoalkan oleh Agung atas alasan kedudukan Dollah sebagai PM perlu disahkan terlebih dahulu.
Saya ingin semua yang berdebar menunggu untuk bertenang dan terus doakan usaha perubahan kerajaan pusat akan berjaya. Saya yakin pihak Anwar bersama PR sedang berusaha sedaya upaya untuk menjadikan ianya satu realiti dan mereka terpaksa berhadapan dengan usaha tindak balas dari pihak kerajaan BN. Sepertimana sering dikatakan, BN mampu menangguhkan untuk beberapa hari, tetapi saya yakin insyaAllah ianya akan tetap berlaku. pak khalid

No comments
Post a Comment