2 kes fail terhadap Speaker, DUN dikunci esok


BN mahu Speaker DUN Perak dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

NOTIS... Exco Perak, Mohd. Zahir Abdul Kadir (kiri) dan peguamnnya menyerahkan notis untuk merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kepada Setiausaha Politiknya, A. Basu (kanan). - foto The Star oleh SAIFUL BAHRI

[DIKEMAS KINI, 7 PETANG] IPOH: Dua kes difailkan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar - kirakira 12 jam sebelum ia mengadakan sidang tergempar yang dipanggil minggu lalu.

BERITA TERDAHULU

Setiausaha arah pintu DUN Perak ditutup, "drama" krisis politik berterusan

[DIKEMAS KINI, 7.10 PETANG] IPOH: Tinggal kira-kira 12 jam sebelum menjelang sidang tergempar yang dipanggil Speaker pagi esok, Perak terus berhadapan 'drama krisis politik" dengan perkembangan-perkembangan baru.

mStar Online difahamkan Barisan Nasional (BN) akan memperoleh perintah mahkamah bagi melarang sidang tergempar itu diadakan.

Beberapa peguam BN kelihatan di mahkamah di sini tetapi belum ada maklumat lanjut mengenai perkembangan tersebut.

Terdahulu, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mengarahkan kesemua kakitangan DUN membatalkan temu janji masing-masing esok memandangkan pintu ke DUN akan ditutup.

Pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini akan ditutup esok.

Notis Penutupan berkenaan telah ditampal di kompleks yang menempatkan pejabat Menteri Besar Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Notis berkenaan dikeluarkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Notis dua perenggan itu meminta warga bangunan Perak Darul Ridzuan supaya membatalkan semua temujanji pada 3 Mac (esok) di premis tersebut.

Speaker DUN, V. Sivakumar memanggil sidang tergempar pagi esok bagi membincangkan dua notis yang dikemukakan dua orang ADUN.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dijangka mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.

BERITA TERDAHULU

Sidang tergempar esok diadakan seperti dirancang?

[DIKEMAS KINI] IPOH: Krisis politik di Perak, yang berlarutan lebih sebulan, masih berada dalam keadaan tidak menentu hari ini sementara banyak pihak terus memerhatikan perkembangan menjelang esok - sidang tergempar yang dipanggil oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar.

Pagi tadi, Exco Kerajaan Negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid mengemukakan notis mahu merujuk Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan salah laku dan tidak menghormati Sultan Perak.

Sebentar tadi, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pihaknya masih boleh mengadakan persidangan di kedai kopi ataupun kantin Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pintu masuk ke dewan ditutup.

Setiausaha DUN pula memberitahu, beliau akan memutuskan petang ini tentang tindakan yang akan diambil berhubung sidang tergempar yang dipanggil oleh Speaker.


URUTAN DETIK KRISIS POLITIK DI PERAK

BERITA TERDAHULU

BN mahu Speaker DUN Perak dirujuk Jawatankuasa Hak

[DIKEMAS KINI] IPOH: Exco Kerajaan Negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid mengemukakan notis mahu merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar (gambar) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan tidak menghormati Sultan Perak.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Sivakumar, A. Basu di pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Tindakan itu diambil sehari sebelum sidang tergempar DUN dijadualkan berlangsung esok.

Zahir berkata, notis itu juga berkaitan dengan tindakan Speaker termasuk keputusan menggantung dan melarang Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN.

"Kita anggap ini tidak mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan ini melanggar dan ingkar titah Sultan Perak.

"Kita sebagai ADUN termasuk Speaker sedia maklum mesti menyatakan taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan notis itu di sini.

Zahir berkata, mengikut Artikel 47 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang merupakan perlembagaan serta undang-undang tertinggi di Perak, semua anggota DUN mengangkat sumpah antara lain untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak dan bersumpah dengan sesungguhnya akan taat setia kepada Sultan Perak.

Pada 18 Februari lalu, Zambry digantung oleh Speaker serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco kerajaan negeri digantung selama 12 bulan.

Minggu lalu pula Sivakumar memanggil untuk diadakan sidang tergempar DUN, yang dijadualkan esok.

No comments

Powered by Blogger.