33 Resolusi dari Seminar Agenda Melayu ke-5

RESOLUSI


1.

Melayu perlu mengutamakan dasar pendidikan bagi menangani pelbagai masalah sosial seperti pengangguran, masalah penagihan dadah dan sebagainya.
2.

Melayu wajar memberi sokongan padu kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan jangan menghentam GLC kerana syarikat-syarikat ini adalah antara harapan bagi meningkatkan status ekonomi Melayu.
3.

Usaha meningkatkan pegangan saham Melayu dalam perniagaan perlu diteruskan. Peluang pekerjaan kepada Melayu perlu ditambah. Jawatan di peringkat eksekutif perlu mencapai minimum 30 peratus dalam semua syarikat Melayu dan bukan Melayu..
4.

Pengagihan kekayaan negara kepada kaum Melayu perlu diambil kira dan diutamakan.
5.

GLC mesti mengutamakan syarikat Melayu dalam pengagihan projek ekonomi dan sektor pekerjaan.
6.

Dalam bidang pendidikan, Melayu perlu mengutamakan ketahanan diri.
7.

Melayu perlu mencari ukuran lain dalam mengira pegangan ekonomi 30 peratus termasuk pekerjaan dan pemilikan aset.
8.

Dalam suasana kegawaan ekonomi sekarang yang amat dashyat, GLC perlu membeli saham dan mengambil alih syarikat yang berdaya maju.
9.

Melayu perlu menyesuaikan diri dengan pantas dalam situasi kegawatan ekonomi.
10.

Kerajaan perlu memberi tumpuan membantu memulihkan perniagaan pengusaha Melayu di bidang industri kecil dan sederhana (IKS) kerana ramai di kalangan mereka sedang menghadapai masalah.
11.

Pakej ekonomi RM60 bilion perlu dijelaskan kepada rakyat. Dasar dan program kerajaan perlu diterangkan dengan lebih jelas kepada rakyat luar bandar.
12.

Graduan Melayu yang menganggur perlu menyertai turut serta dalam program pemulihan ekonomi Malaysia dan mereka tidak sepatutnya memilih kerja.
13.

Melayu perlu ada kemahuan, pengetahuan, semangat, disiplin, kepakaran dan inovatif untuk mencapai kejayaan. Perubahan perlu datang dalam diri sendiri sebelum mengubah keadaan sekeliling.
14.

Melayu perlu cekap dan bijak untuk merebut apa saja peluang perniagaan dalam situasi krisis ekonomi masakini.
15.

Untuk menjadi kaya Melayu perlu tahu kehendak mereka. Jangan mudah menyerah kalah.
16.

Melayu perlu membentuk sikap dinamik untuk menjadi kaya.
17.

Melayu jangan terlalu berharap bantuan kerajaan. Kikis mentaliti subsidi. Gunakan apa saja aset yang ada.
18.

Melayu perlu membuat perancangan kewangan dengan bijak dan disusun dari peringkat awal.
19.

Bagi setiap kepincangan ekonomi yang berlaku, terdapat beberapa peluang yang boleh direbut.
20.

Melayu perlu memiliki kepakaran dan kemahiran.
21.

Melayu perlu berfikiran terbuka dalam bidang perniagaan. Mereka perlu terokai bidang perniagaan unik, kreatif dan luar biasa.
22.

Melayu perlu memahami susur galur kewanegaran rakyat mengikut keutamaan berdasarkan artikel 153.
23.

Melayu tidak perlu mengamalkan perkauman tetapi mempunyai kesedaran mengenai setiap kaum.
24.

Melayu perlu jelaskan kepada anak-anak dan generasi muda mengenai kedaulatan Raja2 Melayu dan hak-hak kaum Melayu melalui sistem pendidikan di sekolah dan juga pendidikan di ruamh.
25.

Melayu perlu ertahankan Artikel 153 dn menyokong ISA.
26.

Penguatkuasaan tegas Akta Penerbitan dan Mesin Cetak serta Multimedia terhadap penerbitan dan penyiaran tanpa KDN yang disebarkan termasuk menerusi internet.
27.

Kerajaan perlu memperkasa pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Mewajibkan pengajaran sejarah Malaysia di semua sekolah dan universiti serta melaksanakan sepenuhnya konsep sekolah wawasan.
28.

Memurnikan dan mengiktiraf institusi mufti sebagai sumber rujukan dan panduan umat, menghalang penyalahgunaan perkataan ulama / ustaz / guru / tok guru, melantik mufti Negara, menggalakkan dialog antara agama dengan menubuhkan jabatan perbandingan agama di UKM, USM, UIAM dan UM.
29.

Menjadikan MARA sebagai bank mikro kredit dengan syarat pinjaman lebih fleksible dan mesra pelanggan.
30.

Barisan Nasional dan Umno perlu rangka strategi memerangi pembangkang menerusi kempen siber.
31.

Mewujudkan system profil bagi pengumpulan data rakyat Malaysia khususnya generasi Y yang lahir tahun 1985 dan ke atas utuk menyusun strategi menghadapi PRU 13.
32.

Kumpulan generai Y mempunyai sikap memberontak sekiranya aspirasi mereka tidak dipenuhi. Oleh itu seandainya mereka disisihkan kesan buruk adalah pasti.
33.

UMNO dan Barisan Nasional perlu membekalkan tentera siber dalam menghadapi serangan kumpulan siber pembangkang yang sudah bergerak sejak 2003 dan mempunyai kekuatan besar.


-tamat-

No comments

Powered by Blogger.