adakah anda terangsang?


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak membentangkan Pakej Rangsangan ekonomi kedua bernilai RM60 bilion bagi mengharungi kesan krisis ekonomi sejagat dengan mengajak "kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat."


Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri meminta barisan pembangkang yang kini menguasai lebih 80 kerusi di Dewan Rakyat mengetepikan kemelut politik.


"Kita sudah mula kedengaran suara rakyat yang mahu kerajaan dan pembangkang untuk mengutamakan usaha memulihkan semula ekonomi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi global dan mengetepikan kemelut politik.


"Saya sendiri menerima saranan ini dengan hati yang terbuka," kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) di Dewan Rakyat petang tadi.


Timbalan Perdana Menteri berkata "kita perlu peka kepada saranan rakyat yang semakin lantang dan kerap diutarakan supaya kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat."


"Saya menyeru semua pihak termasuk rakan-rakan sama ada di sebelah sini dan di sebelah sana serta setiap lapisan masyarakat agar berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh serta mapan," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.


Ketika membentangkan pakej rangsangan itu, yang kedua seumpamanya dalam tempoh lima bulan, Najib berkata, pakej untuk tempoh dua tahun itu mengandungi empat teras iaitu:


- mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan


- meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas


- membantu sektor swasta menghadapi krisis dan


- membina keupayaan masa depan


Sehubungan itu, beliau menambah, kerajaan beriltizam untuk melakukan segala yang termampu untuk mengukuhkan keyakinan rakyat dan meringankan keperitan yang dirasai terutamanya kepada mereka yang mudah terjejas.


Najib menambah, pada sidang khas mengenai Gaza di Parlimen Januari lalu, kedua-dua kerajaan dan pembangkang telah bersatu suara dan berpadu hasrat untuk bersama berusaha mencadangkan formula damai dan membantu atas nama kemanusiaan.


"Ya benar, kita di negara ini, kini sedang berbeza pendapat tentang politik di sana sini.


"Namun, besar harapan semua, bila berdepan dengan ribut ekonomi yang melanda, kita akan sentiasa sepakat sekata, sederap usaha, memikir melaksana apa yang terbaik untuk rakyat jelata," katanya. - mstar

baru sekarang nak minta berdamai...apabila najib tersepit, barulah tahu akan kesusahannya!

No comments

Powered by Blogger.