adakah najib akan berani mencuci najisnya sendiri?

Undang-undang Malaysia tidak dilahirkan di Makkah atau Madinah. Asal-usul undang-undang Malaysia ialah di tanah British. Times Online juga diterbitkan di situ. Dalam keluarannya 22 Mac lalu, akhbar itu membikin cerita tentang bakal Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita tidak suka orang membikin cerita tentang bakal Perdana Menteri negara kita. Perdana Menteri negara kita tidak boleh dilihat sebagai pembawa aib yang memalukan negara kita.

Mungkin bakal Perdana Menteri Malaysia tidaklah seburuk dan sebusuk yang digambarkan oleh Times Online. Sebab itu kita yakin beliau akan mengambil tindakan ke atas akhbar itu. Kita yakin beliau akan mengambil tindakan itu kerana lebih mudah mengambil tindakan undang-undang di tanah British yang menjadi tempat mengajar dan melatih para peguam di negara ini kerana persamaan sistem perundangannya.

Kita juga yakin bakal Perdana Menteri Malaysia sanggup berbuat apa sahaja untuk membunuh gambaran jijik dan keji akhbar itu ke atasnya. Malah, jika terpaksa mengambil Queen's Counsel pun, kita yakin beliau sanggup berbuat demikian untuk membersihkan dirinya dari jijik dan keji yang dijaja oleh akhbar itu ke seluruh dunia.

Kita berharap bakal Perdana Menteri Malaysia segera mendapatkan khidmat nasihat para peguam yang dilaporkan sebagai handalan seperti Datuk Muhammad Shafee Abdullah. Kita yakin dan percaya, bakal Perdana Menteri Malaysia tidak mahu dirinya dilihat jijik dan keji seperti yang digambarkan Times Online.

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/03/tak-mungkin-najib-mahu-dilihat-jijik.html

No comments

Powered by Blogger.