Ahmad Said - Ketua Pesuruhjaya SPRM Atau Ketua Pesuruh UMNO-BN?



Sudah 3 bulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan. Tindak tanduk SPRM bagi menyelesaikan kes-kes rasuah kelihatan sangat mengecewakan, ya
SANGAT MENGECEWAKAN!


"Saya cabar SPRM. Di mana dia isu 18 kes rasuah serta laporan BPR terhadap Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar yang perlu diberi 'priority' apabila BPR ditingkatkan menjadi SPRM?"

Demikian ditegaskan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sebagaimana dipetik oleh Harakahdaily sebagai respons terhadap kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan yang menyifatkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar tidak kebal daripada tindakan undang-undang seolah-olah beliau tidak boleh mendengar kes-kes yang melibatkan pembangkang.

Pada 25 Februari lalu, SPRM merekodkan keterangan Sivakumar berhubung tindakannya menggantung Zambry dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN. Ahmad Said menyatakan berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima, pihaknya percaya Speaker DUN Perak itu perlu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Saya bersetuju dengan kenyataan Salahuddin itu, SPRM yang diharap bergerak dalam landasan yang berbeza dari BPR, nampaknya tidak memenuhi harapan rakyat. Bukan kita inginkan SPRM mendiamkan kes salahlaku pemimpin PR jika ada, tetapi bertindaklah secara seimbang. Janganlah kesilapan pemimpin PR saja yang nampak, tetapi kesilapan pemimpin BN (kecuali pemimpin bawahan), mereka pura-pura pejam mata. Seperti kata Salahuddin di mana hilangnya kes rasuah 18 Menteri Besar dan Ketua Menteri BN disembunyikan SPRM? SPRM sepatutnya menjadi Suruhanjaya yang benar-benar berkecuali dan bukannya Suruhannjaya yang hanya seperti hidung dicucuk tali. SPRM jangan menyamakan dirinya seperti lembu, tetapi jadilah seperti hakim yang sentiasa adil dan bijaksana.

Ahmad Said pula perlu menyedari jawatannya ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, dan bukannya Ketua Pesuruh UMNO-BN!

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments

Powered by Blogger.