alasan bodoh orang kanan hamid botak!

Chor nafi gantung permit akhbar pembangkang agenda BN

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung, hari ini menafikan tindakan menggantung permit dua akhbar pembangkang sebagai agenda Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi tiga pilihan raya kecil bulan depan dan pemilihan Umno Khamis ini.

Sambil menegaskan ia tiada kena-mengena dengan BN, Chor berkata, ia adalah tindakan normal yang diambil selepas kedua-dua penerbitan itu didapati terus melanggar syarat dan garis panduan walaupun banyak peringatan sudah diberikan.

"Tiada apa-apa. Kenapa anda memanggilnya tindakan yang keras...Tiada yang pelik. Kita sentiasa memberi amaran kepada surat khabar atau pemimpin parti politik (yang menerbitkan akhbar) tanpa mengira sama ada mereka ini pemimpin politik BN atau lain-lain (parti pembangkang).

"Mereka yang mempunyai lesen untuk menerbit berita atau aktiviti parti ini sudah mematuhi segala syarat cuma didapati Harakah dan Suara Keadilan sudah diberikan banyak peringatan tetapi masih tidak memenuhi apa yang terikat dengan lesen," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.

Semalam Kementerian Dalam Negeri menggantung permit dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta kerana didapati melakukan kesalahan berdasarkan aliran pemberitaan yang jelas melanggar garis panduan kementerian dan syarat permit. - Bernama

oit coh...utusan tak langgar etika ke?
berita harian tak langgar etika ke?
jangan jadi bodoh dan buat rakyat bodoh!

No comments

Powered by Blogger.