Azizan nafi kewangan Kedah tenat
ALOR SETAR 15 Mac - Kerajaan Kedah menafikan kedudukan kewangannya kini tenat dengan kononnya tinggal RM200 juta lagi untuk digunakan dalam urusan tadbir negeri.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, wang sejumlah RM200 juta itu sebenarnya merupakan simpanan tetap kerajaan negeri sejak dulu lagi.
Katanya, seperti negeri lain, Kedah turut mempunyai wang simpanannya sendiri yang akan dicairkan apabila menghadapi kecemasan.
''RM200 juta ini merupakan wang simpanan kerajaan negeri sejak dulu lagi. Ia tidak pernah diganggu sejak kami memerintah Kedah setahun lalu,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya kedudukan kewangan Kedah yang dikatakan tinggal RM200 juta sahaja pada masa ini.
Beliau berkata, Kedah memperoleh sumber kewangan termasuk menerusi hasil cukai dan peruntukan Kerajaan Pusat dengan mengimbanginya secara berhemah antara pengurusan kewangan serta perbelanjaan.

No comments
Post a Comment