ISU TADIKA KEMAS : Siapa yang tak faham bahasa Melayu nie..??
"Tapak bukan hak kerajaan negeri"

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bangunan tersebut dimiliki penduduk taman berkenaan walaupun dahulu ia bangunan kerajaan, tetapi tidak sekarang.
“Apa yang perlu dilakukan ialah berbincang dengan tuan tanah terbabit bukan menuding jari kepada pihak kerajaan negeri,” katanya.
Menurut Azizan, beliau difahamkan tabika terbabit sudah menerima notis tiga kali bagi mengosongkan bangunan berkenaan, tetapi tidak diendahkan.
“Ia terpulang kepada tuan tanah untuk melakukan apa-apa pun dan jika mereka menemui saya, mungkin beberapa penyelesaian dapat diwujudkan namun tiada pertemuan berlaku.
“Mereka tidak datang berjumpa dan saya masih tidak tahu terperinci perkara berkenaan dan jika ingin pertolongan kita akan tolong.
“Jika ia hak milik kerajaan negeri kita tidak akan menghalau mereka,” kata beliau ketika ditemui di Istana Anak Bukit, di sini, semalam.
Azizan berkata, mereka tidak berjumpa dengannya, malah hanya menghubungi pihak berkenaan di peringkat pusat.
Katanya, perkara itu sudah lama dan hanya diungkit berikutan pilihanraya kecil di Bukit Selambau.
Azizan diminta mengulas laporan Sinar Harian mengenai sebuah Tabika Kemas diarah dikosongkan baru-baru ini bagi memberi laluan pembesaran surau di taman berkenaan semalam.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tabika itu sudah beroperasi lebih 13 tahun di sini dan wujud persetujuan bahawa kesemua Tabika Kemas tidak perlu berubah tempat setelah berlakunya peralihan kuasa.
Malangnya kata beliau, tingkat bawah surau yang dijadikan kelas Tabika telah diubahsuai untuk dijadikan surau.
Beliau yang juga Setiausaha, Badan Perhubungan UMNO negeri kesal dengan kerajaan negeri kerana tidak mengotakan janji dengan membenarkan premis Tabika itu diubahsuai untuk kegunaan surau.
“Saya harap Menteri Besar ambil tindakan segera berhubung masalah ini, kerana tindakan ini seolah-olah menidakkan hak (tempat) yang dikhaskan untuk anak-anak ini belajar.
“Malah kesemua waris sepakat menurunkan tanda tangan membantah perpindahan kerana mereka menetap di kawasan ini,” katanya ketika meninjau keadaan murid-murid Tabika Kemas TRM yang diarahkan keluar dari bangunan itu.
Dalam pada itu, Pengarah Kemas Kedah, Mohd Adnan Md Daud berkata, Kabinet sendiri telah mengarahkan premis Tabika Kemas tidak boleh dipindahkan biarpun kerajaan negeri bertukar tangan.
“Terdapat 155 Tabika Kemas yang beroperasi di surau atau masjid, di Alor Setar sahaja, ada 15 buah dan 1/5 di kawasan Taman Rakyat. Bagaimanapun, masalah seumpama ini tidak timbul di kawasan lain,” katanya





(1).png)

No comments
Post a Comment