Jangan cepat berpuas hati dengan ilmu yang ada
Penuntut tidak sepatutnya cepat berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki sebaliknya perlu berusaha menambah pengetahuan dalam usaha mempersiapkan diri menghadapi hari mendatang, kata Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata ilmu yang dituntut perlu ada kesinambungan sebagai persediaan memandangkan penuntut pada hari ini adalah aset utama dalam mempertahankan keharmonian dan keamanan yang dikecapi sejak lima dekad kemerdekaan negara.
“Imam Al-Ghazali ada menyebut bahawa seseorang itu dianggap mati kecuali ia berilmu, dan jika ia berilmu masih dianggap tidur, jika tidak beramal,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Ijazah Berkembar Jepun (JAD) - Unisel kali kedua di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan diploma kepada 86 penuntut lulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (JAD-Unisel). Kesemua penuntut berkenaan akan melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah di 15 universiti terpilih di Jepun bulan depan.
Penuntut yang akan melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit itu boleh mengambil contoh budaya belajar di kalangan orang Jepun yang sentiasa membaca walau di mana mereka berada. - Bernama
NC ada faedah ke? kahkahkah

No comments
Post a Comment