Kanak-kanak diheret bantah PPSMI?


HASSAN (dua dari kanan) memperkatakan sesuatu kepada seorang pegawai polis sambil diperhatikan oleh A. Samad (tengah) sebelum perarakan membantah PPSMI di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Warga emas, kanak-kanak dan pelajar antara golongan yang ‘diperalatkan’ menyertai perarakan bantahan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sini semalam.

Golongan itu antara ribuan orang ramai yang berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan PPSMI.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati peserta yang terlibat diminta memakai baju T putih bertulis ‘Mansuhkan PPSMI’ dan ada antara warga emas yang terpaksa bersusah payah memanjat pembahagi jalan di tengah panas terik.

Ramai juga yang memakai kopiah.

Terdapat juga golongan ibu bapa yang mendukung dan membawa anak-anak kecil untuk sama-sama berarak walaupun mereka telah diberi amaran jangan hadir oleh polis beberapa hari sebelum perarakan bermula.

Lebih 5,000 penyokong gerakan itu berkumpul di pekarangan Masjid Negara kira-kira pukul 1 tengah hari sebelum berarak ke arah Istana Negara melalui Jalan Kinabalu dan Lebuh Raya Mahameru selepas solat Zuhur.

Gerakan membantah PPSMI itu turut dihadiri oleh tokoh seperti Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Hassan Ahmad.


BUKAN DISERET.. TAPI MEREKA DAH SEDAR PEMIMPIN NEGARA SENDIRI YANG MEMATIKAN BAHASA MALAYSIA...MANA UMNO SEMALAM? DOK PELUK BINI KAT RUMAH KE?

1 comment

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

AKU TAK NAMPAK PEMUDA UMNO, PEKIDA DAN PROWARIS BANTAH PPSMI. AGAKNYA MEREKA KECUT DENGAN BOM ASAP GAS PEMEDIH MATA..

SYABAS KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BERSATU MEMBANTAH PPSMI.

Powered by Blogger.