kemenangan perasuah disambut dengan perkataan hina oleh perwakilan!

KIRA-KIRA 50 anggota polis terpaksa mengawal pintu utama Dewan Tun Hussein Onn 2, berikutan kekecohan selepas keputusan barisan kepemimpinan baru Pemuda Umno diumumkan, malam tadi.

Keadaan di sekitar dewan perhimpunan yang tegang dengan jeritan dan sorakan penyokong calon bertanding, semakin hangat apabila Khairy Jamaluddin diumumkan sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru, kira-kira jam 11.20 malam tadi.

Ketika Khairy menyampaikan ucapan sulungnya, suasana di luar dewan kecoh apabila ada beberapa kumpulan penyokong calon yang bertanding membuat bising meluahkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya mengawal keadaan apabila bertindak menyuraikan kumpulan berkenaan dan menjelang jam 12.30 malam, mereka mula beransur-ansur meninggalkan kawasan dewan.

Sebaik majlis di dewan selesai, polis meluaskan kawalan dan membuka laluan alternatif ke Hotel Seri Pacific bagi membolehkan perwakilan keluar dari dewan. Jurugambar dan wartawan yang berada di luar kawasan kawalan juga tidak dibenarkan melepasi kawasan berkenaan.


orang tak suka hang perasuah!

No comments

Powered by Blogger.