kenapa ustaz, ulama, ahli agama tidak bersama umno?

Perhimpunan agung Umno hari ini diberitahu bahawa majoriti ulama, ustaz dan guru agama tidak bersama Umno dalam pilihanraya umum tahun lalu.

"Apa silapnya?" soal perwakilan dari Perak, Datuk Khusairi Abdul Hamid

Menurutnya, dahulu golongan ini yang amat berpengaruh, tidak memihak kepada Umno.

"Jika keadaan ini berterusan, kita bimbang pengaruh Umno semakin mengecil," katanya ketika membahas ucapan dasar presiden Umno.

"Kita biarkan sekolah pondok diuruskan oleh ibubapa tanpa bantuan kerajaan," katanya sambil menambah kerajaan hanya memberi lesen untuk menguruskan sekolah tersebut.

"Tentulah tidak hairan mengapa mereka menyokong parti PAS... kerana mereka ini dilahirkan oleh PAS," tambahnya.

Sehubungan itu, boleh menyarankan supaya kerajaan menubuhkan pusat tahfiz al-Quran bertaraf profesional yang dimiliki sepenunhnya oleh Umno.

Buka sekolah tahfiz

"Apa salah kalau MARA buat, apa salahnya setiap negeri buat sekolah tahfiz yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri," tambahnya.

Mengenai politik di Perak, Khusairi berkata ia telah melahirkan seorang penderhaka yang "menyembah derhaka dan mengadakan sidang (DUN) di bawah pokok".

Merujuk kepada Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, beliau berkata, penderhaka tersebut tidak akur kepada keputusan Sultan Perak melantik Datuk Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar baru.

"Ayuh kita ganyang penderhaka ini, biarkan dia kalah di Bukit Gantang," tambahnya.

Mohd Nizar telah dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang 7 April depan.,

Khusairi mendakwa Mohd Nizam adalah menteri besar kepada rejim DAP di Perak.

Beliau juga turut mengulas tentang reformasi yang diperlukan oleh Umno.

Reformasi milik Umno

Menurutnya, Umno bersedia untuk reformasi sambil menambah bahawa reformasi bukan milik Datuk Seri Anwar anwar Ibrahim atau PKR.

Sebaliknya, kata beliau, ia milik Umno yang telah menjalankan reformasi sejak 50 tahun negara mencapai merdeka bagi mewujudkan suasana stabil dan aman dalam negara.

Beliau juga turut menyentuh tentang masalah tanah di Perak yang menurutnya tidak selesai walaupun 12 pilihanraya umum bersilih ganti

"Masalah itu bukanlah disebabkan oleh Umno tetapi birokrasi di jabatan tertentu," tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya pegawai kerajaan menjalanil kursus supaya menjiwa Umno.

"Bukan orang Umno sahaja yang perlu diberi kursus," tegasnya.


jawapanya sebab umno tolak agama islam!

No comments

Powered by Blogger.