Mana Yang Lebih Berkuasa

"Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Manusia

Undang-undang manusia merupakan peraturan yang dicipta sekumpulan manusia yang memegang kuasa politik tertinggi dan padanya terletak kedaulatan dunia. Peraturan, undang-undang dan garis panduan ini boleh dipertikaikan kerana boleh diubah mengikut kehendak majoriti atau pertukaran pemerintah malah jika tidak kena dengan tekak sebilangan manusia.

Manakala syariah bersumberkan Al-Quran dan Sunnah yang bersifat tetap, diakui benar, adil dan saksama bukan sahaja penganut Muslim malah mereka yang menentang Islam juga.

Pelaksanaan syariah atau hukuman tuhan ini tidak terbatas pada sempadan-sempadan atau wilayah tertentu malah ia bersesuaian di serata tempat. Ajaibnya hukum Wajib, Sunat, Harus, Makhruh dan Haram daripada Allah S.W.T terletak dibawahnya kepatuhan manusia di setiap tempat dan masa.

Hukuman ciptaan segolongan manusia pemegang tampuk kuasa politik memberi pengecualian kepada Raja, pemerintahan atau individu tertentu. Ini memberi persepsi keadilan dan jenayah itu adalah untuk golongan bawahan dan tidak terdaya. Cantiknya hukuman Syariah adalah keadilan dan kesaksamaan hukuman untuk semua pihak, individu, kumpulan dan ketua Negara malahan Rasulullah s.a.w juga tidak terkecuali untuk patuh akan peraturan ini.

Syariah Islamiyah ini mempunyai konsep hukuman demi masa depan. Ini membawa maksud konsep “dosa” dan “pahala” yang akan diadili di Hari Akhirat kelak. Konsep praktikal ini tidak terdapat dalam undang-undang ciptaan manusia.

Syariah Islam berlandaskan kedaulatan pada yang hak yakni hanya pada Allah S.W.T manakala undang-undang ciptaan manusia menumpukan kepada Negara, raja dan rakyat sahaja.

Betapa cantik dan praktikalnya hukuman Syariah ini. Membawa manusia memperingati dunia selepas kehidupan ini. Malahan ini juga memberi ujian pada manusia untuk melihat sejauh mana kepatuhan manusia pada Allah S.W.T.

Baik, sampai di sini sahaja dulu. Nanti saya akan sambung di mana hukuman syariah boleh kita pinda dibawah beberapa syarat. Hah. hukuman Allah boleh dipinda?? Nantikan yer.

Jangan lupa letakkan komen-komen yang bernas untuk posting ini dan mendaftar untuk ddapatkan e-book yang menarik!

Sir Ilzam,
http://sirilzam.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.