najib akan buang kem pak lah dalam kabinet!




Najib ada idea rombakan Kabinet

KUALA LUMPUR 24 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan pengalaman luasnya dalam politik dan pentadbiran bagi memilih barisan Kabinet baru yang mantap apabila menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam kelak.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, beliau percaya Najib mempunyai idea dan matlamat tersendiri dalam melakukan rombakan Kabinet bagi memulihkan keyakinan rakyat.

Beliau berkata, Najib sudah tentu akan melihat segala aspek pembangunan ekonomi, luar bandar, modal insan, agama dan sukan secara menyeluruh sebelum melakukan rombakan.

"Saya percaya Datuk Seri Najib akan membuat keputusan yang sangat baik kepada negara apabila melakukan rombakan Kabinet sejurus mengambil alih kepimpinan negara nanti," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Parlimen semalam.

Beliau diminta mengulas rombakan Kabinet yang bakal menjadi agenda pertama Najib sebaik sahaja proses peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada beliau selesai tidak lama lagi.

Dalam rancangan Dialog@1 anjuran RTM malam kelmarin, Najib berkata, perkara pertama yang dilaksanakan selepas beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara ialah menyusun Kabinet dengan komposisi yang bakal disenangi oleh rakyat.


mungkin najib dah lama berdendam! kahkahkahkahkah......

No comments

Powered by Blogger.