najib: belum jadi PM dah mula ugut!

Datuk Seri Najib Razak bakal menawarkan reformasi termasuk membanteras rasuah melalui rombakan kabinetnya yang akan diumumkan selepas pilihanraya kecil 7 April ini.

Beliau akan menyampaikan ucapan kebangsaan selepas dilantik sebagai perdana menteri tidak lama selepas disahkan sebagai presiden Umno dalam perhimpunan agung parti minggu ini.

Dalam ucapan itu, Najib dijangka akan menggariskan agenda-agenda reformasi khususnya pencegahan rasuah dan perpaduan bangsa, kata setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dala taklimat media di Putrajaya hari ini.

Beliau menasihatkan media, khususnya berbahasa Cina, agar tidak melaporkan isu-isu sensitif yang dibangkitkan para perwakilan Umno, sebaliknya mengetengahkan ucapan pemimpin atasan parti.

No comments

Powered by Blogger.