najib: belum jadi pm lagi ramai dah tak percaya!

Angka RM60 bilion bukan rekaan: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata jumlah RM60 bilion untuk pakej rangsangan ekonomi kedua bukanlah satu angka yang direka-reka kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata RM60 bilion itu adalah jumlah yang akan menjadi kenyataan dan satu realiti kerana daripada jumlah itu, sebanyak RM15 bilion ialah peruntukan kerajaan, iaitu RM10 bilion untuk tahun ini dan RM5 bilion tahun depan.

"Sebanyak RM25 bilion ialah suntikan dalam bentuk tambahan pinjaman kredit yang tak mungkin jadi kenyataan tanpa pakej rangsangan kedua ini.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi RM60 bilion ialah jumlah sebenar yang menjadi suntikan kepada ekonomi negara," katanya semasa menggulung perbahasanRang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 (Pakej Rangsangan Kedua) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) sama ada transparensi dana kauntabiliti diamalkan dalam melaksanakan pakej rangsangan itu, Najib berkata beliau tidak menolak cadangan baik yang dikemukakan itu. - Bernama

KAHKAHKAHKAH...BELUM JADI PM LAGI, RAMAI DAH TAK CAYA KAT NAJIB KAHKAHKAHKAH




No comments

Powered by Blogger.