NUJ Utusan batal piket di sidang Umno

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu (M) Bhd membatalkan piket berhubung isu perjanjian bersama (CA) di persidangan Umno setelah gagal mendapat permit polis hari ini.

Pengerusi kesatuan Amran Ahmad memberitahu Malaysiakini, polis memaklumkan keputusan tidak memberikan permit berpiket kepadanya tengahari ini.

"Saya terkejut, kali ini cepat pula dapat jawapan (daripada polis). Selalunya polis beri jawapan agak lambat," katanya.

Ditanya tindakan selanjutnya, beliau menambah, NUJ Utusan akan memikirkan cara-cara lain untuk mengatasi kebuntuan rundingan CA dengan majikannya.

Permohonan permit itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi jam 11 pagi semalam selepas mendapat sokongan majoriti barisan exco kesatuan tersebut.

NUJ Utusan merancang piket setelah gagal mendapat maklum balas barisan pemimpin tertinggi Umno termasuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Ia menyifatkan tindakan tersebut "medan komunikasi berkesan" untuk menyuarakan masalah mereka.

Amran berkata kira-kira 20 pucuk surat dikirim sejak awal tahun ini kepada menteri-menteri Umno tetapi tidak mendapat sebarang reaksi mereka.

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar keluaran Utusan Melayu (M) Berhad, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.


kahkahkah...umno tarak tolong punya..kahkahkahkahkah.....baru kamu rasa macam mana.kahkahkahkaha....nak duit.nak duit....tolong umno! kahkahkahkah

1 comment

Anonymous said...

Nak buat perhimpunan haram, takut kena batang hidung sendiri pulak. Pasal selalu dok hentam perhimpunan haram. Mesti serba salah. Hehehe

Powered by Blogger.