panglima perang cyber konon!

Aku tumpang simpati pada wak radenbanjar, pengendali albanjari online. Wak ambil langkah terpuji lancarkan rayuan sumbangan untuk dana bloggersNetwork@P.59. Ketumbukan bloggers pimpinan primamaya MSK dah 7 minggu berkampung kat Ipoh. Kecil atau besar peranan team ini, aku tak tau nak hukumkan.

Yang aku nampak, mereka ini pejuang. Ke hulu ke hilir menyempurnakan tugasan yang diamanahkan oleh Pakatan Rakyat dan tugasan yang dirancang oleh bloggers sendiri. Team ini mengumpul maklumat, mengolah maklumat, menyalurkan maklumat dan mendokumenkannya untuk kegunaan pada bila-bila masa yang diperlukan.

Masing-masing datang dengan kerelaan sendiri. Tak ada upah yang dijanjikan. Tidak disediakan apa-apa peralatan atau kelengkapan. Tak ada tilam bantal dan katil. Tak ada elaun. Tapi alhamdulillah, setakat ini belum lagi kebuluran. Makan minum tetap ada. Kadang-kadang tak tau siapa yang bagi. Ada juga yang menghulurkan RM sekali sekala. Terima kasih daun keladi.

Di peringkat awal melaksanakan tanggungjawab ini, khabarnya ada rakan yang bagi pinjam sedikit wang untuk kos petrol perjalanan team rakaman video yang setiap hari menyertai road show MB ke merata ceruk negeri Perak. Hutang itu dah dibayar balik. Selesai.

Tabik spring untuk MSK, sya & topeng perak yang tetap turun ke gelanggang walau di mana saja dan tak kira ada fulus atau tak ada. Ketika nak turun ke Pulau Pangkor, aku diberitahu team ini hanya ada rm100. Itulah duit petrol. Itulah tambang feri. Itulah juga duit makan sepanjang hari bermula dari subuh sampai tengah malam. Bukan seorang tapi tiga!

Tu belum kira keperluan peralatan. Modem untuk broadband, video camera, memory card, pc yang power lebih sikit untuk video editing, server untuk online tv, macam-macam sofware, buku-buku rujukan dan macam-macam lagi.

Nak minta duit kat DAP, PKR atau PAS, malu pulak! Masing-masing dah lalui pengalaman buat kerja untuk parti tanpa upah dan tak mintak duit pun untuk modal kerja. Kalau perlukan peralatan, angkut sendiri punya atau pinjam kat kawan-kawan. Tapi kali ini lain sikit keadaannya. Kos makan minum, perjalanan dan peralatan-peralatan khas untuk tugasan yang besar, banyak dan perlu disegerakan, bukannya kecil. Namun setakat ini digagahkanlah juga sedaya yang mungkin. Barangkali dek kerana simpati dan rasa tanggungjawab agar bloggers team ini dapat terus berperanan maka wak radenbanjar lancarkan dana bloggers itu. Syabas wak!

Sebaik saja wak melancarkan dana itu, muncullah blogger upahan UMNO si panglima perang cyber memberi komen ini;

Blogger Panglima Perang Cyber said...

Tak ada duit lepas Nizar jatuh ke ?

Moga dimurahkan rezeki.

Cuma kalau buat kerja tak baik seperti cerita keburukan dan fitnah orang tentu jadi tak murah rezeki.

Sebab Pemberi Rezeki marah !!!!

Tandanya ? ramai orang marah !!!

Nak dakwah Islam jangan buat orang marah.

Kena pujuk dengan lembut.

Nabi diperingatkan agar jangan bersikap keras dengan orang kafir quraisy.

Apatah lagi dengan orang Islam...

pandangan 5 sen saya...

March 16, 2009 10:43 AM

Bagi aku, nilai komen si UMNO ni bukannya 5 sen macam yang dia sendiri mengaku tu. Sebenarnya, tak ada nilai langsung! Mereka keliru, hasad, sakit hati, tak faham, menafikan realiti, semberono dan sentiasa menganggap orang lain sama perangai macam mereka.

Keliru #1

Panglima perang cyber (PPC) menganggap orang PR termasuk bloggers ada banyak duit waktu PR berkuasa di Perak. Bila kuasa hilang maka duit pun hilang juga. Sebenarnya inilah aqidah politik UMNO. Ada kuasa - ada duit. Tak ada kuasa - tak ada duit. UMNO memang menggunakan kuasa untuk buat duit. Yang berebut-rebut jawatan dari cawangan sampai ke pusat tu, tak ada lain matlamatnya melainkan duitlah jua. Dek kerana budaya politik UMNO begitu, maka mereka menganggap orang parti lain pun sama.

Aku tahu kisah MSK. Waktu nak bentuk bloggersnetwork@perak hari tu, MSK sekadar ada kemahuan dan semangat. Duit habuk pun tarak. Kos konvensyen teh tarik kat kluang cafe tu ialah rm600. MSK bagi deposit rm300. Ketika program dah berjalan, baki dalam poket MSK hanya ada rm150. Kalau tak ada yang tolong top-up sebelum teh tarik habis dihirup, MSK mungkin kena cuci pinggan kat dapur kluang cafe selama dua minggu. Tapi, alhadulillah beberapa bloggers yang hadir bersalam dengan MSK dengan tangan berisi. Tiba-tiba Pak Karamu huloq rm600 untuk kos penuh teh tarik kluang cafe. Amin!

Sejak November hingga Januari, J-pemaya bermesyuarat dua minggu sekali di Ipoh. Pernah juga dua kali mesyuarat dalam seminggu kerana nak bereskan beberapa persediaan program untuk kerajaan. Bloggers bukan kakitangan kerajaan. Bukan juga dapat kontrak untuk buat program kerajaan. Senang cerita, tak dapat duit pun! Bloggers tampil atas rasa tanggungjawab untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang dah membuktikan penunaian misi dan visi rakyat. Antara keutamaan waktu itu ialah nak membantu 2 exco yang nampak macam mati pucuk menguruskan portfolio masing-masing iaitu Jamaludin dan Osman. PPC memang keliru!

Keliru #2

Bloggers UMNO sentiasa naik angin bila perangai buruk dan jenayah UMNO didedahkan oleh bloggers Pakatan Rakyat. Bagi mereka keburukan itu tak patut didedahkan. Pembongkaran itu dikatakan hanya fitnah. Semuanya fitnah.

Inilah masalahnya apabila kewarasan dikawal oleh emosi, ego dan nafsu. Bila dah begitu, hilanglah waras. Yang tinggal hanyalah emosi, ego dan nafsu keUMNOan selama-lamanya.

PPC marah pada tembakan dan ulasan bloggers Pakatan rakyat yang menggambarkan betapa buruknya UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Aik! tak perasan ke tulisan bloggers UMNO tentang Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya? Yahudi, boneka, babi, aljuburi, lahanat, celaka, beruk, monyet, pundek, gadai hak melayu, pengkhianat agama, penderhaka dan seribu satu macam lagi. Perkataan-perkataan ini adalah wirid dan zikir bloggers UMNO setiap hari.

Bloggers PR cerita keburukan UMNO - Tuhan marah!

Bloggers UMNO babikan dan yahudikan PR - Tuhan tak marah ke?

Alamak! apa standard punya kepala hotak macam ni?

Keliru #3

Basically aku sokong perbincangan tentang kaedah dan pendekatan dakwah. PPC pun concerned juga hal ini nampaknya. Nak berdakwah, kenalah pujuk dengan lembut. Jangan buat orang marah. Jangan bersikap keras. Nak dakwah kafir Quraish pun mesti lemah lembut, apatah lagi nak dakwah orang Islam. Demikian madah ustaz PPC. Ewahhhhhh!

Pujuk, lembut dan sikap tidak keras cara UMNO ialah dengan gunakan ISA, OSA, AUKU, Akta Polis dan Akta Hasutan. Sesekali gunakan FRU yang sopan santun lagi lemah gemalai. Ucapan pemimpin dan lain-lain jurucakap UMNO termasuk TV, radio dan akhbar memang tinggi budi bahasa dan tak pernah menyebabkan sesiapa pun marah. Ewahhhhhh!

Yang sebenornye, teman kesian bebenor pada bloggers upahan UMNO yang bergentayangan di langit Malaysia ni. Confused makam tinggi! Siang malam dia maki kita, tak apa. Sekali sekala kita balas dengan maki juga, tak boleh. Apa barang punya IQ?

Kalau nak tau, method dan approach dakwah Nabi ada pelbagai. Ada secara sembunyi, ada yang terang-terangan. Ada pujuk, ada warning. Ada puji, ada cerca. Ada ketikanya memaafkan, ada waktunya membalas serangan. Ada secara direct, ada pula secara indirect.

Ada ayat Al-Quran yang memerintahkan kelembutan cara dakwah macam yang PPC faham sikit-sikit tu. Tapi tolong pelajari ayat itu sampai habis. 'Ibrah daripada ayat itu datang secara 'mafhum mukhalafah'. Ayat itu bermaksud (terjemahannya), "Sekiranya kamu bersikap kasar dan keras hati, nescaya mereka (yang diseru itu) akan lari daripadamu". Tolong faham baik-baik. Allah tidak perintahkan secara direct tentang cara yang lembut dan tidak kasar itu. Ia memang diperintahkan, tetapi secara indirect. Ada beza antara yang direct dan yang indirect. Tapi ruang ini tak cukup untuk membincangkannya secara detail. PPC kena rajin sikit pegi mengaji.

Ada ayat Al-Quran yang memerintahkan supaya bersikap keras terhadap kafir dan munafiq. Ayat itu bermaksud (terjemahannya), "Perangilah orang kafir dan orang munafiq itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka ...".

Macam mana pulak ni? Satu ayat suruh lembut. Satu ayat lagi suruh keras. Kedua-duanya ayat Quran. Mustahil ayat Quran itu bercanggah antara satu dengan yang lain. Maknanya, lembut pun disuruh, keras pun disuruh. Lembut ada tempatnya. Keras ada tempatnya. Lembut bertempat. Keras bertempat.

Duhai PPC & the gang yang aku sayangi, please jangan dedahkan kebodohan diri sendiri. Kalau tak bercakap (menulis), orang belum tahu sama ada PPC & the gang reti ke tak reti. Bila bercakap (menulis), confirmed ... tak reti!

Apa-apa pun, kepada pembaca yang budiman, singgah-singgahlah di blog albanjari dan kliklah pautan ke maybank2u, dan hulurkanlah seberapa yang sudi. Kalau tak dapat nak sumbangkan sedikit, bagilah banyak-banyak! Iklan kat bawah ni, aku copy&paste dari blog albanjari.

No comments

Powered by Blogger.