PAS jangan jadi macam Umno
Pagi tadi seorang rakan yang tegar Umno nya menghubungi saya. Beliau memaklumkan saya bahawa proses pemilihan Umno telah berjaya menghapuskan semua kumpulan Pak Lah kecuali dua orang. Saya sememangnya tidak berminat pun untuk tahu berapa kumpulan yang ada dalam Umno dan siapa pula ketua-ketua kumpulannya, tetapi sekadar melayan kawan saya yang semua calon-calonnya tewas belaka semalam saya bertanya siapakh dua orang itu? Kata beliau KJ (Khairy Jamaluddin) dan Aziz Putra Umno.
Kalau benar katanya, bermakna gandingan Najib dan Muhyuddin akan memiliki laluan mudah untuk melangsungkan agenda mereka. Lalu saya bertanya lagi siapakah orang-orang Pak Lah yang kalah itu. Kata kawan saya semua 5 MB yang kalah itu bukankah MB-MB Pak Lah belaka, Ahmad Said (Terengganu), Mohd Hassan (NS), Isa Sabu (Perlis), Adnan Yaakob (Pahang), Ghani Othman (Johor). Ada pula yang dikecundangkan sebelum pun dapat berlawan seperti Ali Rustam. Shahrir Samad, juga kata beliau orang Pak Lah yang ditolak. roslan sms
Sememangnya suasana pemilihan Umno kali ini paling tegang dan panas. Sehinggakan pihak polis terpaksa dikerahkan untuk mengawal keadaan, dan seluruh dunia dapat melihat betapa anggota RELA pun terpaksa dinaikkan atas pentas untuk mengawal pimpinan Umno. Secara peribadi tidak pernah dalam hidup saya melihat keadaan sedemikian berlaku dalam pemilihan Umno.
Ada laporan mengatakan tukang-tukang kempen calon MT ada yang tolak-menolak dan terpaksa dileraikan. Ganas sekali mereka dalam mahu menjual dan memenangkan calon-calon mereka, lalu tak mustahillah dalam pilihanraya-pilihanraya kecil mereka mampu untuk lebih mengganas lagi.
Itulah Umno. Bahana politik wang terus mencengkam budaya mereka sehingga apa sahaja peradaban dan nilai boleh dokorbankan demi menaikkan pimpinan yang mereka mahu.
Sahabat saya seorang penulis reformis terkenal Sdr Dinsman pernah menulis sebuah buku bertajuk “PAS jangan jadi Umno” sejurus selepas PRU 1999. Dalam buku itu beliau melahirkan kebimbangan tentang trend dan budaya buruk dalam Umno, takut-takut akan meresapi PAS dan kelak juga menyerang parti Islam ini. Katanya PAS mesti mengekalkan perbezaannya yang memang ketara berbanding dengan Umno. Jika itu tidak dapat dipertahankan, PAS boleh sahaja jadi mcam Umno.
Mudah-mudahan PAS yang bakal mengadakan Muktamarnya yang ke 55 Jun ini akan membuktikan yang ia terus konsisten sebagai sebuah parti dan gerakan Islam yang ulung dalam Negara ini. Tiada bergasak-gasak dan tolak-menolak kerana berebut jawatan. Usahanya seperti termaktub dalam perlembagaan parti Fasal 6. (2):
“Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.”
mestilah terus dipertahan dan dikekalkan. Sekiranya semua pihak ikhlas dan komited, insyallah kita tak akan jadi macam Umno malah akan terus kukuh mengambil-alih kepimpinan ummah demi menjamin masa depan agama, bangsa dan Negara.

No comments
Post a Comment