Pemipin akar umbi mesti mendengar suara akar umbi
Kolokium kepimpinan akar umbi di UPSI semalam 4 Februari membawa veteran Datuk Burhan Md. Yaman dari Melaka, Tan Sri Sanusi Junid dan ahli politik semasa Dato’ Hjh Kamilia Ibrahim.
Pantun pembuka Datuk Burhan menyatakan apa yang diperjuangkan.
Pulau pinang negeri baharu,
Kapten light menjadi raja.
Apabila terkenang nasib Melayu,
rasa berlenang air mata.
Beliau pun sebak.
Memang pada masa itu beliau berjuang untuk kemerdekaan. Guru yang ramai. Cuma sekarang apabila UMON dipenuhi oleh ahli korporat guru tidak lagi di depan. Idealisma guru pun turut luput.
Baik budi mak Si Randang.
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah dirobohkan.
Kera di hutan disusui,
Anak sendiri kelaparan.
Perjuangan sekarang tidak lagi ada idealisma bangsa Melayu. Yang ada hanya wang, kontrak, wang, kontrak dan wang dan kontrak. Sistem pendidikan pun mahu diubah demi wang. Gunakan bahasa Inggeris supaya pendidikan dapat diantrabangsakan. Kita boleh dapat wang daripada pelajar asing.
Biar anak bangsa tidak menerima asal kita mendapat wang daripada warga asing!
Tan Sri Sanusi Junid penuh dengan maklumatnya. Dalam gelak ketawa itu, terbuktilah dalam UMNO itu ada kanser yang bahaya. Ada rasuahnya yang tidak terbendung. Semasa beliau menjadi Menteri Besar Kedah, ada berlaku tawar menawar pencalonan ke jawatan pimpinan UMNO. Harganya balak berjuta. Hormat saya pada Tan Sri kerana tidak terpedaya.
Dato’ Kamilia dapat naik tanpa rasuah. Saya dapat mempercayai sejarah Dato’ hingga kini. Dato’ berbicara demi bangsa Melayu dan agama Islam. Kiranya Dato’ sudah berada di pimpinan penting, tidaklah Dato’ lupakan akar umbi.
Harap Dato’ tidaklah lupakan kulit. Tidaklah Dato’ lupakan bangsa. Tidaklah dato’ lupakan agama.
Poloknya, bahasa … bahasa Melayu. Pupus bahasa, pupuslah bangsa. Bahasa Melayu dan Agama Islam jangan dijual beli.
Bacalah, dan fahamilah perjuangan kami. Suara kami adalah suara akar umbi. Bacalah buku yang saya hulurkan ke tapak tangan Dato’.
Jangan angkuh. Jangan berdusta.
Dalam memperjuangkan bahasa Melayu (sejak 1993 lagi), Dato Menteri Pelajaran meminta kita menunggu hingga akhir tahun 2008 supaya beliau dapat membuat keputusan.
Beliau tidak membuat keputusan. Itu dusta namanya.
Kemudian beliau bertanya pula “Kenapa sekarang baru bersuara?”
Bukankah Dato’ yang meminta ditunggu hingga akhir 2008. Tarikh ini sudah tiba dan berlalu.
No comments
Post a Comment