Pemuda Harapan Bangsa

Naratu - Pukimak Live at MCPA Hall Kuala Lumpur


Apabila British memberi kemerdekaan kepada Malaya, mereka membekalkan satu sistem untuk dianuti. Namanya sistem sekular. Sistem ini mampu menyerap ke segenap sanubari insan yang lemah dan disuburkan oleh parti tinggalan mereka iaitu UMNo dan BN.

Dan setelah lebih dari 50 tahun, apa yang mereka ingin telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Melalui program-program yang melalaikan yang disebarluas melalui media elektronik dan cetak, warga Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang beragama Islam sedang layu di bumi sendiri. Berilah sedikit masa lagi jika UMNo dan BN terus diberi kuasa memerintah, jangan hairan bukan setakat aktiviti sebegini bahkan seks juga akan menjadi perkara biasa dan boleh dilihat di tepi-tepi jalan.

Benar apa yang digambarkan oleh Rasulullah SAW bahawa di akhir zaman dan salah satu tanda-tanda kiamat ialah seks jalanan akan menjadi perkara biasa sahaja. Adakah anda sanggup menghadapinya? Teruskan memberi kuasa pemerintahan kepada UMNo dan BN dan anak cucu anda mungkin berpeluang melihatnya kalau tak pun mungkin merupakan salah seorang darinya.

No comments

Powered by Blogger.