Perhimpunan Umno: Dua pemimpin buat bantahan di pejabat Pendaftat Pertubuhan
Dua pemimpin Umno di peringkat cawangan, Kadar Shah Sulaiman dan Mazalan Harun akan membuat aduan menangguhkan pemilihan Umno di ibu pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.
Kedua-dua mereka akan membuat aduan berhubung kes larangan bertanding ke atas calon Timbalan Presiden, Mohd Ali Rustam dan amaran keras kepada calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin yang didapati bersalah berkaitan politik wang.
“Kami mahu perhimpunan agung Umno dan pemilihan parti ditangguhkan sehingga selesai semua kes-kes politik wang yang membabitkan ramai pemimpin Umno yang akan bertanding jawatan tahun ini,” kata Kadar Shah.
Perhimpunan dan pemilihan Umno tahun ini yang dijangka bermula pada hari Selasa 24 Mach kini berhadapan dengan kemungkinan ditangguh disebabkan beberapa isu yang dikatakan bercanggah dengan peraturan Akta Pertubuhan 1966.
“Saya dan Mazalan akan ke ROS (Pendaftar Pertubuhan) hari ini dan kami akan membuat aduan mengenai dua kes ini bersama-sama kes yang lain.
“Ini termasuk Ali Rustam yang walaupun dilarang bertanding tetap boleh hadir ke perhimpunan dan membuang undi,” kata beliau.
“Begitu juga dengan Khairy yang didapati bersalah tetapi tidak ada tindakan diambil terhadap beliau walaupun didapati bersalah,” jelas Kadar Shah yang juga anak kepada bekas Pengerusi Tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah.
Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka dilarang bertanding jawatan timbalan presiden oleh Lembaga Disiplin Umno selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno 17 Mac lepas.
Bagaimanapun, beliau tidak digantung keahliannya dalam Umno sementara Khairy juga didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti, tetapi hanya diberi amaran.
Mereka adalah antara 15 ahli yang dikenakan tindakan tatatertib manakala 14 lagi didapati tidak bersalah termasuk seorang lagi calon Ketua Pemuda, Khir Toyo.

No comments
Post a Comment